Para penonton, artis dan pencipta kandungan dalam komuniti YouTube sentiasa menyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap landskap video yang berubah dengan pantas, sambil kami mentakrifkan semula apa yang kita tonton, cara kita menonton dan sebab kita menontonnya.
Pada tahun 2021, video, kandungan dan saluran paling popular yang telah menarik minat penonton tempatan kebanyakannya berkongsi ciri-ciri yang sama seperti bereksperimentasi, produksi semula jadi dan pendekatan spontan.
Siri popular Rindu Awak Separuh Nyawa oleh
Astro Gempak, skit spontan Avengers versi Kelantan oleh
Syahmi Sazli, cabaran Mukbang Mi pedas
Dona, dan demonstrasi pembuatan aiskrim dari mula oleh
Aqil Zulkiflee merupakan contoh yang merangkumi kualiti-kualiti ini.
Video-video tersebut telah ditentukan berdasarkan tontonan dalam negara bagi video yang dimuat naik pada tahun 2021 dan mengambil kira pelbagai faktor termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kiraan tontonan.
Berikut merupakan senarai video paling sohor kini di Malaysia sepanjang tahun lalu:
Dalam kategori muzik, selain daripada lagu
Adakah ini Mimpi dari penyanyi baharu, Redzwann, yang telah menarik perhatian penonton, lagu
Mimpi dari Haqiem Rusli di bawah label rekod FMC Music juga telah berbuat sedemikian. Video muzik tempatan lain yang berkongsi pentas bersama artis dan saluran antarabangsa seperti
Bruno Mars,
BTS,
BlackPink,
WCY Music Studio dan
maajja merupakan
Gifix Film,
Iman Troye, dan
Lia Aziz.
Senarai pencipta kandungan paling popular tahun 2021 menampilkan gabungan wajah segar dan terkenal yang telah mengetengahkan cubaan terbaik mereka dalam menyampaikan kandungan yang tulen dan menarik - yang membuatkan kami tertanya-tanya: apakah tahap yang seterusnya?
Ammar Nazhan,
Aqil Zulkiflee,
Alieff Irfan, dan
Che Nom adalah antara mereka yang berjaya memasuki senarai 'Pencipta Kandungan Paling Popular' tahun ini.
Tempat teratas bagi pencipta ‘breakout’ diduduki oleh
Ammar Nazhan dan
Akiddos dengan kandungan gurauan dan cabaran, manakala vlog gaya hidup
Ikhmal Nour dan
Shuib Channel mengikuti rapat di belakang. Berikut merupakan senarai pencipta yang berjaya memasuki senarai 'Pencipta Kandungan Breakout':
YouTube Shorts, ciri kandungan video bentuk pendek terbaharu kami, menawarkan lebih banyak cara untuk para pencipta kandungan meluahkan kreativiti mereka dan untuk para penonton mengalami YouTube. Rakyat Malaysia mendapati diri mereka terhibur dengan kandungan ciptaan pencipta Shorts dari seluruh dunia, seperti
Zhong dan gurauannya,
Dan Rhodes dan ilusinya,
Klara Tania dan perkongsiannya, serta banyak lagi.
Untuk akses pantas kepada video-video paling popular pada tahun 2021, lihat senarai main susun atur kami bagi
Video Paling Sohor Kini dan
Video Muzik Paling Popular. Lihat juga senarai main
Pencipta Kandungan Paling Popular,
Pencipta Kandungan 'Breakout' Paling Popular dan
Pencipta Kandungan 'Shorts' Paling Popular untuk mengenali pencipta-pencipta ini dengan lebih lanjut.