Dengan Aidilfitri yang sudah semakin hampir, jutaan rakyat di seluruh Malaysia telah mula membuat persiapan untuk musim perayaan - dan kini sempadan telah dibuka semula, setiap butiran kecil pasti akan disusun dengan teliti untuk memberikan nafas baharu bagi perayaan tahun ini - daripada warna baju melayu dan baju kurung baharu, kepada penyediaan kuih dan juadah Raya, malah hiburan untuk seisi keluarga.
Hari ini, YouTube dengan kerjasama Media Prima dan rakan kongsi jenama L’Oreal teruja untuk membuat debut Raya YouTube Music Night pertama di Malaysia, suatu set muzik dan permainan menyeronokkan disusun khas yang menampilkan barisan para penyanyi dan pemuzik kesayangan Malaysia.
Sinonim dengan YouTube sebagai tapak muzik maya terbesar di dunia, edisi Music Night ini menawarkan peluang kepada peminat untuk berkomunikasi bersama artis tempatan kegemaran mereka melalui set strim langsung yang intim. Platform ini juga memberikan golongan artis cara baharu untuk berkongsi seni mereka dan mentakrifkan semula hubungan mereka dengan peminat, selain melalui alatan YouTube yang lain seperti Premieres.
Sebelum COVID-19, negara-negara Asia Tenggara merupakan antara destinasi pelancongan paling popular di dunia. Pandemik yang melanda telah mengubah segalanya dalam hanya beberapa bulan - dan meninggalkan impak negatif terhadap industri pelancongan rantau ini yang bernilai $380 bilion. Namun, pada awal tahun 2022, suasana mula kembali pulih. Negara-negara Asia Tenggara telah melonggarkan sekatan perjalanan, dan para pelancong dari rantau ini ingin menebus masa yang telah hilang. Mereka komited untuk mengembara dengan lebih kerap, mereka terbuka kepada destinasi baharu dan mereka berazam untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang kini ada.
Untuk memahami sejauh manakah permintaan terpendam yang dirasai oleh golongan pelancong ini — dan peluang yang ia wujudkan untuk para pengendali pelancongan rantau ini — kami melihat dengan lebih dekat beberapa trend Google Search terkini untuk memahami permintaan para pelancong.
Sumber: Google Internal Data, Air & Accommodation carian berkaitan dari Mac 2022 berbanding 2019
Di Google, kami komited untuk membantu semua orang membina dunia yang lebih mampan, dan sebahagian daripadanya bermakna memudahkan semua orang membuat pilihan mesra alam. Kami melihat lebih ramai orang mencari cara untuk hidup dengan lebih mampan. Menurut Google Trends, minat terhadap kemampanan meningkat lebih daripada 25% di seluruh Asia. Di Malaysia, Carian mengenai neutraliti karbon meningkat sehingga 450%, manakala topik mengenai sumber boleh diperbaharui telah meningkat sebanyak 250% dan pelepasan gas rumah hijau meningkat lebih daripada 160%.
Sebagai pengiktirafan Hari Bumi pada 22 April, berikut ialah beberapa petua dan cara untuk menjalani gaya hidup yang lebih mampan dengan sedikit bantuan daripada Google.
Kekal maklum mengenai krisis iklim
Fahami kesan perubahan iklim apabila anda melawat halaman Google hari ini. Doodle Hari Bumi kami mempamerkan bagaimana muka bumi telah berubah sepanjang 40 tahun yang lalu di seluruh dunia. Lakukan carian maklumat berwibawa daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh bertindak. Sebagai alternatif, hab Culture Meets Climate kami, yang dilancarkan oleh Google Arts and Culture, merupakan sumber yang bagus untuk bermula. Terokai puluhan cerita dan projek interaktif di seluruh dunia, daripada artis yang mentafsir data iklim saintifik dengan cara yang mudah dihadam sehinggalah kepada mengetahui cara komuniti menggunakan teknologi untuk melindungi tapak budaya mereka merentasi perubahan iklim.
Melancong lagi? Berikut ialah alatan Google untuk mengurangkan kesan perjalanan
Dengan pelancongan kini dibuka di dalam dan di seluruh dunia, pertimbangkan carian yang lebih mampan untuk sampai ke tempat yang anda tuju. Apabila anda mencari penerbangan anda di Google Flights, anda boleh melihat pelepasan karbon yang berkaitan bagi setiap tempat duduk untuk setiap penerbangan dan mencari pilihan karbon rendah dengan cepat. Juga, pertimbangkan carian Google pantas untuk hotel mesra alam jika anda memilih tempat penginapan untuk mencari maklumat tentang usaha kemampanan hotel tersebut.
Anda kini boleh melihat pelepasan karbon setiap tempat duduk untuk setiap penerbangan di Google Flights.
Kitar semula yang lama, bawa masuk yang baru
Ingin mengitar semula peranti Google lama atau elektronik lain yang anda tidak gunakan lagi? Gunakan perkhidmatan kurier percuma melalui rakan kongsi kitar semula pihak ketiga kami untuk membantu mengitar semula peranti anda dengan cara yang mesra alam. Sebagai alternatif, anda boleh mengetahui tempat untuk mengitar semula atau membuang bahan tertentu dengan betul apabila anda melakukan carian pantas pada Carian atau melihat Profil Perniagaan di Peta Google, supaya peranti lama tidak berakhir di tapak pelupusan.
Pelajari seni kitar semula dan gaya hidup hijau daripada para pencipta YouTube
Kami melihat ramai para pencipta YouTube berkongsi petua dan idea setiap hari tentang cara anda boleh menggabungkan amalan mampan ke dalam kehidupan seharian. Lihat Adam Akmal yang mengajar penontonnya cara membuat tanah kompos dan petua penyelenggaraan untuk menghasilkan kompos yang baik di rumah. Anda juga boleh melihat senarai main global kami yang menampilkan para pencipta global untuk mendapatkan inspirasi.
Selamatkan planet, jimatkan wang
Tahukah anda bahawa dengan singkatkan 3 minit waktu mandi setiap hari, anda boleh menjimatkan lebih 40 tab mandi dalam setahun? Anda boleh mencari lebih banyak cara untuk memahami dengan lebih baik impak alam sekitar anda dan mengurangkan pembaziran makanan, air dan penggunaan tenaga melalui alat interaktif Your Plan, Your Planet. Alat ini juga disegerakkan dengan Kalendar Google untuk menetapkan peringatan tentang ikrar anda untuk menukar tabiat anda (contohnya, singkatkan waktu mandi atau gunakan baki yang berada di dalam peti sejuk).
Untuk memanfaatkan sepenuhnya Ramadan tahun ini, kami telah mengumpulkan beberapa petua berguna merentasi Google dan YouTube untuk menjadi teman anda sepanjang bulan.
1. Search
Semua yang kita lakukan bermula dengan pencarian maklumat, dan ia tiada bezanya ketika menyambut Ramadan - daripada rasa ingin tahu tentang bila mula dan tamatnya puasa, dan cara menyediakan hidangan Ramadan, hinggalah ke waktu buka restoran dan tempat-tempat lain sepanjang Ramadan. Hanya taip "Ramadan" di Google dan anda akan temui maklumat yang bersesuaian dengan anda — segala-galanya daripada petua, ucapan dan waktu solat kepada resipi-resipi yang paling popular — semuanya daripada hasil carian anda.
Wanita yang diperkasakan mempunyai potensi untuk menjadi pemangkin kepada perubahan yang hebat dan mentakrifkan semula naratif sekitar kewanitaan - sama ada dengan memberi suara kepada mereka yang tidak bersuara, atau memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengejar perkara baharu dan berbeza.
Mengambil inspirasi daripada tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini iaitu 'Mengubah Persepsi Berat Sebelah’ (Breaking the Bias)' tahun ini, YouTube Malaysia mengetengahkan empat pencipta kandungan wanita tempatan – Beng Lim daripada saluran Bengtures, Haze Long, Kambing Golek dan Shalini Devi Ganeson daripada saluran Shalini Views – dalam Generasi YouTube (GenYT) maya yang bertemakan "Pemangkin Perubahan" (Catalysts for Change), di mana mereka berkongsi usaha yang dilakukan untuk mencipta dan membangunkan jenama kandungan mereka tersendiri mereka, serta suka duka perjalanan YouTube mereka sebagai wanita.
Pemangkin perubahan: (atas, dari kiri) Haze Long, Beng Lim dari saluran Bengtures, (bawah, dari kiri) Kambing Golek dan Shalini Devi Ganeson dari saluran Shalini Views.
Beng Lim merupakan salah seorang daripada segelintir wanita dalam dunia automotif tempatan di YouTube. Kandungan gaya vlognya mempersembahkan ulasan-ulasan kereta lama dan baru, pengalaman pemilikan keretanya sendiri yang kadangkala termasuk petua DIY, dan acara automotif di mana peminat kereta wanita masih lagi merupakan golongan minoriti. Salurannya Bengtures telah mendapat tontonan dari luar Malaysia, dengan para penonton yang datang dari negara-negara Asia Tenggara lain, Amerika Syarikat, dan juga Brazil.
“Saya memang suka memandu. Setiap kali saya berasa tertekan, saya akan mengambil kunci saya dan memandu ke mana sahaja jalan membawa saya. Malah saya hampir memandu ke Ipoh apabila saya menyedari yang saya telah memandu separuh negara. Itulah sebabnya automotif adalah perkara yang saya pilih untuk lakukan. Dari segi tawaran saluran saya, saya lebih suka melakukan gaya ulasan yang lebih bersahaja, menambahkan beberapa elemen gaya hidup pada kandungan ulasan kereta biasa yang sepatutnya. Saya mahu orang lain untuk melihat diri mereka dalam diri mereka yang memandu jentera tertentu, dan bukannya hanya melihat kereta,” kongsi Beng.
Sebagai pencipta kandungan sepenuh masa, Beng sentiasa memikirkan cara untuk menambah nilai pada salurannya dan untuk meningkatkan kualiti kandungannya.
Penghargaan yang diterimanya untuk tutorial potret digitalnya telah terus mendorong Haze Long berkongsi pengetahuannya di YouTube.
Kambing Golek sentiasa teruja untuk menunjukkan kepada para penonton apa yang dia mampu lakukan sebagai seorang pemain video.
Bukan sahaja penggemar makanan, Shalini juga seorang pencinta muzik dan bercadang untuk membuat ‘cover’ muzik pada masa hadapan