Pandemik COVID-19 telah mengukuhkan kepentingan transformasi digital untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi jangka pendek dan meningkatkan daya tahan ekonomi jangka panjang. Dalam sebuah laporan terbaru, bertajuk “Memposisikan Malaysia sebagai Peneraju Serantau dalam Ekonomi Digital”, AlphaBeta mendedahkan bahawa transformasi digital Malaysia boleh menjana nilai ekonomi tahunan sebanyak MYR257.2 bilion menjelang 2030, bersamaan dengan kira-kira 17% daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negara pada tahun 2020.
Dari peluang ini, 72% - berjumlah MYR184 bilion - dapat didorong oleh teknologi yang membantu perniagaan dan para pekerja mengurangkan kesan ekonomi COVID-19. Di sebalik pengurusan kesan langsung dari pandemik ini, transformasi digital juga penting untuk meningkatkan daya tahan pada masa pasca pandemik dan menyokong sektor eksport Malaysia yang terkesan.
Berucap di acara maya Grow with Google hari ini, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata, “Kita mesti merebut peluang ekonomi digital ini. Ia bukan sahaja penting bagi Malaysia sambil kita terus maju dengan usaha pemulihan ekonomi kita, tetapi juga untuk menjamin ketahanan ekonomi masa hadapan Malaysia. Jadi, kami komited untuk mencapainya dengan inisiatif MyDIGITAL, yang mempunyai matlamat untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang maju secara teknologi, didorong secara digital dan sebuah peneraju ekonomi digital serantau menjelang 2030. Kami berhasrat untuk mewujudkan masa hadapan ekonomi digital yang lebih baik dan inklusif untuk setiap rakyat Malaysia."
Laporan tersebut menyatakan bahawa penerapan digital di Malaysia masih rendah dan tidak sekata dalam pelbagai sektor dan saiz perniagaan, terutamanya di kalangan PKS. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyebut kekurangan kemahiran digital dan anggapan kos pelaburan dalam alat digital yang tinggi sebagai sebab utama kadar penerapan digital adalah rendah.
Untuk memanfaatkan peluang yang ditunjukkan oleh transformasi digital dengan sepenuhnya, laporan itu telah mengenal pasti tiga tonggak utama tindakan yang boleh diambil Malaysia: memudahkan digitalisasi di sektor awam dan swasta, membina bakat digital negara, dan mempromosikan peluang perdagangan digital.
Mengulas mengenai sumbangan Google untuk setiap tonggak, Marc Woo, Pengarah Urusan, Google Malaysia berkata, “Dalam tahun ini, ramai rakyat Malaysia telah menunjukkan daya ketahanan hebat dalam menghadapi pandemik ini, dan menunjukkan keberanian dan kesediaan untuk berinovasi. Ditambah dengan hakikat bahawa rakyat Malaysia sedang menghabiskan lebih banyak masa dalam talian dan berhasrat untuk terus menggunakan perkhidmatan digital pada masa pasca pandemik, penerapan digital adalah sangat penting untuk perniagaan. Ini telah mendorong kami di Google untuk terus menawarkan bengkel percuma dan alat yang mudah digunakan untuk membantu PKS mikro mendigitalisasi dan menjangkau lebih ramai pelanggan dalam talian. Kami juga telah berkolaborasi bersama rakan kongsi yang dihormati untuk melancarkan program seperti airasia academy (sebelum ini dikenali sebagai Redbeat Academy) dan ‘Wanita Cukup Berani’ oleh Nestle, di samping program Mahir Digital Bersama Google kami, untuk menolong perniagaan dari pelbagai saiz dan kepakaran dari semua latar belakang membina perniagaan dan kerjaya mereka,” kata Marc.
Tambah Marc, “Untuk mempromosikan peluang perdagangan digital, YouTube berfungsi sebagai sebuah platform penting bagi pencipta kandungan tempatan untuk memperluas kehadiran mereka di seluruh dunia dan menyediakan sumber pendapatan alternatif, terutamanya semasa kemerosotan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Sebagai contoh, pencipta kandungan Malaysia seperti Sugu Pavithra dan Les' Copaque telah berjaya memanfaatkan YouTube untuk menjangkau khalayak global."
Dr. Fraser Thompson, Pengasas dan Pengarah Urusan, AlphaBeta berkata, “Laporan ini menganggarkan bahawa produk Google menghasilkan jumlah keuntungan tahunan perniagaan dan pengguna sekitar MYR40 bilion dalam nilai ekonomi, yang juga setara dengan keluaran kasar tahunan industri harta tanah Malaysia. Dengan membolehkan perniagaan untuk membuka aliran pendapatan baharu dan mengembangkan perniagaan mereka melalui penggunaan platform pengiklanan, Google sedang menyokong lebih daripada 31,000 pekerjaan di dalam negara secara tidak langsung."
Perniagaan tempatan berjaya menyesuaikan diri dengan cabaran COVID-19 dengan menggunakan peluang digital secara proaktif. Sebagai contoh, Dough By Sara Bakery, sebuah kedai roti berasaskan rumah di Selangor, mengalami penurunan penjualan sebanyak 70% pada permulaan PKP. Tetapi setelah pemiliknya, Sara, menghadiri bengkel Mahir Digital Bersama Google dan belajar membuat Profil Perniagaan dalam talian secara percuma, dia berjaya memulihkan dan menggandakan penjualannya.
“Ketika pandemik ini melanda Malaysia, pesanan penjualan bulanan saya jatuh. Namun, platform-platform seperti Profil Perniagaan Google telah membantu saya untuk terus berhubung dengan pelanggan saya, sekaligus membina lebih banyak kesedaran dan kepercayaan pelanggan terhadap kedai roti saya. Akibatnya, ini membolehkan saya untuk mendirikan kedai roti fizikal tanpa sebarang pinjaman dan saya kini dapat menyumbang kepada masyarakat melalui peluang pekerjaan untuk para ibu tunggal dan orang kurang upaya,” kata Nur Sara Dina, pemilik Dough by Sara Bakery.
Untuk membantu lebih banyak perniagaan seperti perniagaan Sara, Google telah melancarkan Carian Peluang Tempatan untuk memberikan petua yang diperibadikan bagi pemilik perniagaan untuk memanfaatkan Profil Perniagaan mereka dengan sepenuhnya di Google Search dan Maps.

Nota mengenai laporan
Semua maklumat dalam laporan ini berasal dari analisis AlphaBeta menggunakan kedua-dua penyelidikan proprietari dan data yang tersedia untuk umum. Maklumat terperinci mengenai metodologi boleh didapati di bahagian Lampiran laporan.
Muat turun laporan itu dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia