Masukkan teks di titik-titik tertentu dalam video anda
Masukkan kapsyen secara automatik dalam Short anda
Rakam hingga 60 saat dengan kamera Shorts
Masukkan klip dari galeri telefon anda dalam rakaman anda yang dibuat dengan kamera Shorts
Masukkan filter asas untuk membetulkan warna Shorts anda, dengan lebih banyak efek yang akan datang pada masa akan datang
Bawa keseronokan dengan YouTube Shorts - tambah teks, kapsyen, dan rakam hingga 60 saat dengan kamera Shorts. Anda juga boleh sampel audio daripada Shorts atau video-video lain di YouTube untuk diadun semula kepada ciptaan anda.
Ciri-ciri terbaharu juga termasuk kebolehan untuk sampel audio bukan sahaja daripada Shorts lain, tetapi juga video-video lain di YouTube -- ini termasuk berbilion video di seluruh dunia -- lantas membuka ruang permainan kreativiti baharu. Ini bermakna para pengguna boleh meletakkan kreativiti mereka sendiri pada kandungan yang mereka suka tontoni di YouTube dan membantu mereka dapatkan khalayak baharu - sama ada bereaksi terhadap lawak kegemaran mereka, mencuba resipi terbaharu seorang pencipta, atau melakonkan semula drama komedi. Para pencipta juga akan mendapat kawalan dan boleh memilih untuk tidak membenarkan orang lain adun semula sampel video berbentuk panjang mereka.
“Kami ingin menjadikan Shorts mudah dan seronok untuk dicipta,” kata Todd Sherman, Pengurus Produk Global YouTube Shorts.” Sambil kami terus membangunkan Shorts di samping pencipta dan artis kami, kami akan menambahkan lebih banyak ciri untuk dicuba oleh para pengguna,“ tambahnya lagi.
Memberikan pengalaman tontonan yang lancar di YouTube
Membantu para pengguna untuk mencari Shorts untuk dinikmati dan juga membantu mereka menemui para pencipta juga merupakan komponen penting dalam pengalaman produk ini. Oleh itu, sebelum mengumumkan peralatan ciptaan, kami telah memperkenalkan sebuah baris baharu di laman utama YouTube hanya untuk Shorts, melancarkan pengalaman menonton baharu yang membolehkan anda leret menegak dari satu video ke video yang lain. Tidak lama lagi, kami juga akan menambahkan sebuah tab Shorts untuk telefon mudah alih yang akan memudahkan para pengguna untuk menonton Shorts dengan hanya satu ketik.
Sehingga hari ini, pemain YouTube Shorts telah melepasi 6.5 bilion tontonan harian di seluruh dunia.
Shorts akan diintegrasikan kepada pengalaman YouTube yang sudah dikenali oleh para pengguna. Contohnya, jika seorang pengguna mendengar coretan lagu di Shorts, mereka boleh mencari lagu penuh dengan senang, menonton video muzik, atau mengenali artis tersebut dengan lebih lanjut - semua di YouTube.
Menyokong pencipta mudah alih
YouTube telah membantu sebuah generasi pencipta mengembangkan kreativiti mereka menjadi sebuah perusahaan sehingga menjadi syarikat media generasi yang seterusnya. Sejak tiga tahun yang lalu, kami telah membayar lebih $30 bilion kepada para pencipta, artis, dan syarikat media.
Dengan Shorts menjadi sebuah cara baharu untuk menonton dan mencipta di YouTube, syarikat tersebut telah melihat pelbagai cara untuk mengewangkan Shorts dan mengganjarkan para pencipta untuk kandungan mereka, termasuk Dana YouTube Shorts yang baru diumumkan, sebuah dana bernilai $100 juta yang diedarkan sepanjang 2021-2022.
"Kami tahu bahawa kami akan memerlukan masa untuk mendapatkan semuanya betul, dan kami baru sahaja bermula. Kami tidak sabar untuk anda mencuba Shorts dan membantu kami membina pengalaman video singkat yang bertaraf tinggi di YouTube,” kata Sherman.
Pencipta Malaysia berkongsi tentang YouTube Shorts
Untuk bercerita mengenai pengalamannya dengan alat baharu ini, Jenn Chia yang dikenali ramai sebagai ‘So, I’m Jenn’ berkata,
“Dalam beberapa tahun yang lalu, YouTube telah menjadi tempat dimana saya memuat naik kandungan yang mempunyai kualiti dan nilai produksi yang lebih tinggi. Saya berasa gembira kerana platform ini kini menyokong kandungan yang lebih pendek, ‘kurang nilai produksinya’, dan lebih spontan.”
Shorts Jenn bertajuk “Can’t believe he said this to me…” mengiringi barisan kandungannya yang lain, yang bertema gaya hidup, komedi, dan musik.
Cassidy La Creme, seorang artis rakaman dwibahasa yang menjadi terkenal dengan ‘cover’ lagu ‘Ombak Rindu’ nya turut sehaluan dengan Jenn dan berkata:
“Saya sungguh gembira dengan pelancaran YouTube Shorts! Ini adalah penyelesaian yang terbaik untuk membolehkan saya membawa penonton saya ke dalam ‘dunia’ saya tanpa perlu menghabiskan masa berjam-jam ke atas produksi dan penyuntingan. Saya rasa ini akan membolehkan mereka mengenali saya dengan lebih mendalam dan saya pula boleh berinteraksi dengan mereka melalui kandungan-kandungan yang baharu dengan lebih kerap.”
Dikenali sebagai ‘Marilyn Monroe Malaysia’ di kalangan peminatnya, Cassidy berharap untuk berkongsi bersama penontonnya sebuah pandangan jarak dekat kepada kehidupan seharian nya sambil dia bereksperimentasi dengan Shorts, seperti salah satu Shorts terawalnya - “Sayang, satu je awak tak ada…”
Adik beradik Jeii dan Gaston Pong daripada saluran 碰碰PongPong menyatakan rasa teruja kerana kini mempunyai cara yang baharu untuk mencipta dan berinteraksi dengan penonton mereka.
“Kami tidak sabar untuk mencipta kandungan yang lebih hebat daripada sebelumnya dengan ciri baharu ini! Kami kini mempunyai cara yang baharu untuk berhubung dengan khalayak dari serata dunia hanya menggunakan telefon pintar.”
Dengan gandingan bakat menyanyi, menari, menulis lagu, dan berlakon, Jeii dan Gaston baharu sahaja bermula dengan Shorts mereka yang pertama “Dancing in front of my brother…😈”
Jason, seorang pencipta kandungan gajet dan teknologi, lebih dikenali dengan nama Smashpop mendalami ciri Shorts yang digemarinya:
Saya gembira kerana YouTube telah memberikan kami sebuah lagi mod untuk mencipta kandungan yang membolehkan saya mempersembahkan kandungan gajet, ulasan, tip teknologi dan fotografi yang padat kepada penonton saya. Saya suka ciri ‘timeline’ (garis masa) di mana saya boleh melihat semua audio, video, dan teks di dalam format ‘timeline’. Ciri skrin hijau adalah cara yang mudah untuk saya membincangkan sesebuah gambar atau visualisasi cerita saya dan menjadi sebuah ciri yang berguna serta menyeronokkan untuk diguna!
Untuk pencipta kandungan teknologi seperti Jason, Shorts memberi mereka peluang untuk bertumpu kepada satu ciri yang boleh menjadi kandungan yang terpisah atau disambungkan untuk membentuk sebuah cerita yang mempunyai bahagian-bahagiannya yang tersendiri. Ini cara Jason melakukannya melalui Shorts-nya - “Smallest Wireless Mics in the World!”
Personaliti kesihatan dan gaya hidup, Linora Low rasa terdorong dengan jumlah tontonan yang mula dilihat video Shorts awalnya dan nampak sebuah cara baharu untuk mencabar dirinya sebagai sebuah pencipta kandungan.
“YouTube Shorts mencabar saya untuk melihat betapa cepatnya saya boleh memikirkan kandungan baharu setiap hari - dan ini menjadi sesuatu cabaran yang seronok bagi saya. Dengan pilihan untuk mencipta kandungan berbentuk singkat, saya boleh memastikan saluran saya terus berkembang. Secara keseluruhannya, saya suka Shorts!”
Dengan pilihan untuk mencipta video yang singkat, Linora mempunyai lebih banyak pilihan untuk menjadikan kesihatan itu sesuatu yang menyeronokkan untuk penontonnya - “7 Days of Coffee Squats” ditujukan kepada semua yang gemarkan kopi sebanyak mana mereka gemar senaman cangkung (squats).
Versi beta Shorts akan mula dilancarkan pada hari ini dan akan disediakan untuk semua dalam beberapa minggu akan datang.