Sempena Hari Internet Lebih Selamat, Google Malaysia telah menganjurkan sebuah bengkel dan ruang pengalaman di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya sebagai sebahagian daripada Malaysian Youth @ Safer Internet Day 2020 (MY@SID) untuk menonjolkan tips-tips keselamatan Internet berdasarkan tema-tema berikut: 1. Keselamatan, 2. Privasi, 3. Keselamatan Keluarga, dan 4. Maklumat Salah.
Berkenaan ancaman dalam talian, anak-anak sememangnya yang paling lemah. Para pelajar turut didedahkan dengan cara-cara membantu adik-adik serta kalangan keluarga untuk kekal selamat dalam talian. Untuk aspek Keselamatan Keluarga, para pelajar digalakkan menggunakan Family Link untuk mereka yang berumur 13 tahun dan ke bawah, dimana mereka boleh mencipta akaun Google yang mesra kanak-kanak dan diurus penjaga, yang dilengkapi kawalan isi kandungan serta pemantauan aktiviti. Turut ditekankan ialah kepentingan komunikasi yang baik dan terbuka ketika mendidik kanak-kanak berkenaan keselamatan Internet, dimana kanak-kanak bebas bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman dalam talian mereka untuk membantu pengenalpastian isu-isu berpotensi yang dapat dicegah.
Terakhir sekali, Google menyentuh keperluan untuk menjadi lebih kritikal ketika perkongsian maklumat serta mempunyai kesedaran untuk berlindung dari Maklumat Salah yang berleluasa. Google berkongsi tips-tips untuk mengurus dan mengesahkan informasi yang berkemungkinan ditemui para pelajar dalam talian melalui langkah-langkah mudah seperti meluangkan masa seketika untuk mengesahkan kesahihan sumber, menjejak kisah-kisah berita penuh, dan membezakan antara pandangan dan fakta.
Di penghujung setiap pembentangan dan perkongsian topik, para pelajar diberikan kuiz-kuiz interaktif serta permainan untuk menguji pengetahuan mereka di samping memperkukuhkan tips-tips keselamatan yang telah dikongsi, sambil mengumpul hadiah-hadiah percuma Google. Setelah menamatkan program, para peserta belia akan dinobatkan sebagai Duta Belia Kebangsaan untuk Hari Internet Lebih Selamat Malaysia 2020.
Google Cafe, lebih dikenali sebagai Gcafe, merupakan satu siri sesi yang dianjurkan Google untuk mendidik khalayak berkenaan pelbagai peralatan yang bermanfaat dalam kehidupan harian. Sebelum Gcafe ini, Google telah menganjurkan beberapa program seperti Google Cafe Ketercapaian bagi komuniti Kurang Upaya Pendengaran, sebuah Google Cafe keselamatan dalam talian untuk para pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, serta sebuah Google Cafe khas buat para ibubapa hasil kolaborasi bersama Makchic.
Wakil Google Malaysia Timothy Ong (kiri) dan Chelsea William (kanan) di sesi Google Cafe khas yang dianjur bersempena acara Malaysian Youth @ Safer Internet Day 2020.
Para peserta yang terdiri dari pelajar sekolah menengah dan graduan mengambil bahagian dalam kuiz interaktif untuk menguji pengetahuan mereka berkenaan privasi dan keselamatan internet.
Para peserta acara perlu berfikir dengan pantas untuk menjawab soalan-soalan kuiz - yang pertama untuk menaikkan tangan mereka mendapat peluang untuk memenangi cenderahati terhad Google.
(Bawah, bersebelahan kiub Google): Zeffri Yusof, Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam Google Malaysia bersama para peserta menamatkan Google Cafe bersempena acara Malaysian Youth @ Safer Internet Day 2020.
Sebuah ruang pengalaman Google Safety Center yang menumpukan kepada tip-tip privasi dan keselamatan yang mudah-tapi-berkesan, turut ada di acara tersebut.