Rabu, 1 Disember 2021

e-Conomy SEA Report 2021: Ekonomi Internet Malaysia melepasi AS$21 bilion, didorong oleh pertumbuhan sektor e-dagang dan pengangkutan & makanan

Google, Temasek dan Bain & Company telah melancarkan edisi terbaru laporan ‘e-Conomy SEA Report’ pada hari ini. Bertajuk ‘e-Conomy Southeast Asia (SEA) Report - Roaring 20’s: The SEA Digital Decade’, laporan tersebut menunjukkan bahawa keseluruhan ekonomi Internet Malaysia dianggarkan bernilai AS$21 bilion dalam nilai dagangan kasar (GMV) pada tahun 2021, dan dijangka mencecah AS$35 bilion menjelang 2025. Laporan itu juga mengetengahkan pertumbuhan yang diperhatikan di semua sektor ekonomi internet negara.



Edisi keenam laporan tersebut memberikan pandangan baru ke dalam ekonomi Internet dari enam negara di Asia Tenggara - yang merangkumi Malaysia serta Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam - dan mendalami tujuh sektor ekonomi Internet: lima sektor utama yang terdiri daripada E-dagang, Pengangkutan & Makanan, Perjalanan Dalam Talian, Media Dalam Talian dan Perkhidmatan Kewangan Digital, serta dua sektor baru muncul yang terdiri daripada Teknologi Kesihatan dan Teknologi Pendidikan.



Bersama-sama dengan seluruh rantau tersebut, Malaysia sedang mengorak langkah ke arah kehidupan baru setelah pandemik membawa kepada peralihan kekal dalam penggunaan digital. Pertumbuhan pasaran digital Malaysia yang mendadak sebanyak 47% dari AS$14 bilion pada tahun 2020 kepada AS$21 bilion pada tahun 2021 didorong oleh lonjakan signifikan sebanyak 68% dalam e-dagang, yang dijangka berkembang kepada AS$19 bilion menjelang 2025. Sektor-sektor pengangkutan & makanan serta media dalam talian juga memperhatikan pertumbuhan dua digit, masing-masing sebanyak 35% dan 14%.



Ekonomi Malaysia membangun dengan pertumbuhan ekonomi Internet yang berterusan

Berikut adalah tiga pandangan utama lain dari laporan tahun ini mengenai Malaysia.



  1. Pertumbuhan eksponen dalam pengguna digital Pandemik telah membawa kepada peralihan kekal dalam penerimaan digital di Malaysia - 94% pengguna pandemik masih menggunakan perkhidmatan digital hari ini dan 98% berniat untuk meneruskannya pascapandemik. Pengguna prapandemik telah menggunakan secara purata 4.2 perkhidmatan digital tambahan sejak pandemik. Tahap kepuasan pengguna ialah 76% merentasi pasaran menegak.

  2. Peniaga digital semakin celik teknologi
    43% pedagang digital di Malaysia percaya bahawa mereka tidak akan dapat bertahan daripada pandemik tanpa platform digital - nilai yang tertinggi di rantau ini disebabkan sekatan pergerakan ketat sepanjang tahun lalu. Walau bagaimanapun, ini telah mempercepatkan penerimaan digital oleh pedagang, dengan 98% kini menerima pembayaran digital dan 72% kini menggunakan penyelesaian pinjaman digital. Ramai juga yang mula menggunakan alat digital untuk berinteraksi bersama pelanggan, dengan 70% mejangkakan untuk meningkatkan penggunaan alat pemasaran digital dalam tempoh 5 tahun akan datang.

  3. Pelaburan akan mencapai tahap baharu
    Aktiviti pelaburan pulih dengan kukuh pada separuh pertama 2021, dan berada di landasan untuk mencapai rekod tertinggi dalam tahun-tahun kebelakangan ini dengan pelabur semakin terbiasa dengan 'norma baharu' untuk membuat urus niaga. Selera pelaburan kekal kukuh dalam perkhidmatan digital yang melonjak popular akibat COVID-19, seperti e-dagang, teknologi kewangan, teknologi kesihatan dan teknologi pendidikan. Dengan kemunculan syarikat unicorn pertama Malaysia tahun ini, prospek masa hadapan adalah kukuh untuk pertumbuhan pelaburan yang berterusan.



Marc Woo, Pengarah Urusan bagi Google Malaysia berkata, "GMV 2021 Malaysia dijangka mencecah $35B menjelang 2025 dan kami telah melihat bagaimana pandemik telah membawa kepada peralihan kekal dalam penggunaan digital di Malaysia dengan 81% daripada semua pengguna Internet kini menggunakan perkhidmatan digital. Dan walaupun dengan sekatan pergerakan, perniagaan-perniagaan telah beralih kepada platform digital untuk terus bertahan dan ramai yang berharap untuk meningkatkan penggunaan alat digital dalam tempoh lima tahun akan datang."



"Pertumbuhan mantap yang kami lihat adalah menggalakkan, dan dengan inisiatif seperti MyDIGITAL yang bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang digerakkan berteraskan digital dan juga merupakan pemimpin ekonomi digital serantau menjelang 2030, ia memperkukuhkan komitmen kami untuk membentuk ekonomi digital yang adil, selamat dan Inklusif yang akan menyediakan peluang ekonomi untuk generasi semasa dan masa depan dalam misi kami untuk memajukan Malaysia bersama-sama.”



Rohit Sipahimalani, Ketua Strategi Plaburan; Ketua, Asia Tenggara, Temasek berkata, "Pandemik telah membawa kepada penerimaan digital yang berkekalan di Asia Tenggara, yang telah turut mendorong ekonomi Internetnya ke tahap yang baru. Temasek berharap untuk meningkatkan pelaburan kami dalam juara-juara digital Asia Tenggara, menggunakan modal kami untuk memangkinkan penyelesaian digital dan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi serta peluang pekerjaan untuk komuniti tempatan kami.”



"Kami telah melihat peralihan berkekalan dalam tingkah laku pengguna digital Malaysia disebabkan sekatan pergerakan yang berlarutan," kata Willy Chang, Rakan Sekutu di Bain & Company. "Di samping pertumbuhan ekonomi Internetnya yang kukuh, separuh pertama 2021 juga menyaksikan aktiviti perlaboran yang signifikan. Digabungkan dengan lesen bank digital yang dinanti-nantikan, kami optimis mengenai potensi pertumbuhan yang akan datang."