Daripada perlindungan yang berguna kepada alat yang mudah digunakan, kami telah membina keupayaan berikut untuk memberi anda lebih kawalan ke atas keseluruhan pengalaman YouTube anda.
1. Lebih pilihan untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pra-remaja dan remaja
Kami tahu setiap keluarga mempunyai pendekatan yang berbeza apabila menggunakan teknologi, meneroka dalam talian dan menetapkan peraturan asas digital. Jadi, jika anda seorang ibu, bapa atau penjaga, kami menawarkan pelbagai pilihan dan kawalan untuk membantu anda memilih jenis pengalaman YouTube yang terbaik untuk anda.
Jika anda merupakan seorang ibu atau bapa kepada anak-anak kecil, anda boleh memulakan mereka dengan YouTube Kids. Kami membina YouTube Kids untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang lebih selamat untuk kanak-kanak meneroka minat dan rasa ingin tahu mereka, sambil memberikan para ibu bapa alat-alat untuk menyesuaikan pengalaman tersebut.
Kami menumpukan perhatian kepada pemaparan video yang bersesuaian dengan umur dan berkualiti tinggi dalam aplikasi tersebut - anda boleh memilih daripada tiga peringkat kandungan berasaskan umur (Prasekolah, Lebih Muda, Lebih Dewasa) atau memutuskan untuk memilih sendiri video, saluran dan koleksi kandungan yang anda mahu anak anda tontoni.
Kami juga menawarkan pilihan jika anda telah memutuskan anak pra-remaja atau remaja anda sudah bersedia untuk menerokai YouTube dengan sebuah akaun yang diselia. Pengalaman diselia ini membolehkan anda untuk pautkan Akaun Google anak anda kepada akaun anda sebelum memilih dari tiga tetapan kandungan (Teroka, Teroka lagi, Sebahagian besar YouTube) yang secara amnya sejajar dengan penilaian kandungan untuk pra-remaja dan yang lebih dewasa.
Kami melumpuhkan beberapa ciri yang biasanya tersedia di YouTube, seperti ulasan dan sembang langsung, serta kebolehan untuk membuat saluran, memuat naik kandungan dan membuat pembelian.
Peringatan rehat dan waktu tidur dihidupkan secara lalai, dan boleh dilaraskan oleh anak-anak anda sambil mereka belajar untuk mengambil berat tentang tabiat masa skrin yang sihat. Untuk menyokong para keluarga yang meneroka alam semesta video dan muzik kami yang luas di rumah mereka dengan lebih baik, baru-baru ini, kami melebarkan sokongan kami untuk akaun di bawah seliaan kepada YouTube Music, aplikasi YouTube pada TV yang sesuai, dan pembesar suara dan paparan yang didayakan Google Assistant.
2. Peringatan dan pilihan untuk memelihara kesejahteraan digital anda
Ciri-ciri kesejahteraan kami dicipta untuk membantu anda memahami penggunaan YouTube anda dengan lebih baik dan mencipta tabiat yang sihat, seperti mengambil masa untuk tidak berada dalam talian.
Peringatan “Waktu Tidur” atau “Rehat” kami, yang berada dalam Tetapan anda, boleh menggesa anda untuk berhenti menonton video untuk hari itu, sama ada semasa atau selepas memainkan mana-mana video.
Ciri Autoplay kami merupakan sebuah pengalaman “bersandar” yang memastikan video-video terus dimainkan tanpa memerlukan anda untuk memilih video baharu apabila video yang anda sedang tonton tamat. Anda boleh memilih untuk menutup ciri Autoplay pada bila-bila masa menggunakan pilihan togol yang tersedia pada halaman tontonan.
Petua: Ingin tahu berapa banyak kandungan yang telah anda tonton di YouTube? Log masuk ke YouTube, ketik gambar profil anda dan kemudian ketik pada "Masa Tontonan".
3. Lebih kawalan untuk mengurus data anda di YouTube
Cuba ciri Data Anda di YouTube untuk semak imbas, padam atau jeda carian atau sejarah tontonan YouTube anda dengan mudah. Mana-mana video yang telah dipadam dari sejarah anda tidak akan mempengaruhi pengesyoran anda lagi, dan pertanyaan yang telah anda padam tidak akan dipaparkan dalam bar carian anda sebagai cadangan sejarah anda.
Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami mengguna dan menyimpan data anda dengan ciri ini. Aktiviti dalam Sejarah anda adalah peribadi dan digunakan untuk meningkatkan pengalaman anda, seperti mengingatkan anda video yang telah anda tonton dan memberi anda pengesyoran dan hasil carian yang lebih relevan.
Mod Inkognito
Jika anda lebih suka pengalaman tontonan yang lebih peribadi, pertimbangkan untuk menggunakan mod Inkognito pada aplikasi mudah alih atau penyemak imbas Chrome. Mod Inkognito membenarkan anda menyemak imbas secara peribadi dalam satu sesi supaya sejarah carian dan tontonan akaun anda tidak akan dibawa ke sejarah carian dan tontonan akaun yang anda gunakan untuk log masuk.
Tip: Ingin ketahui lebih lanjut mengenai tetapan privasi semasa anda? Ketahui dengan mengambil Pemeriksaan Privasi kami.
4. Cara mudah untuk memeriksa tetapan keselamatan dan kata laluan anda
Alat Pemeriksaan Keselamatan kami menyediakan pengesyoran diperibadikan untuk membantu anda melindungi data dan peranti anda di seluruh Google, termasuk YouTube. Anda boleh hidupkan Pengesahan 2 Langkah, semak kekuatan kata laluan anda dan urus aplikasi pihak ketiga yang mempunyai akses kepada data akaun anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang usaha tanggungjawab kami di YouTube, lawati halaman Bagaimana YouTube Berfungsi kami.