Jumaat, 22 Mei 2020

Alami Perayaan di Rumah dengan “Raya #BersamaSaya #DiRumah”

youtube_2017_logo.png


Dalam beberapa hari saja lagi, bulan Ramadan akan diakhiri dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Sementara warga Malaysia mengamalkan penjarakan sosial untuk menjaga keselamatan diri dan orang yang tersayang, sambutan tahun ini akan nampak jauh berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Sementara kita menyambut Raya yang cukup unik ini, YouTube membawa sambutan ini ke rumah anda melalui siaran LANGSUNG pertamanya, “Raya #BersamaSaya #DiRumah", sepanjang tiga hari pertama Raya, bermula dari 24 Mei.

Saksikan pencipta-pencipta kandungan YouTube kegemaran Malaysia di senarai main Raya #BersamaSaya kami atau menerusi saluran pencipta kandungan itu sendiri. Para pencipta kandungan ini akan berkongsi sambutan Hari Raya mereka melalui lawatan maya ke rumah mereka, video memasak, parodi yang menghiburkan, sketsa dan nyanyian bersama, serta banyak lagi kandungan yang menarik.

Berikut adalah sorotan barisan Raya #BersamaSaya #DiRumah, dan nantikan lebih banyak lagi di senarai main ini dalam masa terdekat!

Hari Raya Pertama, 24 Mei


  • Sertailah Syedot ASMR, Smashpop, Che Nom dan ramai lagi untuk sebuah jamuan Hari Raya maya sambil bergelak ketawa dengan gurauan mereka sementara THELAKI menghidangkan kuih Raya dalam “Yeh Meh: 10 Kuih Raya.” 
  • Gelak ketawa bersama keluarga dengan sketsa parodi Raya Fly TV yang cukup menghiburkan. 
  • We Are Likely dan Lunaria TV akan membantu anda memberikan penampilan yang terbaik dengan tutorial solekan Raya yang membolehkan anda nampak menawan sepanjang bulan perayaan. 
  • Pemain drum terkemuka, Nur Amira Syahira akan membuatkan anda terpegun dengan cover drum lagu-lagu Rayanya sementara penyanyi Siti Nordiana akan menghiburkan anda melalui segmen “Lebaran Kool: Siti Nordiana” di Kool TV.
  • Saluran gaya hidup Islam DOPStv akan menyiarkan renungan Ramadan dan akan berkongsi imbasan Aidilfitri di rumah Mizz Nana, Farah serta Ili dan Syahir. 
  • Pastikan juga anda menyaksikan Jalil River untuk sebuah lagu Raya yang asli, menarik, lagi membangkitkan semangat.

Hari Raya Kedua , 25 Mei


  • Ikuti Smashpop dan Nur Amira Syahira sekali lagi untuk sesi soal-jawab yang menarik, dan bakat musikal yang unggul.
  • Roshan Narayan pula akan menemuramah lagenda Liverpool dan mangsa ketumbuhan otak Dominic Matteo. 
  • Bagi peminat-peminat Atisha Khan, jangan lupa tontoni vlog ‘2020 Raya Vlog’.

Hari Raya Ketiga, 26 Mei


  • Budiey dan Kool mempersembahkan ‘Sampaikan Salam Raya’ dan ‘Lebaran Kool: Khai Bahar’ untuk menyemarakkan lagi perayaan ini.

Ikuti senarai main Raya #BersamaSaya #DiRumah yang boleh didapati di saluran YouTube rasmi Google Malaysia! Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda sekeluarga. Beraya di rumah, dan kekal selamat!