Rabu, 5 Mei 2021

Mantap Bersama dilancarkan untuk membantu perniagaan kecil di Malaysia

Google Malaysia melancarkan Mantap Bersama, sebuah inisiatif untuk membantu perniagaan kecil di seluruh negara. Kempen ini berazam untuk menghimpunkan sokongan warga Malaysia buat perniagaan kecil pada masa mereka sangat memerlukannya, setelah mengalami kerugian sepanjang wabak ini.

Bagaimana Mantap Bersama dapat membantu perniagaan kecil

Mantap Bersama bertujuan untuk membantu perniagaan kecil membina kehadiran digital mereka di Carian dan Peta, dan di sinilah rakyat Malaysia dapat membantu. Tindakan-tindakan kecil seperti memberikan ulasan yang bermanfaat, menilai perniagaan di Google, dan berkongsi foto pengalaman di perniagaan kecil kegemaran anda akan dapat banyak membantu perniagaan-perniagaan ini meningkatkan kredibiliti dan mendorong permintaan pengguna kepada perniagaan mereka dalam talian.

Mari #MantapBersama


Sokong perniagaan-perniagaan kecil pada musim Raya ini dengan 4 cara mudah: 


1. Temui perniagaan kecil baru

Apa sahaja yang anda perlukan, tentu ada perniagaan kecil yang menawarkannya. Cari sahaja sebarang produk atau perkhidmatan dan tambahkan ‘dekat saya’ untuk menemui perniagaan kecil baru.


2. Tinggalkan ulasan Google yang membantu

Ingin mencadangkan perniagaan kecil kegemaran anda kepada seluruh dunia? Anda mampu menarik lebih ramai pelanggan ke perniagaan-perniagaan kegemaran anda dengan menulis ulasan mengenai koleksi baju raya baru sesebuah butik dan juga pengalaman pembelian yang dilaksanakan dengan baik.


3. Kongsikan gambar-gambar

Kongsikan pengalaman anda. Dengan menambah gambar-gambar hidangan Ramadan istimewa yang telah anda pesan dari sebuah restoran, anda dapat memberikan gambaran yang lebih baik tentang restoran tersebut buat bakal pelanggan lain.


4. Beli dari perniagaan kecil

Jika anda berkemampuan, belilah dari mereka untuk menyokong perniagaan-perniagaan kecil dalam komuniti anda. Dengan berbuat demikian, anda menyumbang dana untuk para pengusaha perniagaan kecil menyokong para pekerja, sambil meyakinkan mereka bahawa mereka akan terus menerima sokongan anda.


Pencipta kandungan YouTube turut menyertai #MantapBersama


Kami juga bekerjasama dengan tiga pencipta YouTube yang juga merupakan pemilik perniagaan kecil mereka sendiri - Ili Sulaiman, chef selebriti dan pengasas Ili Pot; Fadhil Mohamad Isa (juga dikenali dengan nama gelaran Cardock), bekas pembaca berita yang telah beralih menjadi pencipta kandungan di YouTube dan juga pengasas Cardock Academy; serta Chef Kalidevan Murugaya (lebih dikenali sebagai Chef Dave), bekas chef kapal pelayaran dan penyokong gaya hidup vegan yang memulakan D’Vegan Academy.


Para pencipta kandungan ini telah mempromosikan perniagaan kecil yang bermakna bagi mereka di platform sosial masing-masing, berkongsi mengapa perniagaan tersebut sangat bermakna bagi mereka, dan menanda (tag) orang lain untuk turut berkongsi ulasan yang bermanfaat.


Ili mengetengahkan Liberty Active dan Puncak Rimba sambil mengucapkan terima kasih kepada komunitinya atas sokongan mereka terhadap Ili Pot, Cardock mengetengahkan Mr Auto Spa & Detailing, Bros Auto Care & Tyre Services dan Dos Cafe - perniagaan di mana dia bermula sebagai seorang pelanggan yang gembira atau mengenali sendiri pemilik perniagaan tersebut melalui kerjasama dengan mereka dan perkhidmatan mereka yang melebihi jangkaan. Chef Dave pula mengetengahkan perniagaan berasaskan vegan, Organicule.




 

Ili Sulaiman, Fadhil Mohamad Isa (Cardock), dan Chef Kalidevan Murugaya (Chef Dave)  menarik perhatian umum kepada perniagaan kecil yang bermakna bagi mereka, mengundang orang ramai untuk menyokong SME dengan mencari, mengulas, berkongsi dan membeli daripada perniagaan kecil.


Mari kita cari, ulas, kongsi, dan beli daripada perniagaan kecil - kerana kecillah yang membuatkan kita mantap bersama.