Blog Rasmi Google Malaysia
Ikuti perkembangan terbaru Google di Malaysia
Jana Iklan dengan Cepat dan Mudah melalui YouTube Video Builder
Isnin, 20 April 2020
Memandangkan situasi semasa, banyak perniagaan sedang
mengubah cara mereka berkomunikasi
dan berinteraksi dengan pelanggan mereka serta beralih ke video untuk menjalin dan mengekalkan hubungan.
Bagi perniagaan kecil dan sederhana yang tidak mempunyai sumber untuk menghasilkan video dari mula, Video Builder boleh membantu. Peralatan percuma bertahap beta ini membolehkan anda menganimasi aset statik — gambar, teks dan logo — bersertakan
muzik daripada pustaka kami
. Anda boleh memilih daripada pelbagai tata letak (layout) berdasarkan mesej dan tujuan anda, dan sesuaikan warna dan muka taip untuk menghasilkan video YouTube singkat dengan cepat (6 saat atau 15 saat).
Disebabkan perusahaan pelbagai saiz sedang mengalami kesempitan masa dan sumber, dan rakaman video secara langsung tidak lagi praktikal di kebanyakan negara, kami sedang mempercepatkan pembangunan peringkat seterusnya untuk Video Builder. Dengan peralatan ini, sebarang perniagaan yang perlu membuat video dapat membuatnya sendiri untuk membantu mereka kekal terhubung dengan pelanggan mereka — sama ada melalui kempen iklan, laman web atau e-mel.
Anda mungkin terkejut dengan apa yang dapat anda buat dari komputer riba anda dalam jangka masa beberapa minit. Untuk melihat cara menggunakannya,
tonton video ini
atau
baca panduan ini
.
Setelah
meminta askes
, pergi ke Video Builder di pelayar Google Chrome anda, pilih susun atur video dan terokai contoh video untuk setiap susun atur sebelum memilih warna yang bersesuaian dengan jenama anda yang ingin anda gunakan dalam video.
Perniagaan yang berbeza mempunyai keperluan kreatif yang berbeza. Sebuah restoran mungkin ingin memaklumkan perubahan waktu pembukaan atau
promosi
, sementara pasar raya mungkin ingin menonjolkan perkhidmatan baru seperti
pengambilan di tepi jalan
. Bagi jenama atau agensi yang mempunyai sumber video sedia ada, Video Builder dapat membantu membawa ketangkasan dan daya eksperimentasi kepada proses penghasilan dengan menghasilkan video tambahan yang ringan. Untuk perniagaan yang lebih kecil dan bagi mereka yang kurang pengalaman kreatif, ia boleh menjadi satu sumber kos rendah untuk menghasilkan video, malah mungkin untuk pertama kalinya. Lihat bagaimana
Havenly
, platform dalam talian yang menawarkan perkhidmatan reka bentuk dalaman mampu milik, telah menggunakan Video Builder untuk menyokong keperluan penghasilan video pasukan mereka.
Sekiranya anda berminat untuk mencuba Video Builder versi beta ini,
daftar untuk mendapatkan akses di sini
. Kami akan memproses permintaan anda sebaik sahaja kami diberikan kapasiti alat tersebut dan akan menghantar e-mel kepada anda setelah akses diberikan. Sekiranya anda mempunyai pasukan Google, sila dapatkan akses melalui mereka.
Melalui peralatan,
kajian
dan
sumber
, kami komited untuk membantu perniagaan anda sepanjang masa ini.
Arkib
2024
Okt
Sep
Ogo
Jul
Mei
Apr
Feb
2023
Dis
Nov
Okt
Sep
Ogo
Jul
Mei
Apr
Mac
Feb
Jan
2022
Dis
Nov
Okt
Sep
Ogo
Jul
Jun
Mei
Apr
Mac
Feb
Jan
2021
Dis
Nov
Okt
Sep
Jul
Jun
Mei
Apr
Mac
Feb
Jan
2020
Dis
Nov
Okt
Sep
Ogo
Jul
Jun
Mei
Apr
Mac
Feb
Suapan RSS
Ikuti @googlemsia