Selasa, 10 Mac 2026

Google launches financial services verification in Malaysia to combat scams

Google launches financial services verification in Malaysia to combat scams

New security safeguards for financial ads on Google to enhance digital safety for Malaysians

Kuala Lumpur, March 10, 2026 - To further protect Malaysians against financial scams, Google introduced new certification requirements for financial services advertisers targeting Malaysia. This financial services verification (FSV) adds a new layer of security to the existing financial products and services policy by ensuring that only legitimate, licensed financial service providers can reach users in Malaysia.

This comes at a critical time when financial scams are on the rise in Malaysia, with RM2.77 billion in losses from financial fraud in 2025 alone, according to the Ministry of Home Affairs.

In an effort to address this, starting from 14 April 2026, select advertisers of financial products and services will be required to complete a verification process before they can run ads on Google's platforms. As part of the verification process, financial services advertisers will need to demonstrate that they are authorised by Malaysian authorities, such as Bank Negara Malaysia (BNM), the Securities Commission Malaysia (SC) and the Labuan Financial Services Authority (LFSA), and have completed Google’s advertiser verification program in order to begin promoting their products and services. 

FSV introduces a unique, structural layer of defense and directly supports the government's fight against financial fraud. It enforces local licensing standards at the point of advertising, effectively closing the loopholes that bad actors exploit to reach Malaysian citizens. It is already available in other countries like the UK, Singapore, and Australia.

What this means for advertisers required to verify:
  • Advertisers will be able to apply for verification through our compliance partner, G2, starting 10 March 2026, and the enforcement will go into effect on 14 April 2026.
  • Advertisers may initiate verification themselves.
  • Advertisers who provide or promote in-scope financial services  must successfully complete the updated verification process by the time enforcement begins in order to show financial services ads to Malaysian users. This will include financial service advertisers, and non-financial services advertisers who are targeting users seeking financial services. 
  • Advertisers that have not successfully completed the new verification process by 14 April, 2026 will no longer be allowed to show financial services ads.
“Scammers are constantly evolving their tactics to evade detection. That’s why we’re strengthening our defenses to ensure only authorised financial providers can reach users on Google. By partnering with authorities to enforce these stricter checks, we’re staying one step ahead of bad actors and giving Malaysians greater confidence when engaging with financial services online,” said Ben King, Country Managing Director, Google Malaysia

"MCMC welcomes this initiative by Google as it is a critical step in preventing financial scams from reaching Malaysians. Tackling digital fraud requires a whole-of-ecosystem approach, where technology platforms, regulators, and the public all play a role. Verifying the legitimacy of financial advertisers is essential to our goal of ensuring a safe and trusted digital environment for all Malaysians,” said Abdul Karim Fakir Ali, Managing Director of Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

FSV strengthens Google’s multi-layered defense system, which includes policies around Advertiser Identity Verification and Limited Ad Serving for high-risk categories. These are complemented by user-facing AI tools like Circle to Search and Google Lens, which help Malaysians detect potential scams in real-time. 

Find out more about Financial Services Verification here

Google 在马来西亚推出金融服务验证,以打击诈骗

Google 针对金融广告推出全新安全保障措施,提升大马人的数字安全


吉隆坡,2026年3月10日 —— 为了进一步保护大马人免受金融诈骗,Google 针对马来西亚金融广告商引入了新的认证要求。 此金融服务验证 (Financial Services Verificaiton, FSV) 确保只有合法且持牌的金融服务提供商才能触及大马用户,为现有的金融产品和服务政策增加了一层新的安全障。

为了应对这一问题,从2026年4月14日起,特定金融产品和服务的广告商必须在完成验证程序后,才能在 Google 平台上投放广告。 作为验证过程的一部分,金融服务广告商需要证明他们已获得马来西亚相关机构的授权,例如马来西亚国家银行 (BNM)、马来西亚证券委员会 (SC) 和纳闽金融服务管理局 (LFSA),并且已经完成了 Google 的广告商验证计划,方可开始推广其产品和服务。

  • 广告商将可从2026年3月10日起通过我们的合规合作伙伴 G2 申请验证,该规定将于2026年4月14日正式生效。
  • 广告商可以自行发起验证。
  • 若广告商所提供或推广的金融服务落在申请条件内,将必须在规定生效前成功完成更新的验证程序,才能向大马用户展示金融服务广告。这将包括金融服务广告商,以及目标受众为寻求金融服务的用户的非金融服务广告商。
  • 在2026年4月14日之前未成功完成新验证程序的广告商,将不再被允许展示金融服务广告。

Google 马来西亚区董事总经理 Ben King 表示:”诈骗者不断改变策略以逃避检测。这就是为什么我们要加强防御,以确保只有经过授权的金融服务提供商才能在 Google 上接触到用户。通过与当局合作执行这些更严格的审查,我们能够领先不法分子一步,让大马人在进行线上金融服务互动时更有信心。“

马来西亚通讯及多媒体委员会 (MCMC) 董事总经理 Abdul Karim Fakir Ali 表示:”MCMC 欢迎 Google 采取的这项举措,因为这是防止金融诈骗触及大马人的关键一步。应对数字欺诈需要整个生态系统共同努力,科技平台、监管机构和公众都扮演着重要角色。验证金融广告商的合法性,对我们确保所有大马人拥有一个安全和值得信赖的数字环境的目标至关重要

FSV 加强了 Google 的多层防御系统,该系统包括关于广告商身份验证 (Advertiser Identity Verification) 和广告投放限制 (Limited Ad Serving) 的政策。 这些措施与画圈搜索 (Circle to Search) 和 Google Lens 等面向用户的 AI 工具相辅相成,帮助大马人实时检测潜在的诈骗。

此处了解有关 FSV 的更多信息。


Google melancarkan pengesahan perkhidmatan kewangan di Malaysia untuk memerangi penipuan

Langkah perlindungan keselamatan baharu untuk iklan kewangan di platform Google bagi memperkukuh keselamatan digital rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, Mac 10, 2026 - Untuk terus melindungi rakyat Malaysia daripada penipuan kewangan, Google telah memperkenalkan keperluan pensijilan baharu bagi pengiklan perkhidmatan kewangan yang menyasarkan Malaysia. Pengesahan perkhidmatan kewangan (Financial Services Verification, FSV) ini menambah lapisan keselamatan baharu kepada dasar produk dan perkhidmatan kewangan sedia ada dengan memastikan bahawa hanya penyedia perkhidmatan kewangan yang sah dan berlesen sahaja dapat menjangkau pengguna di Malaysia.


Langkah ini diperkenalkan pada saat yang kritikal di kala kes penipuan kewangan semakin berleluasa di Malaysia, dengan kerugian akibat penipuan kewangan mencecah RM2.77 billion pada tahun 2025 sahaja, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Sebagai usaha untuk menangani isu ini, bermula 14 April 2026, pengiklan produk dan perkhidmatan kewangan terpilih akan dikehendaki melengkapkan proses pengesahan sebelum mereka boleh menyiarkan iklan di platform Google. Sebagai sebahagian daripada proses pengesahan tersebut, pengiklan perkhidmatan kewangan perlu membuktikan bahawa mereka diberi kuasa oleh pihak berkuasa Malaysia, seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), serta telah melengkapkan program pengesahan pengiklan Google untuk mula mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.


FSV memperkenalkan lapisan pertahanan berstruktur yang unik serta menyokong secara langsung usaha kerajaan dalam memerangi penipuan kewangan. Ia menguatkuasakan piawaian pelesenan tempatan pada peringkat pengiklanan, sekali gus menutup kelompangan yang sering dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendekati rakyat Malaysia secara berkesan. Inisiatif ini telah pun dilaksanakan di negara-negara lain seperti United Kingdom (UK), Singapura, dan Australia. 


Implikasi kepada pengiklan yang perlu melengkapkan pengesahan:


  • Pengiklan boleh memohon pengesahan melalui rakan pematuhan kami, G2, bermula 10 Mac 2026, dan penguatkuasaan akan berkuat kuasa pada 14 April 2026. 


  • Pengiklan boleh memulakan proses pengesahan sendiri.


  • Pengiklan yang menyediakan atau mempromosikan perkhidmatan kewangan dalam skop yang ditetapkan mesti melengkapkan proses pengesahan baharu ini dengan jayanya sebelum penguatkuasaan bermula untuk menyiarkan iklan perkhidmatan kewangan kepada pengguna di Malaysia. Ini merangkumi pengiklan perkhidmatan kewangan, serta pengiklan perkhidmatan bukan kewangan yang menyasarkan pengguna yang mencari perkhidmatan kewangan. 


  • Pengiklan yang gagal melengkapkan proses pengesahan baharu ini menjelang 14 April 2026 tidak lagi dibenarkan untuk menyiarkan iklan perkhidmatan kewangan.

“Golongan penipu sentiasa mengubah taktik mereka untuk mengelak daripada dikesan. Itulah sebabnya kami memperkukuh sistem pertahanan kami bagi memastikan hanya penyedia perkhidmatan kewangan yang sah sahaja dapat menjangkau pengguna di Google. Melalui kerjasama dengan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan pemeriksaan yang lebih ketat ini, kami dapat mendahului pihak yang tidak bertanggungjawab dan memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia apabila berurusan dengan perkhidmatan kewangan dalam talian,” kata Ben King, Pengarah Urusan Negara, Google Malaysia.


“MCMC menyambut baik inisiatif Google ini kerana ia merupakan langkah kritikal dalam menghalang penipuan kewangan daripada menjangkau rakyat Malaysia. Menangani penipuan digital memerlukan pendekatan 'keseluruhan ekosistem' (whole-of-ecosystem), di mana platform teknologi, pengawal selia, dan orang awam semuanya memainkan peranan masing-masing. Memastikan kesahihan pengiklan kewangan adalah amat penting bagi matlamat kami untuk menjamin persekitaran digital yang selamat dan dipercayai untuk semua rakyat Malaysia,” kata Abdul Karim Fakir Ali, Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


FSV memperkukuh sistem pertahanan pelbagai lapisan Google, yang merangkumi dasar mengenai  Pengesahan Identiti Pengiklan dan Penyiaran Iklan Terhad bagi kategori berisiko tinggi. Langkah-langkah ini dilengkapi dengan alat AI yang berorientasikan pengguna seperti Circle to Search dan Google Lens, yang membantu rakyat Malaysia mengesan potensi penipuan dalam masa nyata.


Ketahui lebih lanjut mengenai Pengesahan Perkhidmatan Kewangan di sini.