Para penyemak fakta memegang tugas penting untuk mengesahkan semua fakta dan dakwaan dalam sesuatu berita untuk memastikan ia tepat dan dipaparkan secara adil. Namun begitu, kita juga boleh memainkan peranan dalam mengesan dan tidak menyebarkan maklumat salah.
Dalam tempoh setahun yang lalu, carian Google untuk semakan fakta telah meningkat di Malaysia, dan ia merupakan bukti bahawa setiap hari, semakin ramai orang yang mula memberikan perhatian kepada kerja-kerja penting yang dijalankan dalam bidang ini dengan mengambil langkah-langkah penting untuk menyemak maklumat atas talian.
Untuk meraikan usaha yang sangat penting ini sempena Hari Semakan Fakta Antarabangsa pada 2 April, 2022, kami ingin berkongsi beberapa petua bersama anda dari pakar-pakar penyemak fakta, yakni 5 soalan yang ditanya mereka kepada diri sendiri apabila membaca berita, jadi anda juga boleh mengesan sesuatu yang tidak sepatutnya dipercayai.
1. Apakah sumber maklumat
Pastikan anda tahu punca berita tersebut. Jangan kongsi jika anda tidak dapat mengesan atau mengesahkan sumber asal.
2. Bolehkah sumber ini dipercayai?
Dakwaan luar biasa memerlukan bukti yang luar biasa. Cari sumber utama rasmi maklumat seperti media bereputasi baik atau laman web kerajaan dan bahawa artikel itu menyokong dakwaan artikel tersebut dengan pautan kepada sumber, foto dan video.
3. Siapakah “pakar” itu?
Pisahkan pendapat pakar daripada pendapat beremosi. Semak bahawa dakwaan dibuat oleh pihak berkuasa yang diiktiraf berhubung subjek itu.
4. Adakah maklumat tersebut menyuruh saya melakukan sesuatu (suka, kongsi, langgan, beli?)
Berita dramatik yang “tidak dilaporkan” sering menjadi permainan untuk penglibatan media sosial yang berharga bagi seseorang yang mempunyai akaun yang diwangkan.
5. Adakah perkara ini mengejutkan atau cuba menimbulkan ketakutan atau kebencian?
Malangnya, wujud individu yang menyebarkan maklumat yang mungkin berbahaya dan salah untuk menyebabkan kecederaan atau kekacauan. Fikir sebelum kongsi.
Memanggil semua belia: anda berani untuk menyahut cabaran?
Jika anda seorang belia berumur antara 15 dan 24 tahun, dan anda mendapati siaran ini menarik, mengapa tidak mempelajari tentang perkara ini dengan lebih lanjut? GNI APAC Youth Verification Challenge kini dibuka untuk edisi kedua, dan anda boleh menyertainya untuk menjalani latihan dan mempertajamkan kemahiran menyemak fakta anda, sambil menerapkannya dalam pertempuran semakan fakta secara langsung menentang peserta lain! Cabaran tersebut akan berlangsung selama 5 bulan dalam 8 bahasa, termasuk (Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Hindi, Jepun, Korea, Cina Mandarin, Vietnam dan Thai). Ketahui lebih lanjut di sini.