Fikirkan betapa kerapnya anda membaca menggunakan telefon pada setiap hari: mengikuti perkembangan berita, mengimbas blog baru, dan akhirnya membaca artikel yang asyik disebut-sebut orang ramai. Ini mungkin memerlukan anda untuk membaca banyak teks, yang boleh menjadi penghalang buat mereka dengan kesukaran visual atau membaca, atau mereka yang hanya memerlukan sedikit bantuan untuk menghadam artikel-artikel yang lebih berat.
Dengan Google Assistant, pelayar anda kini boleh membaca artikel web dengan kuat. Bila-bila terdapat artikel web yang terpapar di pelayar anda pada telefon Android, anda boleh katakan, “Hey Google, read it” atau “Hey Google, read this page” dan ia akan terus membaca kandungan laman web tersebut dengan kuat. Untuk membantu anda mengikuti bacaan, pelayar anda akan skrol secara automatik dan menonjolkan perkataan yang dibaca. Anda boleh juga menukar kelajuan bacaan dan pilih dari beberapa suara. Bercakap tentang suara, laman-laman web dibaca dengan kuat menggunakan suara yang ekspresif dan semulajadi, menggunakan intonasi dan ritma yang biasa digunakan apabila kita membaca dengan kuat.
Klik di sini untuk menonton video
Jika kandungan asal bukan dalam bahasa ibunda anda, Google Assistant boleh mengarah pelayar anda untuk membaca dengan kuat dalam 42 bahasa. Anda boleh menggunakan menu terjemahan untuk memilih bahasa yang diingini, dan keseluruhan laman tersebut akan diterjemah secara automatik dan dibaca dalam bahasa tersebut. Bahasa Malaysia belum lagi disokong oleh ciri ini buat masa ini.
Laman-laman web tidak perlu membuat apa-apa untuk menghidupkan fungsi ini. Pengurus laman web yang memilih untuk tidak menggunakan ciri ini boleh menggunakan tag nopagereadaloud. Jika anda seorang pembangun, anda boleh menambahkan keupayaan untuk Google Assistant membaca dengan kuat kandungan aplikasi mudah alih anda menggunakan Actions on Google.
Dengan pengalaman baru ini, kami berharap untuk menghapuskan halangan bahasa dan membantu lebih ramai orang mengakses maklumat dari web dengan lebih mudah.