Khamis, 9 Disember 2021

Year In Search 2021 Malaysia: Mengimbas kembali apa yang dicari rakyat Malaysia tahun ini

Setiap tahun menerusi Year in Search, kami menatapi carian-carian paling sohor kini sepanjang tahun yang berlalu. Year in Search 2021 oleh Google bagi Malaysia memberikan kita gambaran berkenaan detik, individu, topik, acara, dan tempat yang penting buat Malaysia pada tahun ini.

"Carian membantu kita semua mencari maklumat dan cara rakyat Malaysia menggunakan Carian menjadikannya jendela ke seluruh dunia. Year in Search 2021 bagi Malaysia memberikan pandangan berkenaan tahap pemulihan kita sebagai sebuah negara. Walaupun COVID-19 masih lagi difikirkan, tumpuan telah beralih kepada vaksinasi dan proses meneruskan operasi perniagaan; bantuan kewangan kekal sebagai tema yang kuat dengan ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih mencari bantuan; terma pencarian bagi pembelajaran digital turut melonjak tahun ini dengan semakin ramai rakyat Malaysia yang menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam talian, dan kita juga terus mencari cara untuk berhubung dan berhibur melalui rancangan TV dan sukan," kata Nadia Khan, Pengurus Komunikasi di Google Malaysia.


Setahun bantuan kewangan
Senarai pencarian paling sohor kini tahun ini meneruskan tema senarai dari tahun lepas di mana beberapa carian mengenai bantuan kewangan dan insentif terserta dalam senarai 10 carian teratas - mereka membentuk separuh dari senarai tersebut dengan 'i-Sinar' selaku carian paling sohor kini bagi 2021, disertai oleh 'i-Citra', 'Bantuan Prihatin Rakyat', 'i-Akaun' dan 'Bantuan Prihatin Nasional'. Akibat sekatan pergerakan berlarutan yang telah memberi kesan ketara kepada perniagaan dan isi rumah, maklumat mengenai bantuan-bantuan kewangan tersebut telah dicari rakyat Malaysia dalam usaha untuk meneruskan kehidupan.

Terma-terma carian yang selebihnya merupakan campuran antara hiburan dan sukan - 'Euro 2021', 'Popcat', 'Liga Perdana Inggeris', dan 'Squid Game'. 'Google Meet' juga terserta ke dalam senarai di tempat ketujuh dengan meningkatnya persidangan video dalam kehidupan seharian.


(Kiri) 'i-sinar' menerajui senarai carian paling sohor kini secara keseluruhan di Malaysia, manakala

(kanan) 'CIMS 3.0' adalah carian paling sohor bagi kategori COVID-19



COVID-19 masih dalam ingatan tetapi dengan tumpuan berbeza berbanding 2020
Jika 2020 merupakan tahun di mana orang ramai cuba memahami virus tersebut dan impaknya, terma carian bagi 2021 tertumpu kepada vaksinasi dan proses meneruskan operasi perniagaan dengan istilah paling sohor kini yang teratas bagi kategori ini - ‘CIMS 3.0’, ‘COVID Vaccine Near Me’, dan ‘COVID-19 Malaysia’.

Program Imunisasi Kebangsaan telah mendorong rakyat Malaysia untuk mencari maklumat lanjut mengenai vaksin berbeza yang ditawarkan dan bagaimana ia memberi kesan kepada statistik pemulihan negara, seperti yang ditunjukkan dalam beberapa istilah lain dari kategori ini - ‘Semakan Vaksin’ ‘AstraZeneca Vaccine’, ‘COVIDNOW’, dan ‘Sinovac Vaccine’.


Rakyat Malaysia terus menyokong acara sukan, atlet dan hiburan kegemaran
2021 membawakan kepada kita lebih banyak acara sukan, secara amnya - dari ‘Euro 2021’, ‘Sudirman Cup 2021’ dan ‘Olympics 2021’ ke acara-acara bola sepak kegemaran ramai seperti ‘English Premier League’, ‘Copa America’, ‘UEFA Champions League’ dan ‘Liga Super’


Rakyat Malaysia telah menikmati acara sukan kegemaran mereka (kiri) dan terus menyokong para atlet negara (kanan) sepanjang tahun ini


Walaupun kategori individu paling sohor kini bukan sesuatu yang baru, tahun ini menyaksikan lonjakan unik dalam carian untuk para atlet.

Atlet-atlet negara ‘Lee Zii Jia’ dan ‘Azizulhasni Awang’ merangkul tempat teratas dalam senarai sohor kini ini. Rakyat Malaysia juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang keadaan ‘Christian Eriksen’ semasa aksi pembukaan Euro 2020 di antara Denmark dan Finland, dan juga aksi tenunan ‘Tom Daley’ dari Britain di acara menyelam Sukan Olimpik Tokyo.


Carian berkenaan peralatan pembelajaran digital melonjak
Pendidikan merupakan tema yang sememangnya penting bagi 2021. 2020 merupakan pemangkin kepada peralihan pantas dari kelas fizikal ke pengajaran dan pembelajaran dari rumah pada skala global. Tahun ini, carian bagi peralatan pembelajaran digital melonjak dengan semakin ramai rakyat Malaysia mencari cara kreatif untuk menjadikan pelajaran lebih menarik.


'Pendidikan', tema carian yang unik bagi 2021, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah menyesuaikan diri dengan peralatan pembelajaran digital untuk menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik.


Pada tahun 2021, kami mendapati pelbagai peralatan pengajaran dan pengurusan bilik darjah muncul dalam senarai terma paling sohor kami. 'Google Classroom' di tempat pertama dan 'Delima KPM' di tempat ketiga, telah menjadi platform yang memudahkan pembelajaran digital. Turut menjadi tren pada tahun ini adalah 'Blooket', alat yang menjadikan sesi kuiz dan ulang kaji dalam bilik darjah lebih menyeronokkan; 'Wordwall', sumber baru untuk membantu guru menghasilkan aktiviti bilik darjah yang tersuai; dan 'ClassPoint', alat untuk membuat kuiz interaktif bagi meningkatkan penglibatan dan hasil pembelajaran.

Untuk senarai penuh dan kategori-kategori carian terhangat lain - hiburan, bantuan kewangan, berita topikal dan soalan-soalan ‘bagaimana’ yang dicari Malaysia - kunjungi g.co/2021trends/MY

Selain mengetengahkan perkara dan peristiwa yang menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan warga Malaysia, peralatan Google Search juga menawarkan cerapan kepada topik-topik yang menarik perhatian seluruh dunia pada tahun 2021. Ikuti laman tren global untuk mendalami senarai, carta, dan cerita Year in Search daripada Malaysia dan serata dunia. 

Tontoni video Year in Search di sini dan terokai lebih banyak tren daripada tahun ini di https://google.com/yearinsearch.   


Apa itu ‘Year in Search’ daripada Google? 
Google mendedahkan semangat dan ketentuan zaman kini berdasarkan internet dengan menerokai lebih satu trillion carian yang diterima setiap tahun. Selain carian akhir tahun yang menyoroti tren carian tahunan, kami juga mempunyai beberapa peralatan yang memberi pemahaman kepada tren carian sedunia, rantau, serta tren carian lepas dan terkini. Peralatan Google Search tidak dapat mengenalpasti pengguna secara individu kerana kami bergantung kepada kiraan tidak bernama yang dijumlahkan untuk setiap kali sebuah carian berlaku dalam sesuatu tempoh masa. Peralatan ini boleh didapati sepanjang tahun untuk diterokai dan untuk dipelajari daripada di trends.google.com.my