Jumaat, 21 Julai 2023

Petua dari Google untuk membantu anda dengan rancangan percutian anda

Salah satu bahagian paling tertekan adalah perancangan percutian akan datang anda (Sudah tempah penerbangan? Bagaimana jika saya tidak ada mata wang yang betul? Bagaimana saya boleh berkongsi kenangan saya?). Dari menaiki pesawat ke mendaftar masuk, dari meneroka dan pulang ke rumah semula, kami boleh bantu anda.

Sebelum anda terbang

Lihat sebelum anda mendaftar masuk dengan cerita Hotel

Guna mod penyemakan imbas baharu untuk hotel kami pada telefon anda dan lihat imej hotel untuk mengetahui apa yang tersedia di sana, serta harga, lokasi, ulasan dan banyak lagi

Teroka (secara maya) dengan Google Maps Street View

Street View menjalin berbilion imej panorama untuk memberikan representasi maya untuk persekitaran kita di Google Maps dan membantu orang ramai meneroka dunia ini secara maya sebelum anda bertolak. Dengan lebih daripada 220 bilion imej Street View dari lebih daripada 100 negara dan wilayah, kebanyakan tempat yang anda ingin kunjungi akan tersedia di situ.

Melepasi pelepasan dengan mudah menggunakan Google Wallet

Apakah yang akan anda buat jika masa penerbangan atau pintu berlepas berubah? Tenangkan diri dengan menambah pas masuk AirAsia anda ke Google Wallet anda untuk mendapatkan notifikasi jika terdapat sebarang perubahan. Lepasii pintu transit dengan mudah dengan menunjukkan pas anda pada peranti Android anda. Tambahan lagi…

Setelah mendarat

Jimat masa dengan Google Wallet yang akan menghalang anda daripada mengeluarkan dompet anda (sambungan)

…tambah kad pembayaran anda dan sentuh untuk bayar di mana bayaran tanpa sentuh diterima tanpa menggunakan kad fizikal anda - tidak perlu lagi meraba-raba dompet anda dan tertanya-tanya tentang denominasi wang tunai dan syiling (adakah itu RM2 atau RM10…tidak mengapa)

Guna jalan betul dengan Live View

Di sebuah bandar baharu, ia mungkin sukar untuk mengetahui arah perjalanan anda. Dengan Live View di Maps, anda akan dapat melihat anak panah AR (realiti terimbuh) yang menunjuk ke arah perjalanan yang anda perlu ambil. Anda juga boleh menggunakan Live View dalam bangunan untuk menavigasi tempat seperti lapangan terbang, membantu anda mencari kawasan tuntutan bagasi atau penyewaan kereta. Dan apabila anda di luar, carian dengan Live View membolehkan anda mencari tempat di sekeliling anda - seperti restoran, taman dan stesen transit - dan lihat maklumat berguna seperti waktu buka dan penilaian mereka.

Cari apa yang anda lihat dengan carian pelbagai dekat saya (Lens)

Apabila ragu-ragu, Lens boleh fikirkannya! Dalam aplikasi Google tersebut, anda boleh mengambil gambar atau guna tangkapan skrin dan tambah ‘dekat saya’ untuk cari hidangan kegemaran anda atau produk daripada pembekal tempatan.


Rumahku, syurgaku

Gambar

Sudah merasa sedih selepas habis bercuti? Dengan Google Photos, anda boleh lihat kembali sorotan daripada perjalanan anda menggunakan Memories, yang akan dipaparkan sambil anda menatal grid foto anda. Seseorang termasuk dalam gambar anda? Guna Magic Eraser untuk keluarkan mereka dengan beberapa ketikan sahaja.