Isnin, 27 Jun 2022

Komitmen kami kepada perniagaan kecil di Malaysia dan seluruh rantau Asia Pasifik

Teknologi boleh membantu perniagaan berkembang — tetapi hanya jika mereka yang memimpin dan bekerja untuk perniagaan tersebut mempunyai kemahiran yang betul. Hari ini, pada Hari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), kami mengukuhkan komitmen kami terhadap perniagaan kecil Asia Pasifik — dan mengutamakan pendidikan dan latihan sebagai tunjang usaha kami untuk membantu mereka berjaya dan berkembang.

Sejak 2015, kami telah melatih sebanyak 8.5 juta PMKS di seluruh rantau inii melalui program dan perkongsian Grow with Google kami. Kami telah meningkatkan usaha ini tatkala wabak global melanda, dan kami telah melihat impak bekerja lebih rapat dengan pihak kerajaan dan perniagaan lain untuk merapatkan jurang kemahiran dan mencipta peluang. Di Malaysia, program Mahir Digital Bersama Google kami telah melatih lebih dari 37,000 perniagaan kecil, manakala inisiatif Women Will telah melatih lebih dari 4,000 usahawan wanita di dalam negara. Tetapi kami menyedari bahawa terdapat banyak lagi yang menanti di masa hadapan untuk memastikan bahawa PMKS bersedia untuk perubahan ekonomi dan teknologi jangka panjang.

Dalam setahun akan datang dan seterusnya, kami akan mengukuhkan hubungan kami dengan rakan kongsi kerajaan dan industri untuk terus membantu PMKS mengembangkan kemahiran digital mereka.


(Click on image to watch video)

In Lombok, Indonesia, Ibu Ida attended a Women Will course and took her traditional food business online. After creating a Google Business Profile, her income increased over 60%.


Untuk memastikan peluang mempelajari kemahiran baharu adalah saksama, kami akan terus bekerjasama rapat dengan badan bukan untung di seluruh rantau ini. Sejak 2019, melalui cabang dermawan Google.org kami, kami telah menyumbang lebih $11 juta dalam bentuk geran kepada badan bukan untung. Kami telah membantu Youth Business International menjangkau lebih 180,000 usahawan melalui Program Tindak Balas Pantas dan Pemulihannya dan The Asia Foundation serta rakan kongsinya melatih lebih 225,000 orang melalui inisiatif Go Digital ASEAN, yang disahkan oleh Jawatankuasa Penyelaras ASEAN untuk PMKS. Dalam negara, rakan kongsi tempatan kami Pusat Belia Antarabangsa dan Startup Malaysia juga telah melengkapkan lebih dari 16,700 pencari kerja dan PMKS dengan kemahiran celik digital untuk membantu mereka membuka peluang ekonomi.





Octavia, Rias dan Soleha adalah tiga daripada usahawan Program Tindak Balas Pantas dan Pemulihan YBI yang dibantu di Indonesia




Akhir sekali, kami akan terus memainkan peranan kami untuk memupuk generasi perniagaan seterusnya di Asia, melalui program Google for Startups kami, inisiatif seperti Women Founders Academy dan perkongsian dengan pihak kerajaan seperti program ChangGoo di Korea — yang telah membantu 200 syarikat permulaan dan mencipta lebih 1,100 pekerjaan baharu. Program peningkatan kemahiran kami seperti AirAsia Academy, sebuah perkongsian antara Google dan AirAsia Digital, juga membantu PMKS berkembang secara digital dengan bakat sedia awan.




Seojung Chang, pengasas platform penjagaan kanak-kanak dan pendidikan Korea yang dipanggil Jaranda, mengumpul modal dan mencapai pertumbuhan selepas menghadiri program Google for Startups.




Sama ada usahawan Asia Pasifik sudah mantap atau baru sahaja bermula, kami bersedia membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan dan berkembang maju dalam ekonomi digital. Dan kami tidak sabar untuk meraikan kejayaan mereka.