Pernahkah anda mengalami perasaan cinta yang sangat menggembirakan sehingga anda berair mata? Atau, mungkin anda pernah ketawa begitu kuat sehingga anda jatuh sakit - dan anda fikirkan, alangkah baiknya jika adanya emoji yang dapat menyampaikan perasaan tersebut? Tak kira siapa yang akan menerima nota anda, Gboard pada Android kini akan mengambil emoji kegemaran anda dan menggabungkannya menjadi pelekat khas, membantu anda menyatakan pemikiran dan perasaan penuh nuansa anda.
Kami merujuk kepada ciri ini sebagai ‘Emoji Kitchen’, kerana anda boleh meneroka ‘resepi’ ungkapan baru menggunakan emoji kegemaran anda sebagai bahan-bahan. Menggunakan Gboard pada telefon Android anda, ketik pada sebarang emoji smiley dan Emoji Kitecn akan memaparkan beberapa pelekat yang direka khas oleh para pereka di Google.
Jadi apabila anda mengetik pada sebuah muka bersama topi koboi 🤠— YEEHAW kini anda mempunyai monyet koboi, hantu koboi, koboi yang sedang ketawa, koboi yang dilamun cinta, koboi yang sedang merayu dan juga … koboi yang sedang termenung.