Sesuatu yang pada mulanya merupakan cara untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka dan teroka minat masing-masing telah membawa sekumpulan pencipta kandungan YouTuber terbesar Malaysia untuk mencapai pelbagai kejayaan, dari mengembangkan pangkalan peminat mereka ke mencapai 1 juta pengikut dan banyak lagi.
Berikut merupakan lima pencipta kandungan YouTube yang telah baru saja meraih 1 juta pengikut dengan kandungan unik mereka - dari sketsa menghiburkan dan tip-tip berguna untuk memulakan perniagaan, ke kepelbagaian budaya dan perbincangan topik-topik semasa.
Baby Shima
Nor Ashima binti Ramli, yang lebih dikenali sebagai Baby Shima, merupakan seorang penyanyi yang telah melonjak popular selepas beliau dinobatkan sebagai pemenang Bintang Idola Berita Harian 2010. Suaranya telah turut menarik minat dari luar Malaysia, membantunya meraih peminat di negara-negara jiran seperti Indonesia. Seperti selebriti lain, Baby Shima memulakan saluran YouTubenya dengan memuat naik video berkaitan muziknya dan kemudian mengetengahkan kandungan lain yang merangkumi hiburan, politik dan sebagainya.
Video pertama beliau yang merupakan sebuah video lirik bagi lagunya ‘Nombor Dua’ dimuat naik 4 tahun yang lepas. Semenjak itu, saluran beliau telah meraih seramai 1.24 juta pengikut dan sebanyak 200 juta tontonan.
Berikut merupakan video-video Baby Shima yang paling popular:
Khai Bahar dan Baby Shima kelihatan berdebar nyanyi bersama!!!
Baby shima kalah dengan saingan barunya suara rock seperti ELLA
Berasal dari Glasgow, Scotland, Mat Salleh TV memang merupakan penonton tegar YouTube yang sukakan video reaksi dan juga video muzik rap dari United Kingdom. Dengan nama salurannya yang mengambil inspirasi dari nama panggilan yang sering diberikan rakyat Malaysia kepada orang barat, dan juga waktu terluang selepas kerja, beliau memulakan saluran YouTubenya yang mengetengahkan video reaksinya tersendiri terhadap muzik rap dari pelbagai negara. Cinta beliau terhadap budaya dunia kemudian mendorongnya untuk mengembangkan kandungannya untuk merangkumi topik seperti cabaran media sosial tersohor dan juga persamaan budaya di antara berlainan negara.
Video pertama beliau mengetengahkan reaksinya terhadap sebuah muzik rap dari Jerman yang bertajuk ‘Wer Macht Para’ oleh Dardan, yang dimuat naik 3 tahun yang lepas. Salurannya telah meraih sebanyak 1.23 juta pengikut dan juga 150 juta tontonan.
Berikut merupakan video-video Mat Salleh TV yang paling popular:
AISYAH ISTRI RASULULLAH (INDONESIA COVER) // WHO SANG IT BETTER?
WHO SANG IT BETTER (ASIA) "DESPACITO" // PHILIPPINES/MALAYSIA/INDONESIA/KOREA
(WOW!!) RAP AGAINST DICTATORSHIP - ประเทศกูมี // THAI RAP REACTION
Bekas kakitangan Zoo Negara iaitu Zulkifli Muhammad, yang turut dikenali sebagai Zukieee, memulakan perjalanan YouTube beliau dengan merakam video-video lucu dengan hanya menggunakan kamera pada telefonnya. Berasal dari sebuah keluarga yang terdiri dari tujuh orang adik-beradik, beliau telah berazam untuk meningkatkan kualiti hidup mereka menerusi pendapatan yang dijana melalui kandungan media sosialnya. Saluran YouTube Zukieee merupakan sebuah hab bagi sketsa tentang kehidupan yang tentu disukai rakyat Malaysia. Beliau kini telah turut mendirikan syarikat pengiklanannya sendiri yang tertumpu kepada pengiklanan produk pada media sosial.
Video pertama beliau merupakan sebuah sketsa ringkas tapi melucukan di mana beliau dicabar untuk mengatakan “I love you” pada adik lelakinya, yang dimuat naik 3 tahun yang lalu. Salurannya telah pun meraih seramai 1.15 juta pengikut dengan jumlah tontonan hampir 200 juta.
Berikut merupakan video-video Zukieee yang paling popular:
Saluran YouTube Jeff & Inthira mengetengahkan vlog yang merakam hampir setiap aspek kehidupan seharian mereka, dari permulaan perniagaan mereka, ke perkahwinan mereka, dan juga waktu mereka memindah masuk ke rumah impian mereka. Pasangan pencipta kandungan ini turut mengetengahkan eksperimen sosial dan cabaran yang positif pada saluran tersebut untuk mendorong para penonton dalam sentiasa membuat baik dan membantu antara satu sama lain. Selain mencipta kandungan sepenuh masa, pasangan tersebut turut menjalankan perniagaan menghasilkan produk kebersihan feminin dan minuman detoks.
Video pertama mereka merupakan sebuah cabaran memakan masakan pedas di antara mereka dan rakan-rakan mereka, yang dimuat naik 2 tahun yang lepas. Saluran tersebut telah kini meraih seramai 1.13 juta pengikut dan juga tontonan sebanyak 220 juta.
Berikut merupakan video-video Jeff & Inthira yang paling popular:
Pencipta kandungan visual VS GAG menumpukan perhatian mereka pada kandungan animasi 3D yang melibatkan watak-watak dari francais filem popular seperti Marvel, Transformers dan juga Kamen Rider. Video-video mereka sering mengetengahkan babak-babak aksi diselit dengan detik-detik komedi yang disediakan dalam pakej yang sangat bagus, lantas menarik minat para peminatnya yang semakin bertambah.
Video pertama mereka merupakan sebuah perlawanan parodi di antara Kamen Rider dan Power Rangers, yang dimuat naik 5 tahun yang lalu. Sejak dari itu, saluran tersebut telah mencatat jumlah pengikut seramai 1.02 orang manakala jumlah tontonan terkini adalah sebanyak 450 juta.
Berikut merupakan video-video VS Gag yang paling popular: