Rabu, 21 April 2021

Berikan sokongan kepada perniagaan kecil yang anda sukai, pada bulan Ramadan ini

Perniagaan-perniagaan kecil adalah sangat penting untuk ekonomi negara kita. Tatkala kita menuju ke bulan Ramadan, kami telah mengumpulkan empat petua yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk membantu para pengusaha perniagaan kecil. Apabila kita menyokong mereka yang kecil, kita menjadikan perniagaan mereka kuat. Dan apabila perniagaan-perniagaan kecil menjadi kuat, negara kita menjadi kuat. Marilah #MantapBersama.


Berikut adalah 4 cara mudah untuk anda memberikan sokongan kepada perniagaan-perniagaan kecil menerusi Carian atau Peta Google, pada bulan Ramadan ini:

1. Temui perniagaan kecil baru
Apa sahaja yang anda perlukan, tentu ada perniagaan kecil yang menawarkannya. Hanya cari untuk sebarang produk atau perkhidmatan dan tambahkan ‘dekat saya’ untuk menemui perniagaan kecil baru.

2. Tinggalkan ulasan Google yang membantu
Ingin mencadangkan perniagaan kecil kegemaran anda bersama seluruh dunia? Anda mampu menarik lebih ramai pelanggan ke perniagaan-perniagaan kegemaran anda dengan menulis ulasan mengenai koleksi baju raya baru sesebuah butik dan juga pengalaman pembelian yang dilaksanakan dengan baik.

3. Kongsikan gambar-gambar
Kongsikan pengalaman anda. Dengan menambah gambar-gambar hidangan Ramadan istimewa yang telah anda pesan dari sebuah restoran, anda dapat memberikan gambaran yang lebih baik tentang restoran tersebut buat bakal pelanggan lain.

4. Beli dari perniagaan kecil
Jika anda berkemampuan, belilah dari mereka untuk menyokong perniagaan-perniagaan kecil dalam komuniti anda. Dengan berbuat demikian, anda menyumbang dana untuk para pengusaha perniagaan kecil menyokong para pekerja, sambil meyakinkan mereka bahawa mereka akan terus menerima sokongan anda.

Marilah kita cari, ulas, kongsi, beli dan sokong SME untuk kita Mantap Bersama.