COVID-19 telah memberi kesan pada skala yang tidak dijangkakan buat semua, tetapi ia melemparkan cabaran yang lebih besar buat perniagaan kecil dan sederhana. Ada yang melihat peluang untuk memikirkan kembali strategi mereka atau beralih ke platform digital sepenuhnya, tetapi ramai yang masih mencari jalan untuk terus bertahan.
Memahami bahawa proses pemulihan adalah berbeza bagi setiap perniagaan pada tahap-tahap pemulihan yang berbeza, Google telah melancarkan pelbagai inisiatif dan program mulai bulan Mac tahun ini agar perniagaan menyesuaikan diri dengan cepat dan mempelajari kemahiran digital baru, menyesuaikan diri, dan dalam beberapa kes, membangun semula.
Inisiatif dan sumber kewangan
Untuk membantu melengkapkan perusahaan mikro dan kecil serta pelbagai komuniti kurang bernasib baik di kawasan luar bandar dan terpencil dengan kemahiran dan alat digital yang penting, kami telah mengumumkan geran RM14 juta untuk menyokong program Go Digital ASEAN, sebuah inisiatif oleh Jawatankuasa Penyelaras ASEAN bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana dan The Asia Foundation. Sebagai sebahagian daripada program ini, 15,000 PKS Malaysia, belia yang menganggur, komuniti orang asli dan orang kurang upaya akan dilatih dengan bantuan Pusat Belia Antarabangsa dan Startup Malaysia.
Latihan dan peningkatan kemahiran digital
Selain menyediakan dana, kami juga telah mengalihkan program latihan secara bersemuka kami ke dalam talian untuk terus membantu perniagaan beralih ke platform digital dengan sepenuhnya. Program Mahir Digital Bersama Google kami telah menambah modul-modul baru yang bertujuan untuk membimbing para pemilik perniagaan dalam membina kehadiran dalam talian mereka dan melakukan penjualan secara dalam talian.
Kisah-kisah kejayaan berteraskan kecekalan
TheLorry
Kepintaran TheLorry dalam mengenal pasti tren semasa melalui Google Trends, memperkukuhkan Profil Perniagaan mereka di Google, dipadankan dengan kempen Search Ads telah menjadi sebab utama di sebalik kejayaan mereka meskipun terdapat perintah kawalan pergerakan.Langit Collective
Begitu juga dengan Langit Collective, mereka telah mengalihkan haluan pemasaran mereka dan menyasarkan pengguna dengan memperkukuhkan kehadiran dalam talian jenama mereka, menghasilkan peningkatan dalam kunjungan laman web, panggilan dan permintaan tunjuk arah.Sugu Pavithra
Bukan hanya para perniagaan yang menunjukkan ketahanan, tetapi juga rakyat Malaysia sekalian, seperti yang ditunjukkan oleh pasangan sensasi YouTube, M.Sugu dan S. Pavithra, yang lebih dikenali sebagai Sugu Pavithra. Mereka menjadi terkenal setelah video kehidupan harian mereka, terutamanya video masakan mereka, dikongsi di YouTube. Secara ringkasnya, kesederhanaan dan kerendahan hati mereka telah berjaya menarik perhatian negara.
Pavithra berkata, “Kami mendapat ilham dari kejayaan kecil jiran kami dengan YouTube, dan ini telah mendorong minat kami untuk mencubanya. Kami gembira bahawa perjalanan kami di YouTube setakat ini menjadi sesuatu yang telah memberi manfaat, memberikan kami satu sumber pendapatan alternatif. "
***
"COVID-19 mungkin telah mencabar dari segi banyak perkara dari kami, tetapi kami yakin mungkin muncul di sisi lain dengan lebih besar, lebih baik dan lebih kuat. Kami telah melihat rakyat dan perniagaan-perniagaan menyesuaikan diri dengan ketahanan, tekad dan kepintaran, dan ketika kita menuju ke arah pemulihan ekonomi Malaysia, kami percaya satu-satunya cara untuk kita pergi dari sini adalah secara ke atas dan seterusnya, " tambah Marc.