Sempena ‘Safer Internet Month’, Google Malaysia menganjurkan Safer with Google, sebuah sesi meja bulat yang bertemakan keselamatan dalam talian, untuk membekalkan para ibu bapa dengan tip, peralatan, dan petua bagi memastikan keselamatan dalam talian anak mereka.
Panel ini dianggotai Ketua Pendidikan Keselamatan Dalam Talian Google, Lucian Teo dan Pengurus Kanan Bahagian Jangkauan dan Pembangunan Kapasiti CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (Bersara) Mustaffa bin Ahmad.
Sebuah tinjauan yang dikendalikan baru-baru ini oleh kumpulan Trust Research di Google yang meliputi rantau Asia Pasifik, menunjukkan bahawa para ibu bapa dengan anak yang menghadiri sesi pembelajaran dalam talian lebih bimbang tentang keselamatan dalam talian anak mereka berbanding mereka dengan anak yang menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka. Di Malaysia, 72% daripada para ibu bapa yang ditemu ramah dengan anak yang menghadiri sesi pembelajaran dalam talian menyatakan kebimbangan ini, lantaran pembelajaran dan pengajaran dari rumah beralih kepada dalam talian semasa pandemik Covid-19.
“Salah satu cerapan yang muncul dari kajian tersebut adalah bagaimana satu pertiga dari para ibu bapa tidak pernah membincangkan isu-isu keselamatan dalam talian bersama anak-anak mereka. Pada pendapat kami, ini merupakan sesuatu yang harus dilakukan dengan lebih kerap. Kita mungkin menganggap bahawa perkara ini perlu dididik oleh guru-guru atau orang lain, namun ia sebuah perbualan yang harus dilakukan oleh setiap ibu bapa bersama anak-anak mereka kerana semakin ramai dari mereka kini menggunakan internet di rumah,” kongsi Lucian.
Lucian juga menambah bahawa 38% peratus dari para ibu bapa di Malaysia telah menyenaraikan isu-isu berikut sebagai kebimbangan utama mereka: keselamatan maklumat anak yang merangkumi isu-isu seperti penipuan dan penggodaman akaun; anak-anak mereka menerima perhatian yang tidak diingini dari orang yang tidak kenali; dan anak-anak menonton kandungan dalam talian yang tidak sesuai.
Berkenaan cerapan yang merupakan satu kejutan buatnya, Lucian berkata bahawa 36% dari para ibu bapa di Malaysia meluahkan bahawa anak-anak mereka pernah menemui penipuan dalam tempoh setahun yang lepas - lebih dari sepertiga kanak-kanak telah menemui penipuan dalam talian dalam tahun yang lepas. Ini merangkumi penggodaman akaun, ditipu oleh seseorang atau dipaksa oleh seseorang untuk berkongsi maklumat seperti butiran kad kredit. Selain itu, 52% dari para ibu bapa yang ditinjau memikirkan bahawa anak-anak mereka berkongsi secara berlebihan dalam talian.
“Terdapat tiga cara utama untuk para ibu bapa menangani isu-isu tersebut. Pertama, lindungi identiti digital mereka dengan membantu mereka mencipta kata laluan yang kukuh di pelantar yang mempunyai reputasi yang selamat untuk pengguna. Kedua, ketahui siapa yang berbual dengan mereka. Pengasingan sosial boleh menjadi cabaran yang sukar dihadapi semasa Covid-19 dan anak-anak kita berhubung bersama kawan-kawan mereka melalui aplikasi pesanan dalam talian atau semasa bermain permainan dalam talian. Adalah penting untuk kita sedar siapa yang berinteraksi dengan mereka dalam talian.
“Dan ketiga, berikan kepada mereka kandungan yang sesuai dengan umur. Kami mempelajari bahawa 62% daripada para ibu bapa di Malaysia yang ditinjau menggunakan ciri-ciri keselamatan keluarga untuk membantu mengawal anak-anak mereka daripada kandungan yang mungkin kurang sesuai untuk anak mereka - seperti menggunakan SafeSearch dan Family Link di Google dan kawalan ibu bapa di YouTube Kids,” tambah Lucian.
Lt Kol Mustaffa berkongsi antara cabaran-cabaran paling besar yang dihadapi kanak-kanak Malaysia sambil berkongsi inisiatif-inisiatif yang dikelolakan CyberSecurity Malaysia bagi membantu para ibu bapa dalam zaman keibupabaan digital ini.
“Salah satu masalah yang diperhatikan di kalangan kanak-kanak remaja atau yang lebih berusia adalah penggunaan internet yang tidak diselia, yang mendorong kepada penyertaan mereka dalam perbincangan dan forum yang tidak sesuai untuk umur mereka. Ini akan mendorong mereka untuk memikirkan hal-hal seperti persahabatan, perhubungan, dan juga perhubungan seksual, yang telah juga mendorong kepada berlakunya penganiayaan fizikal selepas mereka berkongsi maklumat peribadi atau berjumpa secara bersemuka dan mempertaruhkan keselamatan mereka dan keluarga mereka,” kongsi Lt Kol. Mustaffa.
“Risiko lain adalah peningkatan purata waktu skrin bagi kanak-kanak ketika pandemik ini. Kami pernah menyaksikan purata sebanyak 5 - 8 jam sehari namun ia telah meningkat sebanyak 12 jam sehari. Kebergantungan yang melampau pada peranti mereka boleh mendorong kepada tingkah laku antisosial dan kanak-kanak akan juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dalam dunia sebenar,” tambah beliau.
Bagi membantu mengurangkan risiko-risiko tersebut, CyberSecurity Malaysia telah melancarkan inisiatif CyberSAFE yang mengetengahkan isu-isu sosial dan teknologi yang dialami pengguna Malaysia, berkongsi amalan-amalan terbaik dan juga panduan untuk menggunakan internet secara selamat dan positif. Mereka juga menganjurkan CyberSAFE Awareness Talks (CSAT) yang merangkumi pelbagai topik-topik khas yang berkaitan.
Lt Kol Mustaffa juga berkongsi bagaimana ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka untuk membentuk penilaian mereka sendiri mengenai apa yang mungkin boleh menjadi ancaman dalam talian. Antaranya adalah mendidik anak-anak mengenai pelbagai jenis ancaman dalam talian dan menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai seorang pengguna internet yang bertanggungjawab.
Sesi ini diakhiri dengan tip dan nasihat daripada para peserta panel untuk para ibu bapa bagi membantu anak mereka dengan literasi media.
Lucian berkongsi tentang program Be Internet Awesome oleh Google yang para ibu bapa boleh perkenalkan kepada anak-anak bagi membantu mereka mempelajari bagaimana untuk berkomunikasi secara bertanggungjawab dan mengesahkan sumber-sumber dalam talian. Salah satu sumber berguna yang boleh diakses melalui laman web program tersebut merupakan sebuah permainan interaktif yang dipanggil Interland agar kanak-kanak dapat mempelajari tentang keselamatan dalam talian dalam cara yang menyeronokkan.
Lt Kol Mustaffa pula berkongsi bahawa, selain celik media, para ibu bapa perlu juga memupuk kefasihan digital di kalangan anak-anak mereka. Ini dapat dikecapi dengan mendidik anak-anak untuk bukan sahaja mengetahui tentang keselamatan internet, tetapi juga memainkan peranan dalam membentuk ruang digital yang bermakna dan positif ketika berinteraksi dalam talian.
Hari Keselamatan Internet disambut serata dunia dan kebiasaannya pada suatu tarikh di bulan Februari, tetapi Google mendedikasikan tempoh sebulan ke arah mempromosikan sebuah internet yang selamat untuk semua. Untuk tip-tip keselamatan bagi semua, ikuti laman rasmi Twitter Google Malaysia sepanjang bulan ini. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak remaja boleh melihat sumber-sumber Google dan ASEAN Foundation menerusi ASEAN Online Safety Academy yang direka untuk menyajikan suatu pengalaman dalam talian yang selamat dan positif untuk belia di seluruh rantau ini.
Lawati laman rasmi CyberSecurity Malaysia untuk statistik berguna dan maklumat tentang ancaman dan isu-isu siber yang membelenggu warga Malaysia.
Untuk menonton ulang tayang penuh siaran langsung Safer with Google di YouTube, klik di sini.
Para pencipta kandungan YouTube Aki from Japan, Chang Yong, Dumpling Soda, Leona Chin, Jeii dan Gaston dari PongPong dan juga Ray Mak mengambil bahagian dalam perlambungan Yee Sang secara selamat dari rumah masing-masing, jadi pastikan anda mengikuti gelagat mereka.
Jika anda menggemari teka-teki carian perkataan, atau anda pernah mengalami bahan-bahan Yee Sang yang menarik dalam hidup anda, sertai aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di akaun Twitter rasmi Google Malaysia pada 18 Februari dari 1:00 tengah hari hingga 5:00 petang.
Tip 1: Lindungi akaun-akaun dalam talian anda
Tip 2: Berjaga-jaga apabila berkongsi
Tip 3: Kenal pasti dan elakkan penipuan
Tip 4: Pastikan perbualan dalam talian positif dan penuh hormat
Kongsikan pengalaman anda. Tiada sesiapa yang suka berasa bodoh atau bagaikan seorang mangsa, yang boleh terjadi apabila seseorang baru menggunakan internet dan tidak biasa dengan konvensinya, atau tidak menyedari tentang jenis-jenis penipuan, skema, dan maklumat salah yang mungkin mereka temui dalam talian. Bersikap proaktif ketika berkongsi pengalaman anda sendiri sebagai pengguna baru internet, dan apa yang telah anda pelajari tentang keselamatan dalam talian.
Menunjuk lebih baik dari memberitahu. Periksa dengan mereka yang lebih berusia mengenai pengalaman mereka dengan teknologi, dan tawarkan diri untuk memimbing mereka melalui aplikasi atau proses yang mungkin tidak kenali atau membingungkan. Benarkan mereka untuk bereksperimen dalam talian dengan sokongan dan bantuan anda.
Jadi sumber untuk mereka. Maklumat palsu yang disampaikan dengan kemas, atau diulang banyak kali, adalah lebih mudah untuk dipercayai - terutamanya bagi mereka yang tidak biasa menggunakan internet. Galakkan warga emas untuk memeriksa semula apa yang mereka baca dengan seseorang yang mereka percayai.
Berikan mereka ruang dan masa untuk berkongsi kerisauan mereka. Apabila berlakunya sesuatu kejadian atau bencana besar, berita tergempar seringkali tidak lengkap atau mengelirukan dan boleh menyebabkan panik dikalangan pengguna yang dihujani dengan amaran dan pemberitahuan yang membimbangkan. Galakkan pengguna internet yang lebih tua untuk menunggu maklumat yang tepat sebelum memutuskan cara bertindak balas, dan beritahu mereka bahawa anda selalu ada untuk berbincang.
Beritahu mereka bahawa ia bagus untuk berhenti seketika. Berkomunikasi dalam talian adalah berbeza dengan percakapan dalam kehidupan sebenar. Para pengguna lebih cepat naik angin dan sering bersikap tidak sopan, menjadikannya lebih mudah untuk bergaduh dan berdebat panjang. Sekiranya individu yang lebih tua dalam hidup anda kelihatan tertekan dengan interaksi dalam talian, galakkan mereka untuk berehat, dan ingatkan mereka bahawa mereka tidak perlu meneruskan sesebuah perbincangan jika ia tidak membantu.
Teruskan berhubung dan berikan sokongan kepada mereka – dan tidak mengapa untuk tidak membincangkan topik-topik sensitif. Apabila seseorang yang kita sayangi menggemari teori konspirasi atau maklumat salah, ia akan menjadi sukar untuk bercakap dengan mereka. Walau bagaimanapun, pengasingan sosial dapat menjadikan seseorang lebih rentan dan lebih bergantung pada hubungan dalam talian mereka.