Isnin, 3 Ogos 2020

Kumbang, Jangkrik dan pelbagai serangga AR kini di Search



Tak sukar untuk fahami mengapa ada di antara kita yang gemar memerhatikan serangga - kecantikan dan kerumitan haiwan berkaki enam ini sukar untuk diendahkan. Dengan kuasa Realiti Bertambah (AR), anda kini boleh perhatikan makhluk-makhluk kecil ini tanpa meninggalkan perlindungan dalaman rumah anda ataupun memegangnya dengan tangan anda.


Lakukan carian untuk ‘insects’ di Google menggunakan peranti mudah alih dan ketik pada “View in 3D” untuk memutar atau menzum untuk melihat mereka pada saiz yang lebih besar. Anda boleh memasukkan mereka ke dalam ruang anda menggunakan AR dan mengubah saiznya untuk memahami dan membandingkan mereka dengan objek-objek di sekeliling anda. Pada peranti Android, anda boleh juga mendengar bunyi ambien menenangkan yang dihasilkan serangga tertentu.




Terdapat 23 ekor serangga yang boleh anda lihat secara dekat menggunakan AR, termasuk: Atlas beetle, atlas moth, brown cicada, dragonfly, evening cicada, firefly, giant stag, grasshopper, Hercules beetle, hornet, jewel beetle, ladybug, mantis, Miyama stag beetle, morpho butterfly, periodical cicada, robust cicada, rosalia batesi, rhinoceros beetle, shining ball scarab beetle, stag beetle, swallowtail butterfly, dan Walker’s cicada. Banyaknya serangga!


Bagaimana untuk mengakses dan kongsi



Pada Android, lakukan carian untuk “insects” atau salah satu dari 23 serangga yang tersenarai menerusi apl Google atau sebarang pelayar Android dan ketik pada “View in 3D.” Anda boleh melihat kandungan 3D pada peranti yang mempunyai Android 7 ke atas dan anda boleh melihat kandungan AR pada peranti dengan kebolehan ARCore. Teroka setiap serangga dengan mudah menggunakan format karusel.


Pada iOS, lakukan carian untuk “insects” atau salah satu dari 23 serangga yang tersenarai menerusi apl Google atau Google.com menggunakan Chrome atau Safari. Kandungan 3D dan AR boleh dilihat pada peranti yang mempunyai iOS 11 ke atas.


Anda boleh juga menghasilkan video AR menggunakan pilihan merakam, jadi jangan lupa untuk teg gambar dan video anda di media sosial menggunakan #Google3D. Selamat mencuba!