Khamis, 11 November 2021

Meraikan kempen-kempen Carian yang memahami tabiat dalam talian sering bertukar Malaysia di Think Search 2021

Rakyat Malaysia menggunakan Carian Google lebih dari sebelumnya, dan dengan jumlah maklumat yang ada dalam talian, mereka bergantung kepada Carian dengan cara yang berbeza untuk memahami dunia dan kerumitannya. Oleh itu, jenama dan agensi media boleh membantu dalam mempengaruhi dan membentuk perjalanan pengguna dengan berada di mana mereka berada di saat-saat terpenting.



Think Search 2021 menawarkan pandangan tentang peranan Carian yang telah berubah menjadi sesuatu yang penting dalam perjalanan para pengguna hari ini, serta cerapan penuh inspirasi bagi membantu para pakar pemasaran untuk menerokai idea-idea baru dan inovatif dalam memandu penjanaan hasil.

Dianjurkan secara maya pada 28 Oktober, acara tersebut turut mengiktiraf kempen-kempen Carian terbaik Malaysia dari seawal 1 Januari, 2020. Setiap penyertaan dinilai menerusi dua pusingan penilaian bagi menentukan kempen-kempen terbaik yang mempamerkan keberkesanan carian Google dalam menjana hasil perniagaan - pertama, berdasarkan pemeriksaan metrik prestasi utama mengikut setiap kategori, dan kedua, oleh panel juri yang terdiri daripada:

  • Chayenne Tan, Pengarah, Pemasaran Prestasi dan Pertumbuhan, CIMB Malaysia

  • Derek Tan, Ketua Pegawai Jenama, Carsome

  • Jenny Chin, Ketua Pemasaran, U Mobile

  • Larry Lim, Pengasas Bersama, SearchGuru

  • Santosh Sonawale, Pengarah Prestasi Digital, Omnicom Media Group Malaysia; dan

  • Shabana Badami, Ketua Carian & Penyelesaian Membeli-belah, Google SEA

Acara tersebut menyaksikan Omnicom Media Group (OMG), sebuah agensi media dengan kehadiran dalam 38 pasaran di seluruh dunia, yang diumumkan sebagai ‘Google Search Agency of the Year’ di mana dengan kumpulan Google Analytics mereka yang diperakui - yang juga merupakan kumpulan terbesar Google Analytics di dalam rangkaian agensi media - telah mengintegrasikan analisis lanjutan dengan pemasaran Carian untuk memacu pertumbuhan, dengan tumpuan terhadap pengukuran dan pendekatan hibrid pembelajaran mesin-manusia dalam penjanaan hasil yang kukuh.



Berikut adalah senarai kategori dan pemenang yang selebihnya:

  • Penggunaan terbaik Google Carian - Mencapai penonton anda: OMD untuk McDonald's, yang melancarkan kempen TV dan video dalam talian yang menggesa para penonton untuk TIDAK mencari "ayam goreng viral", lalu membuat mereka untuk berbuat sedemikian. Ini menjana minat bagi Ayam Goreng Mcd dan memastikan jenama itu terpahat di minda setiap pencinta ayam goreng.

  • Penggunaan terbaik Google Carian - Membentuk penglibatan kreatif: Starcom dan Leo Burnett untuk Samsung Malaysia, yang memanfaatkan cerapan dan trend pelanggan yang mendalam untuk meramalkan ciri-ciri yang paling dicari bagi telefon pintar pesaing dan mengambil alih hasil carian semasa acara pra-pelancaran telefon tersebut untuk mempromosikan Samsung Note 20.

  • Penggunaan Terbaik Carian Google - Memacu keputusan perniagaan: CakeRush yang berjaya memasuki industri pastri yang sarat semasa pandemik dengan menganalisa Laporan Pertanyaan Carian (Search Query Reports) untuk memahami tingkah laku pengguna yang berkaitan dengan kek dan perkhidmatan penghantaran kek, yang membawa kepada peningkatan dalam kadar pertumbuhan suku-ke-suku, kadar pertumbuhan penukaran, dan pulangan atas perbelanjaan iklan (ROAS).
     

  • Google Search Ambassador of the Year - Individu: Shirley Chang dari Group M, yang telah berjaya meningkatkan kecekapan pencarian organisasi melalui latihan, menyelaraskan dan mengautomasikan proses penilaian iklan carian yang responsif (Responsive Search Ads), serta meningkatkan kecekapan kempen melalui penerimaan alat dan skrip Google merentasi seluruh agensi beliau.

Jenny Lim, Ketua Carian di Google Malaysia berkata, "Peranan Google Carian telah berkembang sejak ia dibangunkan pada tahun 1998, tetapi misi kami untuk mengaturkan maklumat dunia dan menjadikannya mudah diakses dan berguna secara universal, masih kekal."

"Jenama dan agensi yang kami raikan pada hari ini di Think Search 2021 juga memainkan peranan yang sama melalui kempen carian mereka, yang membantu para pengguna memahami maklumat sedia ada dengan menghadirkan di mana sahaja mereka berada dalam perjalanan mereka. Dengan memahami niat dan memperibadikan pengalaman mereka, kempen-kempen tersebut menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk mencari apa yang mereka mahu," tambah Lim.



Dihoskan oleh pelawak terkemuka Douglas Lim, Think Search 2021 mengetengahkan cerapan yang disampaikan oleh Stephanie Davis, Naib Presiden Google Asia Tenggara & Sempadan Asia Selatan; Gaurav Kapur, Pengarah, Prestasi & Penyelesaian Jenama di Google India & Asia Tenggara; Raja Narula, Ketua Pemasaran Iklan di Google Singapura, Malaysia & Sempadan Asia Selatan; dan Cara Ooi, Ketua Peruncitan di Google Malaysia.

Acara tersebut turut disertai tetamu dari pelbagai industri: Aileen Soo dari Digi, Chryssa Lai dari Maxis, Edward Ling of L'Oreal, Jasmine Lee dari U Mobile, Jing Wen Foo dari Dentsu, Lavend Ng dari Friesland Campina, Sagar Paranjpe dari Malaysia Airlines, Saurabh Chandrashekhar dari Mediacom, Syed Farouq dari Celcom dan Zaid Hasman dari McDonald's.

Untuk maklumat lanjut mengenai Google Think Search 2021, layari g.co/thinksearchmy.