Khamis, 19 September 2024

Masa hadapan penuh peluang dengan YouTube

Di YouTube, kejayaan tidak muncul dalam rupa yang sama untuk semua. Ia seunik para pencipta kandungan dan artis kami yang penuh bersemangat. Sama ada mengenai ekspresi diri, mencari komuniti, atau mencapai kebebasan kewangan, kami ingin menawarkan peluang berpanjangan untuk menempa laluan anda sendiri menuju kejayaan.


Dan kini, kami membawa kuasa transformasi AI ke perjalanan tersebut, sambil terus membina rekod prestasi tanggungjawab kami. Kami percaya bahawa AI akan membuka bentuk ekspresi diri baharu untuk para pencipta, dan bahawa ia harus bekerja untuk anda dan visi kreatif anda. Hari ini di Made on YouTube, kami memperkenalkan cara baharu untuk menghubungkan orang ramai, menyemarakkan kreativiti, memacu perniagaan dan memperjuangkan suara baharu. Inilah apa yang anda patut tahu.



Dream Screen menjadi lebih kreatif dengan Veo Google DeepMind


Pada tahun lepas, kami memperkenalkan Dream Screen di YouTube Shorts yang membolehkan anda menjana latar belakang yang terhad hanya kepada imaginasi anda. Ia sudah berada di tangan berjuta-juta orang di seluruh dunia, tetapi ini hanya permulaannya.


Kami akan mengintegrasikan model yang paling berkebolehan untuk menghasilkan video Google DeepMind, Veo, ke dalam YouTube Shorts pada akhir tahun ini.



Anda akan boleh mencipta lebih banyak latar belakang video yang hebat, menghidupkan konsep yang mustahil untuk digambarkan sebelum ini. Bayangkan seorang BookTuber melangkah ke dalam halaman novel klasik, The Secret Garden, atau seorang pereka fesyen menggambarkan konsep reka bentuk yang menyeronokkan dan imaginatif dengan serta-merta untuk dikongsi bersama khalayak mereka.


Dan untuk kali pertama, anda juga akan boleh menjana klip video sepanjang 6 saat untuk Shorts anda dengan bantuan Veo. Sebagai contoh, jika anda sedang menonton rakaman anda dan berasa seperti anda perlukan sesuatu untuk membantu mengaitkan semuanya, anda boleh menjana sebuah klip tunggal yang sesuai dengan kandungan yang telah anda rakam dengan mudah. 


Ciptaan-ciptaan ini akan ditanda air menggunakan SynthID, dan kami akan menggunakan label jelas yang memaklumkan para penonton bahawa ia dijana oleh AI.



Rakan kreatif baharu


Proses penghasilan idea yang segar dan menarik boleh menjadi satu cabaran. Jadi, kami akan mengubah rupa Tab Inspirasi dalam YouTube Studio, menjadikannya sebuah rakan sumbang saran yang dikuasakan oleh AI generatif. Ia akan membantu menyusun cadangan yang anda boleh bentuk menjadi projek lengkap dengan idea, tajuk, lakaran kecil dan garis besar video untuk dipadankan dengan gaya anda.


Pada tahun hadapan, kami akan memperkenalkan pintasan baharu yang akan membawa anda terus ke Tab Inspirasi dari mana sahaja anda temui inspirasi, seperti komen teratas anda, video lain atau katalog anda sendiri.



Membina hubungan yang lebih mendalam antara satu sama lain


Terdapat hubungan istimewa antara anda dan peminat setia anda di YouTube—mereka yang sentiasa berada di samping anda dan tidak pernah terlepas sebarang detik. Dan kami ingin menggalakkan anda untuk berhubung dengan mereka dengan cara yang lebih hebat lagi:




  • Lebih daripada komen, Komuniti: Sudut internet anda sendiri, betul-betul di saluran pencipta, akan menjadi hab pusat untuk membincangkan video, berkongsi seni peminat, berhubung dengan individu yang berfikiran sama seperti anda dan membina semangat kekitaan. Komuniti kini tersedia di beberapa saluran, dengan rancangan untuk terus menambah ciri ini untuk lebih ramai orang tahun ini. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenainya di catatan blog kami di sini.



  • Serlahkan bintang yang semakin meningkat naik dengan Hype: Tunjukkan semangat anda terhadap bintang kesukaan anda yang semakin meningkat naik! Hype memberi orang ramai cara baharu untuk menunjukkan sokongan kepada pencipta baharu yang mereka sukai. Dengan "menghebohkan" sebuah video, para peminat mempunyai tujuan bersama untuk menghubungkan pencipta kegemaran mereka dengan khalayak baharu. Video dengan mata hype terbanyak akan dipaparkan pada papan pendahulu khas, meningkatkan peluang penemuan dan pengiktirafan mereka. Kami telah pun mengujinya di Brazil, Turki dan Taiwan dan kami merancang untuk mengembangkannya kepada lebih ramai orang dalam beberapa bulan akan datang - baca lebih lanjut mengenainya di sini.



  • Cari khalayak global dengan alih suara automatik: Kami telah menguji alat alih suara kami dengan sekumpulan kecil pencipta, yang membolehkan anda menjana trek audio yang diterjemahkan untuk video anda dalam bahasa yang berbeza. Kami teruja untuk membawa ini kepada ratusan ribu lagi dalam beberapa bulan akan datang, dan akan mengembangkan bilangan bahasa yang disokongnya, daripada Sepanyol dan Portugis kepada Perancis, Itali dan banyak lagi, supaya kandungan anda boleh diakses oleh lebih ramai orang di seluruh dunia.


Dan kami kini merintis keupayaan baharu dengan segelintir pencipta, yang akan memindahkan nada dan intonasi anda, suasana persekitaran anda – dan mengintegrasikannya ke dalam audio yang dialih suara, menjadikan pengalaman itu kedengaran lebih semula jadi.



  • Tambahan lagi, tab komen baharu: Kami mengubahkan tab Komen dalam aplikasi YouTube Studio kepada ‘Komuniti’, sebuah hab untuk penglibatan peminat yang lebih mendalam. Proses pembalasan kepada komen boleh mengambil banyak masa dan tenaga, jadi kami menambahkan cadangan balasan yang dipertingkatkan AI yang disesuaikan dengan gaya anda, memberikan anda titik permulaan berguna yang anda boleh sesuaikan dengan mudah untuk menghasilkan respons anda. Nantikan ciri ini dan lebih banyak alat-alat yang akan menjimatkan masa seperti sorotan komuniti dan metrik khalayak tidak lama lagi!



Memberi lebih banyak cara untuk membina perniagaan - dan platform anda sendiri


Hari ini, YouTube merupakan satu-satunya platform yang berkongsi hasil dengan para pencipta secara berskala, merentas pelbagai format. Program YouTube Partner kami membayar lebih daripada mana-mana platform pengewangan pencipta yang lain, dan kami telah membayar $70 bilion kepada para pencipta, artis dan syarikat media sepanjang tiga tahun yang lalu.


Memandangkan ekosistem pencipta kami telah berkembang, kami terus mencari jalan yang berbeza supaya lebih ramai pencipta boleh berjaya — tidak kira berapa lama anda telah menjadi seorang pencipta atau format pilihan anda. Berikut adalah yang terbaharu:



  • Memperkenalkan hadiah, dikuasakan oleh Jewels: Kami memperkenalkan Jewels dan hadiah, item digital yang boleh menguasakan penglibatan masa nyata peminat sambil memberikan anda satu lagi cara untuk menjana pendapatan. Kami akan mula melancarkannya pada strim langsung menegak di A.S., memudahkan penonton untuk bertindak balas, menzahirkan keterujaan dan mengambil bahagian secara aktif untuk menambahkan rasa keajaiban pada saat itu.



  • Mengembangkan YouTube Shopping: Kini, lebih daripada 250,000 pencipta menggunakan YouTube Shopping! Program ahli gabungan YouTube Shopping kini tersedia di AS dan Korea Selatan, dan hari ini, kami mengembangkannya ke Indonesia, dengan kerjasama Shopee. Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membawa program ini ke Thailand dan Vietnam, supaya anda boleh berkongsi produk kegemaran anda dengan para peminat dan mengembangkan perniagaan anda.


  • Memberi lebih banyak peluang di ruang tamu: Ruang tamu telah menjadi sempadan baharu bagi para pencipta yang mencipta pengalaman yang direka khusus untuk skrin besar. Dan ia telah membuahkan hasil: Bilangan pencipta yang membuat sebahagian besar hasil YouTube mereka pada skrin TV meningkat lebih daripada 30% tahun ke tahun. Untuk menonjolkan kandungan pencipta kami di TV, mereka tidak lama lagi akan dapat menyusun kandungan mereka mengikut musim dan episod, memudahkan penonton untuk menonton rancangan TV baharu yang hangat. Kami sedang membuat penambahbaikan lain pada pengalaman TV dengan kandungan mengasyikkan yang dimainkan terus daripada saluran pencipta, pilihan langganan diperkemas dan akses lebih mudah kepada pautan dalam perihalan.



Kami berasa amat optimistik tentang masa hadapan kami sambil kami terus berinovasi tanpa henti untuk komuniti global kami. YouTube merupakan tempat di mana kreativiti, komuniti dan perniagaan berkembang. Ia adalah masa hadapan penuh dengan peluang, dan semuanya berlangsung di YouTube.




A future full of opportunities, Made On YouTube


On YouTube, success isn't one-size-fits-all. It’s as unique as our vibrant creators and artists. Whether it’s about self expression, finding community, or reaching financial freedom, we want to offer long-lasting opportunities to forge your own path to success.


And now, we’re bringing the transformative power of AI to that journey, while building on our track record of responsibility. We believe AI will unlock new forms of expression for creators, and that it should put its power to work for you and your creative vision. Today at Made on YouTube, we’re unveiling new ways to connect people, ignite creativity, drive businesses, and champion new voices. Here’s what you need to know. 



Dream Screen gets even dreamier with Google DeepMind’s Veo


Last year, we showed you Dream Screen, which lets you generate backgrounds limited only by your imagination in YouTube Shorts. It’s already in the hands of millions of people around the world, but we’re just scratching the surface of what’s to come.  


We’ll start integrating Google DeepMind's most capable model for generating video, Veo, into YouTube Shorts later this year.



You'll be able to create even more incredible video backgrounds, breathing life into concepts that were once impossible to visualize. Imagine a BookTuber stepping into the pages of the classic novel, The Secret Garden, or a fashion designer instantly visualizing fun and imaginative design concepts to share with their audience.


And for the first time, you’ll also be able to generate 6 second standalone video clips for your Shorts with the help of Veo. For example, if you’re looking through your footage and feel like you’re missing something to help tie it all together, you can effortlessly generate a singular clip that fits right in with the content you’ve already captured. 


These creations will be watermarked using SynthID, and we'll apply a label that clearly communicates to viewers it was generated with AI.



A new creative partner


Coming up with fresh, engaging ideas can be a challenge. So we’re giving the Inspiration Tab in YouTube Studio a makeover, creating a brainstorming buddy powered by generative AI. It’ll help curate suggestions that you can mold into fully-fledged projects with video ideas, titles, thumbnails, and outlines to match your style.


Next year, we’ll introduce a new shortcut that takes you right to the Inspiration Tab from anywhere you find inspiration, like your top comments, other videos, or even your own catalog.



Building deeper connections with each other


There's a special connection between you and your most loyal fans on YouTube—the ones who are always there, never missing a moment. And we want to embolden you to connect in even more powerful ways:




  • More than just comments, Communities: Your very own corner of the internet, right on creators' channels, will be a central hub to discuss videos, share fan art, connect with like-minded individuals, and build a vibrant sense of belonging. Communities are available now on a handful of channels, with plans to continue to add this feature for more of you this year. You can learn more about it at our blog post here.



  • Spotlight rising stars with Hype: Turn up the volume on those rising stars you can't stop talking about! Hype gives people a new way to show support for emerging creators they believe in. By "hyping" a video, fans have a shared purpose to connect their favorite creators to new audiences. Videos with the most hype points will be featured on a special leaderboard, increasing their chances of discovery and recognition. We’ve been testing it already in Brazil, Turkey, and Taiwan and we plan to expand to more of you in the coming months - read more about it here.



  • Find a global audience with automatic dubbing: We’ve been testing our dubbing tool with a small group of creators, which lets you generate translated audio tracks for your videos in different languages. We’re thrilled to bring this to hundreds of thousands more in the coming months, and will expand the number of languages it supports, from Spanish and Portuguese to French, Italian and more, so you can make your content accessible to even more people around the world. 


And we’re now piloting a new capability with a handful of creators, that will transfer your tone and intonation, the ambiance of your surroundings – and infuse it into the dubbed audio, making the experience sound even more natural.



  • Plus, a comments tab rehaul: We’re transforming the Comments tab in the YouTube Studio app into ‘Community,’ a hub for deeper fan engagement. Responding to lots of comments can be overwhelming, so we’re adding AI-enhanced reply suggestions tailored to your style, giving you a helpful starting point that you can easily customize to craft your response. Look out for this feature and more time-saving tools like a community spotlight and audience metrics soon!



Unlocking even more avenues to build a business - and a platform of your own


Today, YouTube is the only platform that shares revenue with creators at scale, across multiple formats. Our YouTube Partner Program pays out more than any other creator monetization platform, and we’ve paid $70 billion to creators, artists, and media companies over the last three years.


As our creator ecosystem has grown, we’ve continued to invest in expanding the ways more creators can make it — no matter how long you’ve been doing it or what your preferred format is. Here's the latest:



  • Introducing gifts, powered by Jewels: We’re introducing Jewels and gifts, digital items that can power real-time fan engagement while unlocking another way for you to earn. We’ll first launch this on vertical livestreams in the U.S, making it easier for viewers to react, express excitement, and actively participate to add more magic in the moment. 




  • Expanding YouTube Shopping: There are now over 250,000 creators in YouTube Shopping! The YouTube Shopping affiliate program is currently available in US and South Korea, and today, we’re expanding to Indonesia, in partnership with Shopee. In the coming weeks, we’ll bring the program to Thailand and Vietnam, so more of you across the globe can share your favorite products with fans and grow your businesses. 


  • Unlocking more opportunities in the living room: The living room has become a new frontier for creators who are increasingly crafting experiences designed specifically for the big screen. And it’s paying off: The number of creators making a majority of their YouTube revenue on TV screens is up more than 30% year over year. To help our creators' content shine on TVs, they will soon be able to organize their content into seasons and episodes, making it easy for viewers to tune into the new must see TV. We're making other improvements to the TV experience with immersive content that plays directly from a creator's channel, streamlined subscription options and easier access to links in descriptions.



We've never been more optimistic about what lies ahead as we continue to relentlessly innovate for our global community. YouTube is where creativity flourishes, communities thrive, and businesses grow. It's a future full of opportunities, and it's all Made on YouTube.