Rabu, 19 Ogos 2020

Selami dunia seni dan kebudayaan pada cuti sekolah ini dengan permainan, susun suai, dan trivia

 

Sifat ingin tahu memang tertanam dalam diri kita semua, dan bermain adalah cara terbaik untuk belajar. Cuti sekolah ini, apa kata anda cuba untuk belajar tentang individu, tempat dan peristiwa seni kebudayaan yang terkenal dalam cara yang menyeronokkan? 

Terokai eksperimen permainan di Google Arts & Culture Lab, yang dipetik daripada kekayaan budaya ratusan institut rakan kerjasama kami yang boleh dimainkan ketika masa terluang bersama keluarga di rumah - sama ada anda lebih suka bermain secara bersendirian atau secara berkumpulan.  

Cantumkan semula bahagian-bahagian karya seni terkemuka

Puzzle Party ialah sebuah koleksi susun suai ‘jigsaw’ yang dicipta untuk diselesaikan bersama keluarga dan rakan-rakan (anda boleh juga bermain secara bersendirian jika anda mahu). Selami butir-butir terperinci mengenai lebih dari 500 hasil seni, termasuk “Flowers” daripada Andy Warhol, “Girl with a Pearl Earring” daripada Johannes Vermer, dan “First Lady Michelle Obama” yang dikaryakan Amy Sherald. Anda boleh juga memilih daripada tiga tahap kesukaran supaya semua di dalam keluarga boleh saling membantu.  


 

Dengan tiga aras kesukaran untuk dipilih, - senang, sederhana, dan sukar - anda boleh juga boleh memilih untuk bermain Puzzle Party secara bersendirian atau bersama yang lain. Dalam paparan di atas ialah karya Johannes Vermeer, “Girl with a Pearl Earring” dalam mod senang. 


Ayuh, tentukan peristiwa mana yang berlaku terdahulu! 

What Came First’ (Apa yang berlaku terdahulu): Patung Liberty atau permainan bola tampar? Lebih cepat anda membuat pilihan jawapan, lebih tinggi mata yang boleh anda perolehi. Dan jika anda tidak puas dengan hanya mengetahui bila sesuatu peristiwa itu berlaku, anda boleh juga mendalami sejarah peristiwa itu dengan memilih perkara atau acara tersebut untuk maklumat tambahan. Terdapat ratusan peristiwa yang merangkumi kategori seperti budaya, reka cipta, selebriti dan lebih banyak lagi, untuk diterokai. 


“What Came First” adalah sebuah permainan untuk membandingkan peristiwa  bersejarah dalam turutan masa dan melakukannya dalam masa terpantas, untuk mendapatkan mata tertinggi. 


Tingkatkan pengetahuan kebudayaan melalui teka silang kata

Cultural Crosswords adalah satu cara yang menyeronokkan untuk meneroka seni, sejarah atau tema seperti tekstil Afrika atau postur yoga. Pilih petak di dalam grid silang kata untuk mendedahkan tip supaya anda boleh mengisikan jawapan anda. Sesudah mendapat jawapan yang betul, anda boleh mengetik jawapan anda untuk belajar lebih lanjut mengenainya - di dalam permainan ini, perkataan menjadi gerbang kepada seni dan budaya. 


Cultural Crosswords membolehkan anda memilih tema anda daripada pelbagai pilihan - seni, geografi, sains dan teknologi, fesyen, dan sejarah semulajadi. 


Temui lebih banyak karya seni melalui susun suai gambar

Jika teka silang kata biasa terlalu mudah untuk anda, Visual Crosswords membawa konsep ini kepada langkah yang seterusnya - bukan abjad, tetapi imej yang digunakan untuk menyelesaikan susun suai ini. Sesuaikan karya seni terkemuka kepada grid yang betul: Adakah ia Renaisans atau Moden? Van Gogh atau Gaugin - atau terdapat pertindihan antara kedua-duanya? Heret setiap imej kepada petak yang betul dan mara kepada aras kesukaran yang semakin meningkat. 


Visual Crosswords memulakan anda dengan penyesuaian visual yang lebih mudah dahulu, seperti yang dilihat di sini, dan membenarkan anda mara kepada aras yang lebih sukar dimana terdapat pertindihan antara kategori visual yang diberi. 


Warnakan karya seni terkemuka dengan cara anda tersendiri

Bunga matahari Van Gogh mungkin kuning, tetapi bunga anda tak semestinya kuning juga. Mewarna selalunya menjadi aktiviti kegemaran kanak-kanak, tetapi popularitinya sebagai aktiviti untuk orang dewasa semakin meningkat bagi mereka yang menghargai masa istirahat yang menenangkan fikiran. Asah bakat anda dengan Art Coloring Book dan dapatkan inspirasi semasa mewarnai karya seni dan mercu tanda terkemuka daripada Street View. 


Dengan Art Coloring Book, anda boleh sahaja meniru warna daripada karya seni asal yang terdapat di rujukan, atau anda boleh juga meletakkan warna yang anda rasa sesuai. Di sini, digambarkan karya Lois Mailou Jones, Here is Moon Masque (1971). 


Tak kira sama ada anda bermain untuk mengisi masa lapang atau untuk mempelajari sesuatu yang baharu, kami berharap “Play with Arts & Culture” akan menambahkan seri kepada hari anda. Cubanya sekarang di komputer anda melalui g.co/artgames, atau melalui apl Android Google Arts & Culture.

Jangan lupa untuk berseronok dengannya, dan kami harap anda sekeluarga mempunyai cuti sekolah yang riang kali ini!