Khamis, 3 November 2022

Google Play Games beta pada PC meluaskan ketersedian ke peringkat global

Google Play Games kini tersedia untuk PC

*Tertakluk kepada ketersediaan permainan dan keserasian PC.




Pada awal tahun ini, kami mengumumkan bahawa Google Play Games akan hadir ke PC sebagai pengalaman beta kepada sebilangan pasaran yang terhad. Matlamat kami adalah untuk mengumpulkan maklum balas awal supaya kami boleh terus menambah baik produk tersebut agar dapat memenuhi keperluan pemain dan pembangun di seluruh dunia. Pada bulan Ogos, kami mengembangkan produk tersebut kepada lebih ramai pemain di Korea, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Australia. Semenjak itu, kami telah menambah beberapa ciri dan menurunkan keperluan spesifikasi minimum bagi PC. Mulai hari ini, kami teruja untuk menjadikan Google Play Games beta tersedia untuk dimuat turun kepada semua pemain di Malaysia di samping AS, Kanada, Mexico, Brazil, Indonesia, Filipina dan Singapura.



Google Play Games kini tersedia untuk dimuat turun di Malaysia di samping AS, Kanada, Mexico, Brazil, Indonesia, Filipina dan Singapura.

*Tertakluk kepada ketersediaan permainan dan keserasian PC.




Beberapa bulan kebelakangan ini, perkembangan katalog Google Play Games kami telah semakin pesat dengan lebih banyak permainan mudah alih popular termasuk 1945 Air Force, Blade Idle, Cookie Run: Kingdom dan Evony: The King’s Return. Kesemua permainan video ini dan berpuluh-puluh lagi boleh dimainkan pada PC Windows melalui aplikasi kendiri yang dibina oleh Google.




Matlamat kami yang lebih luas adalah untuk terus bertemu pemain di mana mereka berada dan memberikan akses kepada permainan video mereka pada seberapa banyak peranti yang mungkin. Para pemain yang mengambil bahagian dalam versi beta telah menyuarakan keterujaan mereka kerana dapat bermain permainan video kegemaran mereka dengan lancar merentas telefon, tablet, Chromebook dan PC mereka. Selain itu, sejak dilancarkan pada awal tahun ini kami telah membuat kemajuan yang ketara untuk menjangkau lebih ramai pemain dengan mengurangkan keperluan spesifikasi minimum untuk PC yang menjalankan Windows 10+ dengan kad grafik bersepadu dan teras CPU 4+.




Penyegerakan lancar merentas peranti yang dilog masuk

*Tertakluk kepada ketersediaan permainan dan keserasian PC.




Kami sangat teruja untuk mengembangkan platform kami ke lebih banyak pasaran untuk para pemain menikmati permainan video kegemaran mereka di Google Play. Sambil kami berusaha untuk membangunkan keluaran versi penuh, kami akan terus menambah ciri baharu dan menilai maklum balas pembangun dan pemain. Bagi mendaftar untuk pengumuman akan datang, atau untuk mengakses versi beta, sila pergi ke g.co/googleplaygames. Jika anda seorang pembangun permainan Android yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Google Play Games, sila nyatakan minat di tapak pembangun kami. Kami akan mempunyai lebih banyak untuk dikongsi tentang keluaran beta di masa hadapan dan ketersediaan serantau tidak lama lagi.



Windows ialah tanda dagangan kumpulan syarikat Microsoft.

Tajuk permainan video mungkin berbeza mengikut negara.