Doodle hari ini meraikan hidangan salad ikan mentah dari Malaysia yang kini sering dinikmati rakan-rakan, ahli keluarga dan rakan sekerja ketika Tahun Baru Cina - Yee Sang.
Cara ia dinikmati
Semua yang berkumpul di sekeliling meja akan melambung-lambungkan bahan-bahan Yee Sang setinggi yang boleh sambil berkata ‘Lou Hei’ dan saling mendoakan nasib yang baik antara satu sama lain bagi tahun yang akan datang - lagi tinggi lambungannya, lagi baik nasibnya!
Dari cara mengingati hari kelahiran semula, hingga ke hidangan istimewa seorang tukang masak
Asal-usul amalan tersebut boleh dikesan ke mitos ciptaan Cina yang berkisarkan dewi Nu Wa, yang dikatakan telah mencipta manusia pada hari ketujuh tahun baru. Para nelayan dan pelaut Cina mengingati hari kelahiran semula simbolik ini dengan mencampurkan saki baki makanan sambutan tahun baru untuk menghasilkan yu sheng - sebuah salad yang lazat lagi menjimatkan.
Menjelang 1930-an, para pendatang Cina telah membawa tradisi Yu Sheng ke Malaya, dan menjualnya bersama halia dan selada dari kereta-kereta sorong penjaja. Tetapi ia tidak sehingga tahun 1940-an, di mana seorang tukang masak dari Seremban bernama Loke Ching Fatta mengubah resepi tersebut menjadi Yee Sang yang dikenali pada hari ini. Fatta telah menggabungkan sebanyak 30 buah bahan bersama sos istimewanya untuk mencipta hidangan tersebut yang kini digemari ramai ketika sambutan Tahun Baru Cina.
Menyatukan kesemua bahan-bahan
Salah satu gabungan Yee Sang yang sering didapati terdiri daripada ikan mentah, halia, lobak cincang, lobak putih, pomelo dan daun bawang, diakhiri dengan kacang hancur dan digaul sebati bersama beberapa jenis minyak dan rempah. Tetapi tiada cara yang salah untuk menyediakan Yee Sang, kerana hidangan tersebut mempunyai pelbagai variasi.
Rasa bertuah? Sertai kami dalam aktiviti menyeronokkan dan menangi hadiah!
Untuk memantapkan lagi detik ini, kami telah menyediakan beberapa aktiviti yang boleh anda nikmati: