Rabu, 15 Julai 2020

“Creators on the Rise” YouTube menyoroti pencipta kandungan yang baru dan berinspirasi di ‘Trending’

Lebih banyak video menarik kini dimuat naik ke YouTube berbanding sebelumnya. Pelbagai format baru sedang dicipta dan ramai bintang serta artis baru sedang dilahirkan dalam setiap detik. Bakat-bakat baru muncul tanpa henti, dengan lebih dari 1,000 pencipta yang telah mencapai sekurang-kurangnya 1,000 pelanggan setiap hari di seluruh dunia. Kami mahu meraikan para pencipta yang sedang menempa nama dan membantu mereka membina khalayak yang lebih besar. 


Mulai hari ini, kami akan mengetengahkan para pencipta “On The Rise” dalam sebuah bahagian baru di tab Sohor Kini kami di Malaysia. Bagi setiap minggu, seorang pencipta berlainan akan diketengahkan dan dipaparkan selama satu hari penuh di Sohor Kini bersertakan lencana berikut: Creator on the Rise.




Sebarang pencipta dengan lebih dari 1,000 pelanggan layak untuk dipaparkan. Para pencipta “On The Rise” akan diketengahkan berdasarkan beberapa faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada: jumlah tontonan, jumlah masa tontonan, dan pertumbuhan pelanggan, dan akan turut merangkumi bahasa-bahasa lain dalam masa akan datang. Pasukan kami turut serta dalam proses memilih para pencipta yang layak untuk dipaparkan. 


Seorang pencipta akan diketengahkan bagi setiap minggu; kami akan memaklumkan mereka apabila mereka dipaparkan agar mereka dapat berkongsi detik tersebut bersama para peminat, lama dan baru! Kami berharap agar para penonton di seluruh dunia dapat menemui para pencipta baru penuh inspirasi menerusi paparan ini.