Para ibu bapa dan penjaga,
Kami memahami bahawa akhir-akhir ini bukanlah waktu termudah buat anda. Anda bertungkus lumus mengimbangkan kerjaya, kehidupan, anak-anak dan situasi dunia masa kini. Pergelutan ini bukan perkara ringan buat anda dan semua keluarga di seluruh dunia. Saya turut bersama-sama anda, dengan dua orang anak lelaki setahun jagung yang tidak putus-putus meminta dibenarkan menggunakan alatan dengan lebih lama, walaupun ketika saya menaip bingkisan ini. Sememangnya ibu bapa semakin sukar memilih kandungan yang sepatutnya dan paling sesuai untuk anak-anak. Oleh kerana itu, kami ingin memudahkan urusan anda dengan menawarkan sebuah perpustakaan filem penuh dan tayangan istimewa yang bukan sahaja akan memperkaya, malah menghiburkan anak-anak anda di samping menyeronokkan untuk ditonton bersama-sama.
YouTube Kids merupakan platform pilihan ramai dan ia semakin berguna buat banyak keluarga memandangkan kini lebih banyak masa diluangkan di rumah. Sesetengah sekolah kembali beroperasi seperti biasa manakala ada yang memilih untuk kekal maya. Kami ingin membantu anda memastikan anak-anak kekal terlibat, diperkaya dan terhibur ‘After School’ kerana sebagai seorang bapa, saya sangat memahami bagaimana mencabarnya hal ini selalunya. Maka, bermula hari ini sehingga ke 31 Ogos, kami akan menayangkan lebih 100 buah filem dan tayangan istimewa di YouTube Kids demi memastikan anak-anak anda mempunyai pengalaman ‘After School’ yang penuh memori.
Lebih 100 Filem & Tayangan Istimewa kini di YouTube Kids
Tersedia buat anda adalah pelbagai pilihan dari filem keluarga dan tayangan istimewa popular seperti Tayo the Little Bus, Baby Shark and Pinkfong, The Wiggles, Masha And The Bear, Oggy & the Cockroaches dan Paddington sehinggalah ke koleksi filem animasi pendek terbaik yang diterajui filem pendek pemenang Oscar Hair Love, ditambah dengan pelbagai pilihan tayangan istimewa pendidikan seperti Elmo’s World News yang diterbitkan dengan usaha sama Lego Foundation serta tawaran pilihan dari siri popular BBC Studio, Hey Duggee. Bermula hari ini pada setiap Isnin selama lima minggu, kami akan mempersembahkan seleksi filem dan tayangan istimewa hebat ini di kategori “Shows” pada aplikasi sebagai video tunggal dan senarai video.
Kami akan turut membuat tayangan perdana Spookiz, sebuah filem yang diterbitkan studio Korea Selatan, Keyring Studios dengan usaha sama WildBrain, secara eksklusif di YouTube Kids sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘After School’ ini. Kami akan turut menawarkan kandungan YouTube Original istimewa, termasuklah tayangan penuh siri Disney Shook dan dua tayangan istimewa Simon's Cat ihsan Endemol Shine buat tontonan kanak-kanak enam tahun dan ke atas.
Ditawarkan juga pelbagai pilihan YouTube Originals di YouTube Originals for Kids & Family Channel dan YouTube Kids, seperti Sherwood untuk kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas, Kings of Atlantis dan Fruit Ninja Frenzy Force untuk usia lima tahun dan ke atas serta kegemaran terkini kanak-kanak dan awal remaja serata dunia -- Lockdown, yang sesuai untuk mereka berusia lima tahun dan ke atas.
Filem pendek pemenang Oscar. ‘Hair Love’ di YouTube Kids
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencipta pengalaman menonton filem di rumah buat anak-anak dengan menetapkan bertih jagung perisa kegemaran, kit malam tayangan buat mereka di samping memastikan pencahayaan ambien, bermain-main dengan penetapan bunyi dan tidak lupa juga memperkenalkan watak cerita kepada anak-anak sebelum tayangan dimulakan. Salah satu aktiviti menarik yang saya gemar lakukan bersama anak-anak saya ialah meminta mereka membuat ulasan filem sendiri atau mereka jalan cerita sendiri berdasarkan filem yang baharu saja ditonton bersama-sama. Ini merupakan cara yang hebat untuk membantu mereka belajar dan meningkatkan kemahiran menulis serta komunikasi mereka. Tonton video hebat ini di YouTube Kids untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengajar anak-anak mencipta cerita mereka sendiri hari ini.
Selain itu, kami akan terus mempersembahkan tema-tema bulanan di YouTube Kids, termasuklah Bulan Membaca kami dengan fokus diberikan terhadap kepelbagaian dan rangkuman; ia melibatkan slot bacaan bersama Oprah Winfrey, pelakon pemenang Anugerah Oscar Award Rami Malek dan pelakon James Bond, Michelle Yeoh dari StorylineOnline. Tambahan lagi, pada bulan lepas, kami telah mengumumkan pelancaran Camp YouTube, sebuah pengalaman pembelajaran digital yang membantu para ibu bapa mencipta keseronokan perkhemahan musim panas di rumah. Camp YouTube mengetengahkan kandungan pelbagai tema perkhemahan musim panas seperti seni, kembara, sukan, STEM, dan banyak lagi di Learn@Home dan YouTube Kids. Dengan lebih 1,200 video dijadualkan untuk tayangan, kami ingin membawa anak-anak anda mengikuti satu perjalanan pembelajaran dan penerokaan. Banyak keluarga akan mempelajari cara-cara membina sebuah akuarium kolam ombak di halaman belakang masing-masing melalui Brave Wilderness, menghasilkan seni menggunakan barangan biasa di rumah sambil mempelajari sejarah seni di ArtistYear atau belajar mengekod dengan Goldieblox.
Aplikasi YouTube Kids telah dibangunkan khusus untuk kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah. Ia merupakan sebuah lokasi mesra keluarga untuk kanak-kanak meneroka imaginasi dan perasaan ingin tahu masing-masing. Aplikasi ini juga memperkasa ibubapa agar dapat mengawal kandungan YouTube yang ditonton anak-anak mereka, termasuklah pilihan membenarkan kandungan dari rakan media yang dipercayai sahaja seperti Sesame Street, ChuChu TV, Bounce Patrol dan PBS Kids, atau memilih sendiri video dan saluran lain demi mencipta sebuah senarai video khusus untuk anak masing-masing.
Kami faham tahun ini mungkin berbeza dari tahun-tahun sebelumnya bagi kebanyakan kita. Namun, dengan bantuan dari rakan serta pencipta kami, diharap anda dan ahli keluarga anda mampu menikmati sebuah pengalaman yang menyeronokkan dari rumah anda sendiri.
Oleh Don Anderson, Ketua Usaha Sama Keluarga & Pembelajaran, YouTube APAC