Google telah menggerakkan usaha tindak balas krisis yang menggunakan teknologi, kerjasama, dan sumbangan untuk membantu komuniti-komuniti yang terjejas oleh banjir di Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada usaha tindak balas krisisnya, Google telah mengaktifkan notifikasi SOS bagi membantu komuniti yang terjejas serta kenalan mereka mendapat akses kepada maklumat keselamatan yang boleh dipercayai merentasi Search dan Maps.
Google.org, badan filantropi Google, turut menyediakan sokongan kewangan untuk membantu mereka yang terjejas oleh krisis tersebut dalam dua cara:
- Geran bernilai RM420,800 akan disumbangkan kepada Center for Disaster Philanthropy (CDP), sebuah organisasi perantara yang tertumpu khusus kepada pengedaran sumbangan kepada organisasi-organisasi bukan berasaskan keuntungan yang bekerja untuk menyokong usaha bantuan dan pemulihan. Dana tersebut akan digunakan oleh CDP untuk menyediakan subgrant kepada organisasi-organisasi tempatan di lapangan yang membantu komuniti-komuniti terjejas untuk pulih dan bangun semula dari krisis banjir tersebut.
- Kempen derma di kalangan pekerja dalaman untuk Mercy Malaysia telah dilancarkan bagi menggalakkan kakitangan Google untuk menderma dan mempunyai sumbangan mereka dipadankan oleh Google. Setakat ini, Googlers telah menyumbang lebih daripada RM40,000 dalam bentuk sumbangan dan padanan.
"Kami bersimpati dengan mereka yang terjejas oleh banjir yang melanda. Ia amat menggembirakan untuk menyaksikan rakyat Malaysia bersatu untuk membantu antara satu sama lain dan kami juga komited untuk melakukan bahagian kami buat Malaysia menerusi teknologi kami, organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyokong kami, serta padanan kami bagi setiap sumbangan kakitangan," kata Marc Woo, Pengarah Urusan Google Malaysia.