Hari ini, Google akan memudahkan pencarian kandungan berfaedah, bersesuaian dengan umur, dan berkualiti bagi ibu bapa untuk anak-anak mereka, dengan melancarkan tab Kanak-Kanak di Google Play yang dipenuhi aplikasi yang memperkayakan dan menghiburkan yang telah dinilai “Diluluskan Oleh Guru”
Para ibu bapa pernah berkongsi ia sukar untuk mereka untuk mengenal pasti kandungan sesuai umur bagi anak-anak mereka dalam talian. Dengan lebih ramai termasuk kanak-kanak, kini meluangkan lebih banyak masa dalam talian, penyiapan peralatan untuk membimbing mereka ke arah kandungan yang baik adalah sangat penting.
Kandungan aplikasi mesra kanak-kanak yang diluluskan guru
Kandungan yang baik untuk kanak-kanak boleh datang dalam pelbagai bentuk: Adakah ia menimbulkan rasa ingin tahu? Adakah ia dapat membantu anak anda belajar? Adakah ia menyeronokkan dan berfaedah? Untuk berkongsi aplikasi yang terbaik untuk kanak-kanak di Play Store, kami telah bekerjasama dengan pakar akademik dan guru termasuk penasihat utama kami untuk memilih aplikasi yang terbaik untuk kanak-kanak di Google Play.
Aplikasi-aplikasi dinilai atas faktor seperti kesesuaian umur, kualiti pengalaman, pengayaan, dan keriangan. Dalam senarai aplikasi, kami menyatakan sebab aplikasi tersebut dinilai tinggi bagi membantu ibu bapa menentukan sendiri sama ada aplikasi itu sesuai untuk anak mereka. Aplikasi yang telah dinilai oleh para guru dan menepati piawaian kualiti Google menerima sebuah lencana “Diluluskan Oleh Guru”.
Aplikasi “Diluluskan Oleh Guru” harus menepati piawaian keselamatan dan privasi Designed for Families dan disemak serta dipilih oleh guru untuk mengenal pasti aplikasi yang menyeronokkan dan memberi inspirasi yang akan disukai oleh kanak-kanak, dengan atau tanpa fokus terhadap pendidikan.
Bagaimana untuk mencari aplikasi “Diluluskan Oleh Guru” di Google Play
Apabila ibu bapa atau penjaga mencari aplikasi di Play Store, mereka boleh mencari lencana “Diluluskan Oleh Guru” untuk melihat aplikasi mana yang telah disemak dan dinilai tinggi oleh para guru. Jika anda ingin melayari kandungan yang telah diluluskan oleh para guru, anda hanya perlu ke tab “Kanak-Kanak”. Dan, jika anda seorang pelanggan Google Play Pass, terdapat banyak lagi pilihan kandungan yang diluluskan guru yang boleh didapati dalam "Aplikasi dan permainan untuk kanak-kanak."
Menyokong pengajaran dan pembelajaran dengan pengalaman dalam talian yang selamat dan seimbang sepanjang COVID-19
Kami terus membantu keluarga menavigasi teknologi sepanjang COVID-19 - dari membantu ibu bapa menetapkan peraturan asas digital hingga ke perkongsian sumber untuk membimbing kanak-kanak supaya lebih selamat dalam talian. Berikut adalah peralatan dan sumber untuk memastikan anak-anak anda selamat dalam talian sambil membina tabiat teknologi yang sihat:
Mencari kandungan mesra kanak-kanak di YouTube Kids
YouTube Kids menawarkan sebuah persekitaran yang lebih tertutup untuk kanak-kanak untuk meneroka minat dan rasa ingin tahu mereka. Aplikasi tersebut memperkasakan ibu bapa untuk menyesuaikan pengalaman anak-anak mereka, termasuk kandungan yang boleh ditonton dan jangka masa mereka boleh menggunakan aplikasi tersebut. Kanak-kanak boleh mengakses pelbagai senarai main yang berguna di YouTube Kids sekarang, seperti Tabiat Sihat, Pembelajaran dan Aktiviti Dalam Rumah. YouTube Kids tersedia di 79 buah negara di komputer desktop, telefon mudah alih, dan TV Pintar.
Tetapkan peraturan asas digital dengan Family Link
Aplikasi Family Link dari Google membantu ibu bapa membentuk tabiat yang sihat untuk anak bawah remaja dan remaja mereka sambil belajar, bermain dan meneroka dalam talian. Ibu bapa dapat mengawasi masa skrin dengan had harian dan waktu tidur pada peranti Android dan Chromebook. Mereka juga boleh membimbing anak mereka ke arah kandungan yang lebih baik dengan kelulusan muat turun, had masa untuk setiap aplikasi dan penapis kandungan. SafeSearch dibolehkan secara lalai untuk akaun kanak-kanak yang diawasi, membantu untuk menapis hasil carian yang kurang sesuai untuk tontonan mereka.
Bantu anak anda menjadi warga digital yang selamat dan bertanggungjawab dengan Be Internet Awesome
Be Internet Awesome mengajar kanak-kanak mengenai literasi dan keselamatan digital. Program tersebut menawarkan sumber percuma kepada para guru dan keluarga untuk belajar mengenai topik-topik ini dengan sebuah panduan untuk keluarga dan ikrar, buku mewarna keselamatan dalam talian, dan petua dalam talian yang mudah. Program ini menampilkan permainan interaktif, Interland, yang memperkukuhkan konsep keselamatan internet untuk kanak-kanak dengan cara yang menyeronokkan dan menarik. Ia tersedia di 28 buah negara dan 15 bahasa.
Mencari keseimbangan dengan teknologi melalui kesejahteraan digital
Untuk kebanyakkan keluarga, ia sukar untuk mencari keseimbangan dengan teknologi. Oleh itu, kami percaya perbincangan tentang kesejahteraan bersama seisi keluarga adalah tempat yang baik untuk bermula. Untuk membantu anda menangani persoalan yang mencabar, kami telah mencipta sebuah panduan untuk membantu anda memulakan perbualan yang produktif bagi mengenal pasti tabiat sihat yang boleh diamalkan seisi keluarga anda.
Kita menaruh kepercayaan terhadap para guru untuk memperkayakan anak-anak kita semasa mereka bersekolah dan kini dapat berasa yakin sebagai ibu bapa untuk menyokong pengalaman ini dengan peralatan, petua, dan sumber ketika dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang luar biasa ini.
Sejak Gmail dilancarkan pada tahun 2004, diikuti dengan Google Docs dua tahun kemudian, kami telah membina penyelesaian yang fleksibel, bermanfaat dan inovatif yang membolehkan orang ramai berhubung, mencipta, dan berkolaborasi secara selamat - dari mana sahaja di dunia mereka berada, tanpa mengira peranti. Semasa kami melancarkan Google Workspace untuk kali pertama Oktober lalu, kami bukan sahaja memperkenalkan jenama baharu, tetapi juga visi kami untuk sebuah pengalaman bersepadu bagi semua: Semua yang perlu anda selesaikan, kini ada di satu tempat. Di aplikasi Gmail, Chat, Calendar, Drive, Docs, Sheets, Meet dan banyak lagi, pengguna perusahaan dan pendidikan kami memilih Google Workspace untuk terus berhubung, berkongsi idea dan menyelesaikan lebih banyak kerja setiap hari.
Sepanjang tahun lalu, kami telah menyampaikan inovasi yang menyatukan kandungan, komunikasi dan tugas yang membantu berjuta-juta perniagaan, organisasi bukan untung dan bilik darjah mengubah cara mereka berkolaborasi, memanfaatkan waktu mereka, dan mendatangkan impak yang lebih besar. Sekarang kami membawa inovasi yang sama kepada semua. Mulai hari ini, Google Workspace tersedia untuk sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google.
Hidupkan projek dan hasrat anda melalui Google Workspace
Dengan membawa Google Workspace kepada semua, kami memudahkan orang ramai untuk terus berhubung, dan mencapai lebih banyak bersama, sama ada ia untuk memajukan suatu tujuan, merancang perjumpaan keluarga anda, menetapkan langkah seterusnya untuk mesyuarat PIBG atau membincangkan pemilihan bahan bacaan untuk kelab buku bulan ini.
Anda boleh mencipta sebuah ruang kolaborasi yang selamat di Google Chat untuk memastikan semua mempunyai maklumat terkini, berkongsi idea, dan memantau maklumat penting anda di satu tempat, baik video dan gambar perjalanan terakhir anda, mahupun bajet tahunan keluarga anda yang disimpan di Google Sheets. Cadangan pintar membantu anda membawa fail yang disyorkan dengan pantas dan memasukkan orang yang tepat dengan kekunci-@, sama ada anda mengarang mesej di Gmail untuk seluruh kumpulan atau menjadualkan jemputan mesyuarat di Calendar berkongsi. Anda juga boleh menggunakan smart canvas untuk membuat senarai semak di Google Docs dan menetapkan peranan dan langkah seterusnya dengan cepat. Dan jika projek anda memerlukan perbualan secara spontan, anda dapat membentangkan Docs, Sheets atau Slide yang sedang anda kerjakan secara langsung ke dalam panggilan Google Meet dengan hanya satu klik.
Lebih-lebih lagi, anda akan mendapat ketenangan semasa bekerjasama dengan orang lain, mengetahui bahawa kami telah merekabentuk Google Workspace untuk beroperasi pada asas yang selamat, dengan perlindungan yang diperlukan untuk memastikan anda selamat, data anda selamat dan maklumat anda peribadi.
Mulai hari ini, anda boleh mengaktifkan pengalaman bersepadu di Google Workspace dengan menghidupkan Google Chat. Gunakan Rooms di Google Chat sebagai tempat utama untuk berhubung, mencipta, dan bekerjasama dengan orang lain. Dalam beberapa bulan yang akan datang ini, kami akan mengembangkan Rooms untuk menjadi Spaces dan memperkenalkan antaramuka pengguna yang diperkemas dan lebih fleksibel yang akan membantu anda menguruskan hal yang penting. Dikuasakan oleh ciri baharu seperti aliran topik sebaris (in-line topic threading), petunjuk kehadiran, status boleh suai, reaksi yang lebih ekspresif, dan pandangan yang boleh disorok, Spaces akan berintegrasi dengan fail dan tugas anda dengan lancar, menjadi rumah baharu anda di Google Workspace untuk menyelesaikan lebih banyak tugasan bersama. Ketahui lebih lanjut mengenai visi kami untuk berkolaborasi di Spaces.
Memperkenalkan Google Workspace Individual
Bagi sebilangan orang, mengejar minat dan melibatkan diri dalam komuniti membawa idea perniagaan yang hebat. Bagi sesetengah usahawan lain pula, sebuah akaun Google adalah asas untuk menguruskan perniagaan mereka yang sudah lama wujud atau mendapatkan maklumat mengenai langkah besar mereka yang seterusnya. Dengan Google Workspace Individual, kami memberikan penyelesaian yang hebat dan mudah digunakan yang dibina untuk membantu orang mengembang, menjalankan dan melindungi perniagaan mereka.
Dengan tawaran langganan Google Workspace yang baharu ini, pemilik perniagaan kecil dapat menyelesaikan lebih banyak tugasan, tampil lebih profesional dan boleh melayani pelanggan mereka dengan lebih baik. Dengan penyelesaian Google Workspace bersepadu yang kini tersedia untuk kegunaan semua, ia memberikan kemampuan premium, termasuk perkhidmatan tempahan pintar, perjumpaan video profesional, pemasaran e-mel yang diperibadikan dan lebih banyak lagi akan datang. Melalui akaun Google mereka yang sedia ada, pelanggan dapat menguruskan semua komitmen peribadi dan profesional mereka dengan mudah, dari satu tempat dengan akses ke sokongan Google untuk memanfaatkan penyelesaian ini dengan sepenuhnya.
Workspace Individual direka untuk membolehkan orang menumpukan masa melakukan perkara yang digemari - seperti bertemu dengan pelanggan dan merancang perkhidmatan yang diperibadikan - dan mengurangkan masa untuk menyelesaikan tugas seharian seperti menjadualkan janji temu dan menghantar e-mel kepada pelanggan. Workspace Individual akan dilancarkan tidak lama lagi di enam pasaran, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Australia dan Jepun. Daftar untuk menerima kemaskini Google Workspace Individual.
Aturkan dan kongsi halaman tempahan janji temu dengan mudah di Calendar.
Google Workspace: Bagaimana ia dilakukan
Setiap hari, syarikat, sekolah dan organisasi bukan untung yang paling inovatif di dunia menggunakan Google Workspace untuk mengubah cara mereka bekerja dan untuk mencapai lebih banyak bersama. Ini adalah sebahagian harian bagaimana penyedia penjagaan kesihatan terkemuka merevolusikan rawatan pesakit, sekolah menjadikan pembelajaran jarak jauh sebuah pengalaman yang menarik minat dan diperibadikan, dan syarikat aeroangkasa membayangkan semula penerbangan. Kini, dengan adanya Google Workspace untuk semua, anda boleh mengatur liga sukan junior anda dengan mudah, memantapkan lagi aktiviti pengumpulan dana anda, bahkan menjadikan hobi anda sebuah punca pendapatan. Walau apa sekali pun, Google Workspace membantu orang (pasukan, keluarga, rakan, sukarelawan, jiran ...) berhubung, mencipta dan bekerjasama. Google Workspace adalah bagaimana ia dilakukan.