Rabu, 23 Jun 2021

Cari aplikasi berkualiti yang diluluskan oleh guru untuk kanak-kanak di Google Play

Hari ini, Google akan memudahkan pencarian kandungan berfaedah, bersesuaian dengan umur, dan berkualiti bagi ibu bapa untuk anak-anak mereka, dengan melancarkan tab Kanak-Kanak di Google Play yang dipenuhi aplikasi yang memperkayakan dan menghiburkan yang telah dinilai “Diluluskan Oleh Guru” 


Para ibu bapa pernah berkongsi ia sukar untuk mereka untuk mengenal pasti kandungan sesuai umur bagi anak-anak mereka dalam talian. Dengan lebih ramai termasuk kanak-kanak, kini meluangkan lebih banyak masa dalam talian, penyiapan peralatan untuk membimbing mereka ke arah kandungan yang baik adalah sangat penting.


Kandungan aplikasi mesra kanak-kanak yang diluluskan guru 


Kandungan yang baik untuk kanak-kanak boleh datang dalam pelbagai bentuk: Adakah ia menimbulkan rasa ingin tahu? Adakah ia dapat membantu anak anda belajar? Adakah ia menyeronokkan dan berfaedah? Untuk berkongsi aplikasi yang terbaik untuk kanak-kanak di Play Store, kami telah bekerjasama dengan pakar akademik dan guru termasuk penasihat utama kami untuk memilih aplikasi yang terbaik untuk kanak-kanak di Google Play.


Aplikasi-aplikasi dinilai atas faktor seperti kesesuaian umur, kualiti pengalaman, pengayaan, dan keriangan. Dalam senarai aplikasi, kami menyatakan sebab aplikasi tersebut dinilai tinggi bagi membantu ibu bapa menentukan sendiri sama ada aplikasi itu sesuai untuk anak mereka. Aplikasi yang telah dinilai oleh para guru dan menepati piawaian kualiti Google menerima sebuah lencana “Diluluskan Oleh Guru”.


Aplikasi “Diluluskan Oleh Guru” harus menepati piawaian keselamatan dan privasi Designed for Families dan disemak serta dipilih oleh guru untuk mengenal pasti aplikasi yang menyeronokkan dan memberi inspirasi yang akan disukai oleh kanak-kanak, dengan atau tanpa fokus terhadap pendidikan.

Bagaimana untuk mencari aplikasi “Diluluskan Oleh Guru” di Google Play


Apabila ibu bapa atau penjaga mencari aplikasi di Play Store, mereka boleh mencari lencana “Diluluskan Oleh Guru” untuk melihat aplikasi mana yang telah disemak dan dinilai tinggi oleh para guru. Jika anda ingin melayari kandungan yang telah diluluskan oleh para guru, anda hanya perlu ke tab “Kanak-Kanak”. Dan, jika anda seorang pelanggan Google Play Pass, terdapat banyak lagi pilihan kandungan yang diluluskan guru yang boleh didapati dalam "Aplikasi dan permainan untuk kanak-kanak."

Menyokong pengajaran dan pembelajaran dengan pengalaman dalam talian yang selamat dan seimbang sepanjang COVID-19


Kami terus membantu keluarga menavigasi teknologi sepanjang COVID-19 - dari membantu ibu bapa menetapkan peraturan asas digital hingga ke perkongsian sumber untuk membimbing kanak-kanak supaya lebih selamat dalam talian. Berikut adalah peralatan dan sumber untuk memastikan anak-anak anda selamat dalam talian sambil membina tabiat teknologi yang sihat:


Mencari kandungan mesra kanak-kanak di YouTube Kids

YouTube Kids menawarkan sebuah persekitaran yang lebih tertutup untuk kanak-kanak untuk meneroka minat dan rasa ingin tahu mereka. Aplikasi tersebut memperkasakan ibu bapa untuk menyesuaikan pengalaman anak-anak mereka, termasuk kandungan yang boleh ditonton dan jangka masa mereka boleh menggunakan aplikasi tersebut. Kanak-kanak boleh mengakses pelbagai senarai main yang berguna di YouTube Kids sekarang, seperti Tabiat Sihat, Pembelajaran dan Aktiviti Dalam Rumah. YouTube Kids tersedia di 79 buah negara di komputer desktop, telefon mudah alih, dan TV Pintar.


Tetapkan peraturan asas digital dengan Family Link

Aplikasi Family Link dari Google membantu ibu bapa membentuk tabiat yang sihat untuk anak bawah remaja dan remaja mereka sambil belajar, bermain dan meneroka dalam talian. Ibu bapa dapat mengawasi masa skrin dengan had harian dan waktu tidur pada peranti Android dan Chromebook. Mereka juga boleh membimbing anak mereka ke arah kandungan yang lebih baik dengan kelulusan muat turun, had masa untuk setiap aplikasi dan penapis kandungan. SafeSearch dibolehkan secara lalai untuk akaun kanak-kanak yang diawasi, membantu untuk menapis hasil carian yang kurang sesuai untuk tontonan mereka.


Bantu anak anda menjadi warga digital yang selamat dan bertanggungjawab dengan Be Internet Awesome

Be Internet Awesome mengajar kanak-kanak mengenai literasi dan keselamatan digital. Program tersebut menawarkan sumber percuma kepada para guru dan keluarga untuk belajar mengenai topik-topik ini dengan sebuah panduan untuk keluarga dan ikrar, buku mewarna keselamatan dalam talian, dan petua dalam talian yang mudah. Program ini menampilkan permainan interaktif, Interland, yang memperkukuhkan konsep keselamatan internet untuk kanak-kanak dengan cara yang menyeronokkan dan menarik. Ia tersedia di 28 buah negara dan 15 bahasa.   


Mencari keseimbangan dengan teknologi melalui kesejahteraan digital

Untuk kebanyakkan keluarga, ia sukar untuk mencari keseimbangan dengan teknologi. Oleh itu, kami percaya perbincangan tentang kesejahteraan bersama seisi keluarga adalah tempat yang baik untuk bermula. Untuk membantu anda menangani persoalan yang mencabar, kami telah mencipta sebuah panduan untuk membantu anda memulakan perbualan yang produktif bagi mengenal pasti tabiat sihat yang boleh diamalkan seisi keluarga anda. 


Kita menaruh kepercayaan terhadap para guru untuk memperkayakan anak-anak kita semasa mereka bersekolah dan kini dapat berasa yakin sebagai ibu bapa untuk menyokong pengalaman ini dengan peralatan, petua, dan sumber ketika dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang luar biasa ini.