Lebih dari satu bilion pengguna menggunakan Google Maps untuk mendapatkan maklumat penting tentang cara untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain - terutamanya ketika waktu pandemik apabila soal keselamatan sering bermain di fikiran. Ciri-ciri seperti waktu popular dan kesibukan secara langsung, makluman COVID-19 dalam transit, dan pusat pemeriksaan COVID dalam navigasi pemanduan telah direka untuk membantu anda kekal selamat ketika berada di luar. Minggu ini, kami memperkenalkan lapisan COVID dalam Maps, sebuah alat yang memaparkan maklumat kritikal berkenaan kes-kes COVID-19 di sesebuah kawasan agar anda dapat membuat pilihan dengan lebih baik.
Bagaimana cara menggunakannya
Apabila anda membuka Google Maps, ketik pada butang lapisan pada bahagian atas kanan skrin anda dan klik pada “COVID-19 info”. Anda kemudiannya akan melihat purata kes baru COVID sepanjang tujuh hari bagi setiap 100,00 orang yang berada dalam map yang sedang anda lihat, dan sebuah label yang menyatakan sama ada kes-kes tersebut semakin meningkat atau menurun. Kod warna turut membantu anda membezakan ketumpatan kes di sesebuah kawasan. Data kes tersohor boleh didapati pada tahap negara bagi kesemua 220 negara dan kawasan yang disokong Google Maps, termasuk negeri dan wilayah, serta data peringkat bandar apabila ia boleh didapati.
Ketik butang lapisan untuk melihat data COVID, dan pilih ‘COVID-19 Info’ di bawah menu lapisan.
Bagaimana data diperolehi
Data yang dipaparkan pada lapisan COVID datang dari pelbagai sumber berwibawa, seperti Johns Hopkins, New York Times, dan Wikipedia. Sumber-sumber tersebut memperolehi data dari organisasi-organisasi kesihatan awam seperti World Health Organization, kementerian kesihatan kerajaan, serta agensi kesihatan dan hospital negeri dan tempatan. Kebanyakan dari sumber-sumber tersebut telah pun menyumbang kepada maklumat kes COVID di Search, dan kini kami mengembangkan data tersebut ke Google Maps.
Walaupun ia semakin susah untuk bergerak sejak akhir-akhir ini, kami berharap agar ciri-ciri Google Maps tersebut dapat membantu anda pergi ke mana anda perlu secara selamat dan cekap. Lapisan COVID akan boleh mula didapati di seluruh dunia pada Android dan iOS minggu ini.
“Program Mahir Digital Bersama Google akan memacu matlamat MDEC dalam menghasilkan rakyat Malaysia yang berbekalkan kemahiran digital serta perniagaan yang didorong digital dengan lebih jauh, terutamanya di dalam industri pelancongan. Menerusi kolaborasi ini bersama Google, program tersebut akan menawarkan kandungan Mahir Digital Bersama Google pada peringkat nasional dengan memperkasakan PKS tempatan dalam sektor ini untuk mengorak langkah ke alam digital. Kami yakin bahawa program tersebut akan menggalakkan lebih banyak PKS untuk menerima pakai peralatan digital baru untuk terus maju walaupun selepas pemulihan dari COVID-19,” kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.
Sebuah kajian Google mengenai pelancongan yang diterbitkan baru-baru ini mendapati bahawa 1 dari 2 individu dalam Asia Pasifik ingin, atau sangat ingin, untuk melancong. Namun, pemulihan sektor pelancongan rantau tersebut adalah tidak seragam, dan merangkumi tiga fasa pemulihan berbeza dari negara ke negara: (1) Normal baharu: Sekatan kerajaan telah dilonggarkan dengan tanda-tanda permintaan pelancongan yang berterusan. (2) Peralihan: Sekatan kerajaan terhadap pergerakan; permintaan bagi pelancongan tempatan mula meningkat. (3) Peringkat awal pembukaan/penutupan: Sekatan pergerakan dikenakan.
Kajian tersebut turut mendedahkan tiga pembelajaran penting bagi perniagaan yang dapat membantu pemulihan pelancongan:
Pacu minat digital: Para pelanggan mahukan maklumat berguna secara atas talian.
Jadi relevan ketika COVID: Keselamatan mungkin suatu jenama baru, tetapi persepsi terhadap keselamatan berlainan dari negara ke negara.
Cara baru untuk menjalankan perniagaan: Keperluan untuk merancakkan semula pelancongan Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).
30 September
10 AM
Untuk memahami sentimen pengguna berkenaan pelancongan ketika krisis COVID-19 dengan lebih lanjut, kami telah menjalankan tinjauan keinginan untuk melancong merentasi rantau Asia Pasifik dan Malaysia. Berdasarkan penemuan kami, kami telah mengenal pasti trend penting bagi menyediakan perniagaan pelancongan.
1 Oktober
Terokai Google My Business, sebuah peralatan percuma bagi para perniagaan yang dapat menghubung dan berkomunikasi bersama para pelanggan anda di Google Search dan Maps.
11 AM
Ketahui bagaimana pengasas Kwai Chai Hong telah menggunakan peralatan dan penyelesaian digital untuk berhubung dan berkomunikasi bersama para pelanggan dalam tempoh masa mencabar ini.
7 Oktober
Pelajari dan analisa bagaimana para pelanggan berinteraksi bersama laman web perniagaan anda, dan gunakannya sebagai tindakan yang boleh diambil.
8 Oktober
Pelajari bagaimana untuk menjangkaui lebih ramai pelanggan dan mengembangkan perniagaan anda menggunakan Google Ads.
14 Oktober
Kuasai kemahiran untuk mencipta dan menyesuaikan kempen-kempen Google Ads yang dapat memaparkan iklan-iklan kepada para pelanggan yang mencari apa yang anda tawarkan.
Sejak Google News Initiative dilancarkan pada 2018, kami telah bekerjasama dengan pelbagai jenis organisasi berita tatkala mereka menyesuaikan diri kepada cabaran-cabaran dunia yang semakin digital, yang telah memberi kesan kepada model perniagaan mereka dan juga tingkah-laku pengguna. Program-program seperti GNI Labs telah membantu para penerbit menangani cabaran-cabaran perniagaan tertentu, seperti langganan digital, pengiklanan dan data, manakala peralatan seperti News Consumer Insights telah membantu ribuan bilik berita menggandakan jumlah pembaca mereka di atas talian.
Sepanjang tempoh tersebut, kami telah mempelajari dari rakan-rakan kongsi kami bahawa peralihan digital tidak berlaku semalaman. Ia memerlukan kerja keras berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun lamanya untuk menarik dan membentuk individu yang berfikiran digital, yang menerima pakai pemikiran berlandaskan data dan untuk membina budaya pembaca-dahulu. Menerusi GNI, kami mahu menyokong para penerbit sepanjang peralihan ini.
Oleh sebab itu, hari ini kami memperkenalkan sebuah program global bagi membantu para penerbit berita mengemudi kesukaran transformasi digital. Program GNI Digital Growth ialah sebuah program percuma bertujuan untuk membantu penerbit berita bersaiz kecil dan sederhana di seluruh dunia dalam membangunkan keupayaan yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan perniagaan di atas talian. Program tersebut dibentuk oleh pembelajaran dari projek-projek dan program-program GNI, dan dibina bersama pakar-pakar industri seperti FT Strategies, FTI Consulting dan Mather Economics, serta persatuan industri berita termasuk INMA, Local Media Association dan WAN-IFRA.
Program GNI Digital Growth pada mulanya akan tertumpu pada lima topik: Pendapatan Pembaca (Reader Revenue), Pembentukan Hadirin (Audience Development), Pendapatan Pengiklanan (Advertising Revenue), Data dan Produk. Kurikulum kami menyertakan playbook yang padat dengan contoh-contoh dunia sebenar, latihan interaktif bagi membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bengkel-bengkel untuk menghidupkan pengajaran tersebut dan Labs yang menawarkan sokongan penasihat secara langsung. Pada mulanya, kami akan menumpukan kepada topik Pendapatan Pembaca, yang akan diikuti topik-topik lain dalam bulan-bulan akan datang. Para penerbit yang turut serta akan mendapat akses kepada:
Sebuah playbook yang menyeluruh, menawarkan strategi penerbitan dan contoh-contoh dunia sebenar bagi membantu membina dan mengoptimumkan model pendapatan pembaca
Sebuah set latihan interaktif, termasuk latihan Ukuran Peluang bagi membantu para penerbit menganggarkan peluang bagi pendapatan pembaca mereka yang berpotensi, sebuah diagnostik Corong Pengguna bagi menentukan bahagian-bahagian yang memerlukan penambahbaikan merentasi metrik prestasi pembaca tertentu, dan sebuah latihan Tetapan Gol bagi membina pelan pertumbuhan pendapatan pembaca jangka panjang.
Bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh pakar-pakar terbaik industri besertakan cadangan-cadangan perniagaan
GNI Labs yang menawarkan sokongan peribadi dan bimbingan satu-demi-satu dari rakan-rakan industri kami
Para penerbit boleh mengakses playbook dan latihan percuma pada bila-bila masa di hab atas talian kami. Penyertaan bagi bengkel-bengkel pula adalah berdasarkan asas siapa-cepat-dia-dapat, manakala Labs boleh dapat diakses sebaik sahaja permohonan dibuat. Untuk mendaftar bagi siri pertama bengkel kami, sila layari halaman program GNI Digital Growth.
Kurikulum kami akan berubah dari masa ke masa, dan kami akan turut memperkenalkan sesi-sesi khas bagi para penerbit, seperti Transformasi Cetak-ke-Digital dan Syarikat Permulaan Digital.
Google telah lama melabur dalam sokongan bagi organisasi berita sepanjang penyesuaian model perniagaan mereka dalam landskap media yang sentiasa berubah. Oleh kerana itu, perkongsian pembelajaran kami bersama industri berita secara meluas telah menjadi batu penjuru bagi pendekatan Google News Initiative. Menerusi program GNI Digital Growth, kami berharap untuk membantu lebih banyak syarikat berita memikirkan tentang perniagaan digital dalam cara yang berlainan, membuka peluang-peluang pendapatan baru dan membina pertumbuhan atas talian yang lestari.