Setelah berkolaborasi secara jarak jauh selama lebih dari setahun, ramai orang telah menunjukkan tanda-tanda keletihan digital. Sepanjang pandemik ini, berjuta-juta pekerja telah merapatkan jurang fizikal di antara rakan sekerja mereka dengan menjadikan diri mereka lebih mudah dihubungi, menyertai banyak pertemuan maya, dan menggunakan pelbagai jenis alat dan aplikasi. Sebagai sebahagian daripada misi kami untuk membangunkan masa hadapan pekerjaan, kami sedang menangani cabaran-cabaran tersebut di Google Workspace.
Seperti yang kami umumkan pada hari ini di I/O, kami melancarkan ‘smart canvas’—sebuah pengalaman produk baharu yang menawarkan evolusi kolaborasi seterusnya untuk Google Workspace. Antara sekarang dan penghujung tahun ini, kami akan melancarkan inovasi-inovasi yang akan memudahkan orang ramai untuk kekal terhubung, menumpukan masa dan perhatian mereka, dan mentransformasikan idea mereka menjadi impak.
Secara khususnya, kami akan menambahbaik aplikasi yang digunakan ratusan juta orang setiap hari—seperti Docs, Sheets, dan Slides—untuk menjadikannya lebih fleksibel, interaktif, dan pintar. Dengan ‘smart canvas’, kami membawakan kandungan dan hubungan yang akan mentransformasi kolaborasi menjadi pengalaman yang lebih kaya dan lebih baik di Google Workspace.
Apabila kami melancarkan Google Docs dan Sheets 15 tahun yang lepas, aplikasi-aplikasi ini memperkenalkan dunia kepada cara kerja yang baharu. Mereka membolehkan kerja berpasukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja — sangat berbeza daripada alat warisan yang direka untuk era bekerja secara individu di komputer pejabat. Selama lebih dari satu dekad, kami telah mengubah dokumen agar ia tidak hanya menjadi sekeping kertas digital dan menjurus ke arah kandungan kolaboratif terpaut yang diilhamkan oleh web. ‘Smart canvas’ adalah langkah besar kami yang seterusnya.
Sebuah pasukan bekerjasama dengan ‘smart canvas’ untuk menghidupkan karya terbaik mereka bersama-sama.
Menjadikan kolaborasi lebih fleksibel dan bermanfaat
Model kerja hibrid yang semakin berkembang memberikan desakan baharu kepada cabaran kolaborasi yang sedia ada. Bagaimana pasukan-pasukan boleh kekal fokus dan berhubung ketika mereka bekerjasama, tidak kira di mana mereka berada? Dengan ‘smart canvas’, kami membina hubungan yang lebih mendalam di Google Workspace untuk mentransformasi kerjasama di mana sahaja ia berlaku.
Contohnya, kami mengambil sesuatu yang sudah digunakan oleh orang ramai setiap hari - sebutan @ — untuk membuka keupayaan kolaborasi baharu yang kuat. Blok pembinaan interaktif baru—cip, templat dan senarai semak pintar—akan menghubungkan orang, kandungan, dan peristiwa ke dalam satu pengalaman yang lancar.
Dalam salah satu contoh penggunaan yang sudah tersedia, apabila anda menggunakan @ untuk menyebut seseorang dalam dokumen, cip pintar akan menunjukkan maklumat tambahan seperti lokasi, posisi pekerjaan, dan maklumat hubungan orang tersebut kepada anda. Dan mulai hari ini, kami memperkenalkan cip pintar baharu di Docs untuk fail dan mesyuarat yang disyorkan. Untuk memasukkan cip pintar ke dalam kerja anda, hanya taip "@" untuk melihat senarai orang, fail dan mesyuarat yang disyorkan. Dari web atau mudah alih, rakan sekerja anda kemudian dapat melihat mesyuarat dan orang yang berkaitan atau melihat pratonton dokumen yang dihubungkan dengan cepat, semuanya tanpa menukar tab atau konteks. Cip pintar akan datang ke Sheets dalam beberapa bulan akan datang.
Gunakan @ sebutan untuk menambahkan cip pintar untuk orang, fail dan mesyuarat yang disyorkan.
Selain itu, kami mempermudahkan perlaksanaan projek dengan memperkemaskan aliran kerja umum pasukan. Mulai hari ini di Docs, senarai semak tersedia di web dan mudah alih, dan anda akan dapat memberikan item tindakan senarai semak kepada orang lain tidak lama lagi. Item tindakan ini akan muncul di Google Tasks, memudahkan semua orang untuk menguruskan senarai Tugasan projek.
Kami juga memperkenalkan templat jadual di Docs. Jadual pengundian topik akan membolehkan anda mengumpulkan maklum balas pasukan dengan mudah sementara jadual penjejakan projek akan membantu anda melihat tonggak pencapaian dan status dengan cepat. Dan sebuah templat dokumen baharu untuk merakam nota mesyuarat secara automatik akan mengimport maklumat yang relevan dari jemputan mesyuarat Kalendar, termasuk cip pintar untuk peserta dan fail yang dilampirkan.
Tambahkan jadual pemilihan topik dengan cepat, sebut orang yang tepat, dan buat senarai semak untuk menetapkan item tindakan dengan ‘smart canvas’.
Dengan format tanpa halaman baharu kami di Docs, anda boleh membuang sempadan halaman untuk membuat permukaan yang luas untuk apa sahaja peranti atau skrin yang anda gunakan, menjadikannya lebih mudah untuk bekerja dengan jadual lebar, gambar besar, atau maklum balas terperinci dengan komen. Dan jika anda ingin mencetak atau menukar ke PDF, anda boleh beralih kembali ke paparan muka surat dengan mudah.
Sementara itu, anda boleh beralih antara paparan baharu di Sheets untuk mengurus dan berinteraksi dengan data anda dengan lebih baik di web dan mudah alih. Pelancaran pertama kami adalah paparan garis masa yang akan memudahkan dan mempercepatkan tugas penjejakan. Pandangan fleksibel ini membolehkan anda mengatur data anda mengikut pemilik, kategori, kempen, atau atribut mana yang paling sesuai. Menggunakan garis masa interaktif yang dinamik akan memperkuatkan kemampuan anda untuk menguruskan perkara seperti kempen pemasaran, tonggak pencapaian projek, jadual, dan kerjasama antara pasukan.
Urus projek dan jejak tugasan dengan lebih mudah menggunakan paparan garis masa Sheets.
Memupuk hubungan manusia - di mana sahaja orang bekerja
Dengan ‘smart canvas’ dan inovasi dalam Google Meet, kami memudahkan anda untuk membawa masuk suara dan wajah pasukan anda terus ke dalam pengalaman kolaborasi, untuk membantu mereka berkongsi idea dan menyelesaikan masalah bersama dari mana sahaja. Sebagai sebahagian daripada itu, kami membina integrasi yang lebih erat antara alat komunikasi dan kolaborasi kami supaya anda boleh menukar kandungan menjadi perbualan dan perbualan menjadi kandungan.
Mulai hari ini, kami melancarkan kemampuan untuk membentangkan kandungan anda ke panggilan Google Meet di web secara terus dari Docs, Sheets, atau Slides di mana anda sudah pun bekerja bersama pasukan anda. Melompat antara berkolaborasi dalam dokumen dan perbualan langsung tanpa kehilangan rentak akan membantu projek - dan pasukan - kekal fokus. Dan pada musim gugur nanti, kami akan membawa Meet terus ke Docs, Sheets, dan Slides di web, supaya anda boleh benar-benar melihat dan mendengar satu sama lain sambil bekerjasama.
Lihat dan dengar ahli pasukan semasa berkolaborasi, dengan Meet secara langsung di Docs, Sheets dan Slides.
Kapsyen langsung dan terjemahan di Google Meet juga akan memainkan peranan penting untuk memastikan pengguna kekal terhubung semasa mereka bekerjasama dalam pasukan yang berlainan. Kami kini menawarkan kapsyen langsung dalam lima bahasa, dengan lebih banyak lagi akan datang. Dan kami akan memperkenalkan terjemahan langsung kapsyen pada akhir tahun ini, bermula dengan kapsyen langsung berbahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol, Portugis, Perancis, atau Jerman, diikuti dengan banyak lagi bahasa lain.
Dengan penambahbaikan terkini pada Google Meet, kami juga memberi anda lebih banyak kawalan dan fleksibiliti terhadap pengalaman mesyuarat, termasuk lebih banyak ruang untuk melihat orang dan kandungan, serta kemampuan untuk meletakkan dan membuang pin dari suapan kandungan dan video. Dan untuk mengatasi keletihan mesyuarat, kini anda boleh mematikan suapan sendiri sepenuhnya.
Kerana kami tahu bahawa kolaborasi perlu kekal lancar dan bergerak dengan pantas, kami memudahkan para pasukan untuk memberi maklum balas dengan cepat dan bergerak lancar antara perbualan dan membina kandungan bersama-sama. Pasukan kini boleh beralih dari perbincangan dalam Google Chat terus ke pembinaan kandungan bersama. Membuat dan mengedit Sheets dan Docs dari ruangan Google Chat sudah tersedia dalam pengalaman web kami, dan kami akan mengaktifkannya untuk Slides dalam beberapa minggu yang akan datang. Dan untuk menilai reaksi pasukan di sepanjang jalan, kami akan memperkenalkan reaksi emoji di Docs dalam beberapa bulan akan datang.
Beralih dari sebuah perbincangan di Chat terus ke pembinaan kandungan di Docs, Sheets, dan Slides.
Bekerja dengan lebih bijak dan lebih selamat
Google Workspace sudah dilengkapi dengan kepintaran yang kuat yang membolehkan pengguna untuk menggunakan masa dan perhatian mereka dengan sebaik-baiknya. Sama ada dengan dua bilion cadangan tatabahasa yang kami kemukakan dalam Docs setiap bulan, atau cadangan fail pintar dalam ciri Prioriti dan Akses Pantas Drive yang mengurangkan masa carian fail sebanyak 50%.
Untuk membantu semua orang bekerja dengan lebih pintar, dalam beberapa bulan yang akan datang, kami akan memperkenalkan ciri penulisan berbantu tambahan di Docs di web. Ini termasuk amaran mengenai kata-kata dan bahasa yang menyinggung, serta cadangan gaya lain yang dapat mempercepatkan penyuntingan dan membantu menjadikan penulisan anda lebih berimpak. Kami juga akan menambahkan lebih fungsi analisis berbantu dalam pengalaman web Sheets kami, dengan cadangan formula yang memudahkan semua orang, bukan hanya penganalisis, untuk mendapatkan pandangan daripada data. Kepintaran Sheets membantu anda membina dan menyelesaikan masalah formula, membuat analisis data dengan lebih cepat dan mengurangkan kesilapan.
Lakukan analisis dengan lebih cepat dan kurangkan ralat dengan cadangan formula.
Dengan perkembangan ‘smart canvas’, kami mempermudahkan perniagaan untuk menghubungkan aplikasi dan alat yang mereka gunakan ke Google Workspace. Ini adalah kesinambungan sejarah kami dalam menyokong pelbagai ciri tambahan untuk mengurangkan cabaran yang muncul dari berkolaborasi—dari tambahan e-tandatangan secara terus di Google Workspace menggunakan DocuSign ke penyambung Salesforce yang berintegrasi dengan Sheets. Untuk menolong orang ramai bekerja dengan lebih bijak, baru-baru ini kami telah mengumumkan bahawa AppSheet Automation telah tersedia secara umum, supaya anda boleh mengautomasi tugas yang memakan masa—seperti meluluskan invois dan pengambilan pekerja baharu—tanpa perlu menulis sebarang kod.
Pada masa hadapan, kami merancang untuk membina API tambahan supaya anda boleh membawa maklumat dan tindakan yang anda perlukan dari alat pihak ketiga terus ke dalam elemen ‘smart canvas’ seperti cip, senarai semak, dan templat jadual pintar.
Dan kerana kepercayaan adalah tunjang kerjasama dalam Google Workspace, hari ini, kami juga melancarkan keupayaan lanjutan yang membantu melindungi pengguna daripada ancaman keselamatan dan penyalahgunaan apabila mereka bekerjasama.
Mentransformasi cara orang bekerja untuk menyampaikan inovasi dunia nyata
Walaupun terdapat tiada satu cara untuk berkolaborasi, kami tahu dari pelanggan kami bahawa mentransformasi cara kita bekerja boleh menghasilkan inovasi dunia nyata.
Google Workspace menghasilkan kaedah baharu untuk bekerjasama. Ini membolehkan pasukan kami di seluruh dunia - sama ada di pejabat, di rumah, atau di lorong kedai runcit - bekerja dengan lebih fleksibel dan menterjemahkan idea mereka kepada cara baharu untuk menggembirakan pelanggan.
—Thibaud Cainne, Ketua Infra Teknologi dan Tempat Kerja Digital Global, Carrefour
Transformasi berlaku di semua peringkat, dan selalunya di setiap alat. Kami dapat mengumpulkan 17,000 daripada pekerja kami untuk melakukan peralihan dari Excel ke Google Sheets dalam hanya enam bulan dengan menunjukkan bagaimana kami dapat mengoptimumkan, mengautomasi, dan menghubungkan hamparan dan data mereka. Kolaborasi seperti itu membawa kepada inovasi dunia nyata untuk pelanggan kami.
—Monica Andrea Diaz Pinzon, Ketua Transformasi Digital (Projek Khas), Banco Davivienda
Kami membina hab digital di Google Workspace untuk mentransformasi cara kami berhubung dengan pekerja dan rakan kongsi di pelbagai lokasi dan organisasi. Ini membolehkan kami menyelesaikan projek penyelidikan besar dalam beberapa hari dan bukannya bulan, termasuk penyampaian kajian vaksin COVID-19 utama.
—Justin Riordan-Jones, Ketua Sistem dan Maklumat (Penyelidikan), Jabatan Kesihatan & Penjagaan Sosial, Institut Penyelidikan Kesihatan Nasional (UK)
Dengan ‘smart canvas’ memandu era kolaborasi seterusnya di Google Workspace, kami kekal komited untuk memberikan penyelesaian yang fleksibel, bermanfaat, dan yang mendorong inovasi untuk organisasi di setiap industri. Di barisan hadapan, di pejabat korporat, dan di bilangan ruang kerja yang tidak terhitung jumlahnya, Google Workspace akan terus mentransformasi cara kerja dapat diselesaikan.
Bersedia untuk terus mengembangkan perjalanan kerja organisasi anda?
Ambil penilaian dua minit kami dan dapatkan panduan ‘Future of Work’ kami untuk membantu anda merancang langkah anda seterusnya. Mula sekarang.