Mesyuarat video yang berdasarkan asas yang selamat
Meet direka, dibina dan dikendalikan agar selamat pada skala. Sejak Januari, kami menyaksikan penggunaan harian puncak Meet meningkat 30 kali ganda. Setakat bulan ini, Meet menganjurkan pertemuan video sebanyak 3 bilion minit dan menambah kira-kira 3 juta pengguna baru setiap hari. Dan pada minggu lalu, peserta mesyuarat harian Meet telah melebihi 100 juta. Peningkatan ini diiringi dengan tanggungjawab yang besar. Privasi dan keselamatan adalah sangat penting, tidak kira sama ada ia bagi doktor yang berkongsi maklumat kesihatan sulit dengan pesakit, penasihat kewangan yang mengadakan mesyuarat dengan pelanggan, atau orang ramai yang saling berhubungan untuk meraikan tamat pengajian, percutian, dan waktu bersuka ria.
Kami menyediakan sekumpulan kawalan tuan rumah yang kuat seperti kemampuan untuk membenar masuk atau menghalang peserta, dan membisukan atau membuang peserta, jika diperlukan.
Kami tidak membenarkan pengguna tanpa nama (dalam kata lain, pengguna tanpa Akaun Google) untuk menyertai mesyuarat yang dibuat oleh akaun-akaun individu.
Kod perjumpaan Meet adalah rumit secara lalai dan oleh itu mampu bertahan dari "penekaan" yang keterlaluan.
Mesyuarat video Meet dienkripsi ketika perbualan dijalankan, dan semua rakaman yang disimpan di Google Drive dienkripsi ketika perbualan dijalankan dan ketika disimpan.
Kami tidak memerlukan pemalam untuk menggunakan Meet di web. Ia berfungsi sepenuhnya di Chrome dan pelayar moden yang lain, jadi ia tidak mudah terdedah kepada ancaman keselamatan.
Pada telefon bimbit, kam menyediakan aplikasi khusus Google Meet di Apple App Store dan Google Play Store.
Pengguna Meet boleh mendaftar akaun mereka di Program Perlindungan Lanjutan Google — perlindungan terkuat kami terhadap pancingan data dan perampasan akaun.
Google Cloud menjalani audit keselamatan dan privasi yang ketat dan kerap untuk semua perkhidmatannya. Pensijilan pematuhan global kami dapat membantu menyokong keperluan peraturan seperti GDPR dan HIPAA, serta COPPA dan FERPA untuk pendidikan.
Data Meet anda tidak digunakan untuk pengiklanan, dan kami tidak menjual data anda kepada pihak ketiga.
Pengguna individu: Setelah ia boleh didapati sepenuhnya, sesiapa sahaja yang mempunyai alamat e-mel akan dapat menggunakan Meet secara percuma melalui meet.google.com dan aplikasi mudah alih Meet untuk iOS atau Android untuk menjadual, menyertai atau memulakan perjumpaan video yang selamat dengan sesiapa sahaja— sama ada kelas yoga secara maya, kelab buku mingguan, perjumpaan kejiranan, atau apa sahaja alasan lain untuk berhubung dengan orang lain. Menggunakan pengalaman Meet yang baru memerlukan akaun Google percuma, yang hanya mengambil masa satu minit untuk dibuat menggunakan alamat e-mel kerja atau peribadi pilihan anda. Langkah ini diperlukan sebagai langkah keselamatan, dan anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja. Mesyuarat terhad kepada 60 minit untuk produk percuma, namun kami tidak akan melaksanakan had masa ini sehingga selepas 30 September.
Pasukan yang bukan pelanggan G Suite: Untuk organisasi yang belum menjadi pelanggan G Suite, hari ini kami mengumumkan edisi baru yang dikenali sebagai G Suite Essentials, yang juga merangkumi Google Drive untuk akses mudah dan selamat ke semua kandungan pasukan anda, dan Docs, Sheets dan Slides untuk penghasilan kandungan dan kolaborasi masa nyata. Ia sesuai untuk pasukan yang memerlukan akses ke ciri Meet yang lebih maju, seperti nombor telefon dail masuk, mesyuarat yang lebih besar dan rakaman mesyuarat. Sehingga 30 September, kami menyediakan G Suite Essentials dan semua ciri-ciri canggih ini secara percuma. Jika anda berminat dengan G Suite Essentials, lengkapkan borang ini untuk menghubungi pasukan jualan kami.
Pelanggan G Suite sedia ada: 6 juta pelanggan sedia ada G Suite sudah mempunyai akses ke Meet. Para pentadbir hanya perlu mengaktifkan Meet dengan mengikuti arahan yang dinyatakan di Pusat Bantuan kami. G Suite juga menyediakan tiga cara untuk pelanggan perusahaan baru dan sedia ada untuk mengakses Meet sehingga 30 September termasuk: akses percuma ke ciri-ciri lanjutan Meet untuk semua pelanggan G Suite, lesen Meet tambahan percuma untuk pelanggan G Suite sedia ada tanpa sebarang pindaan pada kontrak semasa mereka, dan G Suite Essentials percuma untuk pelanggan perusahaan baru.
Sekolah dan institusi pengajian tinggi: Meet didatangkan dalam G Suite for Education, rangkaian aplikasi Google percuma khusus untuk sekolah, yang digunakan lebih daripada 120 juta pelajar dan guru di seluruh dunia untuk kelas maya berkualiti tinggi, mesyuarat PIBG, persidangan ibu-bapa dan guru, kelas bimbingan, dan juga aktitiviti sosial sekolah.