Khamis, 17 Februari 2022

3 Peraturan Untuk Membantu Anda Mengenal Pasti Penipuan

Pada minggu lalu, kami berkongsi enam cara anda boleh mengenal pasti dan mengelakkan penipu dalam talian, serta lima cara Google memastikan anda selamat daripada penipuan. Sambil kami terus bertindak balas kepada peningkatan ketara terhadap penipuan dalam talian sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami berkongsi 3 peraturan untuk membantu anda mengesan dan menggagalkan usaha para penipu tersebut.

3 Peraturan Untuk Membantu Anda Mengenal Pasti Penipuan

  1. Perlahankan diri

Para penipu sering mewujudkan rasa terdesak supaya mereka dapat memintas naluri anda yang lebih baik. Luangkan sedikit masa anda dan tanyakan soalan-soalan untuk mengelakkan diri dari terjerat ke dalam keadaan yang tidak baik. 



Mesej pop-up dan makluman e-mel mengenai teknologi dan peranti boleh kelihatan penting dan mendesak. Tetapi anda harus bertanya diri sendiri terlebih dahulu - jika benar-benar terdapat sesuatu masalah - adakah anda digesa bayar untuk perkhidmatan yang tidak anda perlukan, untuk membaiki masalah yang tidak wujud sebenarnya? Adakah anda diminta berkongsi maklumat yang sensitif untuk memastikan sebuah akaun dalam talian kekal aktif?    


  1. Periksa terdahulu

Selidik untuk menyemak semula butiran yang anda terima. Jika anda menerima panggilan telefon yang tidak dijangka, jangan menjawabnya. Kemudian cari bank, agensi atau organisasi yang kononnya telah memanggil anda dan hubungi secara langsung.



Bagi kes ‘cabutan bertuah’ yang tidak dijangka, semak dalam talian untuk mengetahui sama ada peraduan atau cabutan bertuah tersebut benar-benar wujud. Jika tiada bukti, ia berkemungkinan satu penipuan.



  1. Berhenti! Jangan hantar

Tiada individu atau agensi bereputasi yang akan menuntut pembayaran dengan segera. Sering kali, para penipu akan memberitahu anda untuk membeli kad hadiah - yang sepatutnya diberikan sebagai hadiah, bukan sebagai pembayaran apabila di ancam. 

 


Peraturan yang sama digunakan bagi penipuan cinta. Berhati-hati dengan keadaan mendesak secara tiba-tiba. Walaupun hubungan itu telah dibina secara perlahan dari masa ke masa, permintaan wang oleh penipu boleh berlaku tanpa diduga.




Walaupun dengan adanya peraturan tersebut, para penipu masih boleh mengambil kesempatan ke atas kita, jadi sekiranya anda mendapati bahawa anda telah menjadi mangsa, sila buat laporan polis dengan segera.



Kami berharap garis-garis panduan ini memberi anda cara pantas untuk menghentikan para penipu daripada mengenakan anda dan orang yang anda sayangi.



Semak Scam Spotter untuk lebih banyak petua, dan lakukan kuiz pantas ini untuk menguji kemahiran pengesanan penipuan anda.