Hari ini kami mengumumkan empat kemaskini besar untuk Google Play Games beta pada PC, cara kami memberikan anda akses kepada permainan mudah alih pada lebih banyak peranti. Dengan mengambil kira maklum balas daripada para pemain dan pembangun di seluruh dunia, kami telah menambah ratusan permainan baharu, berkembang ke wilayah baharu, menjadikannya boleh diakses untuk lebih ramai pemain dan melancarkan sebuah ciri baharu untuk menjadikan permainan lebih mudah.
Mari kita lihat dengan lebih dekat apa yang baharu.
1. Main ratusan permainan, termasuk tajuk baharu seperti Free Fire MAX
Kami kini mempunyai ratusan permainan dalam katalog kami, termasuk tajuk-tajuk popular seperti Cookie Run: Kingdom, Eversoul, Summoners War, Homescapes, Evony: The King’s Return, Call of Dragons dan Arknights.* Salah satu tambahan terbaharu kami adalah Free Fire MAX, yang kini tersedia di Malaysia dan Taiwan dan akan dilancarkan ke lebih banyak wilayah dalam beberapa minggu akan datang.** Dan, memandangkan kemajuan permainan dan perpustakaan anda disegerakkan merentas telefon, tablet, Chromebook dan PC, anda boleh bertukar antara peranti dengan mudah semasa permainan dan menyambung terus dari tempat anda berhenti.***
2. Akses Permainan Google Play di lebih 120 wilayah di seluruh dunia
Sejak beberapa minggu lalu, kami telah membuka beta kami kepada lebih 60 wilayah baharu di seluruh Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Latin. Hari ini, anda boleh bermain Permainan Google Play di lebih 120 wilayah* di seluruh dunia
3. Alami beta pada lebih banyak PC
Untuk menjadikan Permainan Google Play tersedia kepada seramai mungkin pemain, kami telah membuka lagi akses kepada beta pada lebih banyak PC.**** Dengan kemaskini ini, ratusan juta pengguna PC tambahan kini boleh mencubanya.
* Tajuk permainan berbeza mengikut wilayah.
** Tertakluk pada kelayakan peranti dan akaun.
*** Tersedia untuk permainan terpilih pada peranti yang serasi.
**** Untuk peranti terpilih. Sesetengah PC mungkin mempunyai pengalaman yang terhad.
Salah satu bahagian paling tertekan adalah perancangan percutian akan datang anda (Sudah tempah penerbangan? Bagaimana jika saya tidak ada mata wang yang betul? Bagaimana saya boleh berkongsi kenangan saya?). Dari menaiki pesawat ke mendaftar masuk, dari meneroka dan pulang ke rumah semula, kami boleh bantu anda.
Sebelum anda terbang
Lihat sebelum anda mendaftar masuk dengan cerita Hotel
Guna mod penyemakan imbas baharu untuk hotel kami pada telefon anda dan lihat imej hotel untuk mengetahui apa yang tersedia di sana, serta harga, lokasi, ulasan dan banyak lagi
Teroka (secara maya) dengan Google Maps Street View
Street View menjalin berbilion imej panorama untuk memberikan representasi maya untuk persekitaran kita di Google Maps dan membantu orang ramai meneroka dunia ini secara maya sebelum anda bertolak. Dengan lebih daripada 220 bilion imej Street View dari lebih daripada 100 negara dan wilayah, kebanyakan tempat yang anda ingin kunjungi akan tersedia di situ.
Melepasi pelepasan dengan mudah menggunakan Google Wallet
Apakah yang akan anda buat jika masa penerbangan atau pintu berlepas berubah? Tenangkan diri dengan menambah pas masuk AirAsia anda ke Google Wallet anda untuk mendapatkan notifikasi jika terdapat sebarang perubahan. Lepasii pintu transit dengan mudah dengan menunjukkan pas anda pada peranti Android anda. Tambahan lagi…
Setelah mendarat
Jimat masa dengan Google Wallet yang akan menghalang anda daripada mengeluarkan dompet anda (sambungan)
…tambah kad pembayaran anda dan sentuh untuk bayar di mana bayaran tanpa sentuh diterima tanpa menggunakan kad fizikal anda - tidak perlu lagi meraba-raba dompet anda dan tertanya-tanya tentang denominasi wang tunai dan syiling (adakah itu RM2 atau RM10…tidak mengapa)
Matahari sedang bersinar, suhu sedang meningkat - ini menandakan permulaan percutian musim panas!
Jika anda sedang mencari inspirasi untuk destinasi percutian anda yang seterusnya, anda hanya perlu mencarinya di Google Flights - alat yang boleh membantu anda meneroka destinasi dan menjejak harga untuk mencari dan menempah penerbangan anda yang seterusnya.
10 destinasi teratas untuk rakyat Malaysia
Kami telah menganalisis destinasi yang menyaksikan jumlah pertanyaan tertinggi di Google Flights untuk bulan Jun hingga Ogos 2023.
10 destinasi teratas di Carian Google Flight
Tokyo, Jepun
Bangkok, Thailand
London, United Kingdom
Taipei City, Taiwan
Denpasar, Indonesia
Kota Kinabalu, Malaysia
Langkawi, Malaysia
Seoul, Korea Selatan
Kuala Lumpur, Malaysia
Osaka, Jepun
“Dengan munculnya kembali keinginan melancong dalam kalangan para pelancong, Google Flights memberi kami gambaran tentang tempat-tempat yang difikirkan oleh rakyat Malaysia sempena cuti musim panas mereka yang akan datang. Kami mendapati bahawa para pelancong lebih sukakan destinasi APAC, dan destinasi teratas mereka adalah Tokyo, Jepun. Malah, daripada sepuluh destinasi teratas, 9 berada dalam APAC dan tiga daripadanya adalah domestik,” kata Nick Drew, Ketua Industri Pelancongan, Google Malaysia.
5 pantai awam popular teratas
Pantai Pengkalan Balak Melaka
D’Aur Beach Resort
Pantai Tanjung Biru
Pantai Batu Hitam Kuantan
Pantai Batu Layar, Kota Tinggi
5 taman popular teratas
Taman KLCC
Taman 99 Wonderland
Taman Saujana Hijau Putrajaya
Anjung Floria
Taman Rekreasi Gunung Lang
5 muzium popular teratas
Muzium Negara
Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia
Muzium Budaya Borneo
Muzium Wonderfood