Pasukan disebalik Android sentiasa berusaha untuk mencipta ciri-ciri baharu untuk membantu anda kekal produktif, berkomunikasi dengan orang tersayang dan menikmati hiburan merentas peranti. Dari perkongsian yang lebih mudah, pengalaman yang direka bentuk semula untuk aplikasi dan jam tangan ke cara baru untuk bersuka-ria, inilah ciri-ciri terbarunya.
Lakukan lebih banyak merentas peranti anda
Nearby Share membolehkan anda berkongsi fail dengan mudah dan selamat dengan telefon dan tablet Android serta Chromebook yang berdekatan, sama ada ia gambar atau video ataupun folder. Dalam beberapa minggu akan datang, anda akan dapat menggunakan Nearby Share untuk memindah fail merentas peranti anda dengan mudah. Hanya pilih peranti Android yang dilog masuk ke akaun Google anda daripada menu perkongsian untuk berkongsi fail dengan cepat antara peranti tersebut. Dan setelah anda memilih pilihan tersebut, pemindahan antara peranti yang anda miliki akan diterima secara automatik — walaupun skrin anda dimatikan.
Pindah fail merentas peranti anda dengan lebih mudah menggunakan Nearby Share.
Baru-baru ini, kami telah memperkenalkan wajah baharu dan mengemas kini aplikasi Google Workspace untuk skrin yang lebih besar. Kami sentiasa berusaha untuk mengoptimumkan aplikasi Google kegemaran anda pada tablet untuk memudahkan anda melakukan berbilang tugas, bermula dengan widget yang direka bentuk semula untuk Google Drive dan Keep.
Dengan widget Google Drive yang dikemas kini, tiga butang skrin utama kini menawarkan akses dengan satu sentuhan kepada fail Google Docs, Google Slides dan Google Sheets. Dan dalam Google Keep, widget dan saiz huruf yang lebih besar memudahkan pengaksesan pengambilan nota, senarai tugasan dan peringatan.
Widget Google Drive dan Keep membantu anda berada di landasan yang betul dari skrin utama tablet anda.
Berhubung 🤝dan luahkan 🤭diri anda dengan sepenuhnya
Berseronok dengan rakan anda menggunakan emoji pemesejan dan ciri Google Meet baharu.
Kadangkala, ia lebih mudah untuk meluahkan diri anda dengan emoji berbanding dengan teks, jadi kami telah menambah ciri baru untuk membantu anda menyatakan apa yang anda maksudkan.
Katakan anda ingin menambahkan penekanan yang betul pada perkara yang anda perkatakan tanpa usaha tambahan untuk memilih emoji satu demi satu.
Gboard kini membenarkan anda menggunakan emoji dalam mesej anda. Hanya taip ayat anda, tekan butang ✨Emojify✨untuk memilih susun atur pilihan anda dan tekan hantar untuk menambahkan 🔥magik 🎩emoji 🌈 yang tepat untuk dikongsikan dengan rakan anda. Ciri ini kini tersedia dalam aplikasi
Gboard Beta dalam bahasa Inggeris, dan akan datang ke semua penaip Inggeris Gboard dalam minggu-minggu yang akan datang.
Guna Gboard untuk luahkan diri anda secara serta-merta dengan emoji dalam satu ketikan.
Atas permintaan ramai, kami telah menambah lebih banyak gabungan
Emoji Kitchen baru, tersedia sebagai pelekat melalui Gboard. Kemas kini bermusim ini menggabungkan emoji kegemaran anda dengan elemen terbaik musim luruh untuk dikongsikan dengan rakan-rakan Hemisfera Utara anda. Sesiapa mahu emoji untuk minuman ‘pumpkin spice’? 🎃☕️
Gabungan Emoji Kitchen baru menambah pelekat-pelekat baru dalam Gboard.
Bersama-sama dengan pemesejan teks, panggilan video merupakan salah satu cara untuk terus berhubung dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Untuk merapatkan hubungan sesama individu, kami telah menambah pengalaman kongsi baharu dalam
Google Meet. Dengan ciri perkongsian langsung, anda boleh menonton video YouTube dan bermain permainan klasik bersama dengan serta-merta (seperti
UNO!™ Mobile,
Kahoot! atau
Heads Up!) dengan sehingga 100 orang rakan dan ahli keluarga pada satu masa. Jadi, walaupun anda berjauhan, anda boleh mengekalkan tradisi seperti malam filem dan permainan. Ciri ini akan dilancarkan ke telefon dan tablet Android.
Tonton dan main bersama-sama dengan serta-merta di Google Meet.
Kadangkala, anda ingin menumpukan perhatian anda kepada orang tertentu dalam sesebuah panggilan kumpulan yang besar — seperti bos anda, penerjemah bahasa isyarat atau kawan baik anda. Kini dalam Google Meet, anda boleh menggunakan penyematan berbilang untuk melaraskan skrin anda dan kekal fokus pada individu terpilih.
Kekal fokus pada individu terpilih dengan penyematan berbilang dalam Google Meet.
Alat kebolehaksesan untuk pemberitahuan bunyi dan penerangan audio
Latih dan labelkan bunyi isi rumah tertentu dengan bunyi tersuai.
Direka bentuk menerusi kerjasama bersama komuniti kurang upaya pendengaran,
Pemberitahuan Bunyi dalam aplikasi
Live Transcribe & Notifications boleh mengesan bunyi isi rumah yang kritikal seperti penggera kebakaran, pengaliran air dan ketukan pintu serta memaklumkan anda pada telefon atau jam tangan anda apabila ia berlaku. Ciri ini memberi anda makluman tentang bunyi-bunyi tersebut melalui pemberitahuan pada telefon dan jam tangan anda, getaran pada peranti anda atau memancarkan lampu pada telefon anda, yang berguna untuk anda apabila anda mengalami kehilangan pendengaran atau menggunakan fon kepala.
Kini, dengan bunyi tersuai, anda boleh menambahkan bunyi yang dirakam daripada loceng pintu atau perkakas anda ke pustaka amaran anda. Rakam sahaja dan telefon atau jam tangan anda akan memaklumkan anda apabila ia berbunyi pada waktu seterusnya.
Terima makluman untuk bunyi isi rumah tersuai pada telefon dan jam tangan anda.
Untuk membuat rancangan TV dan filem lebih mudah diakses oleh mereka yang kurang upaya penglihatan, Penerangan Audio pada Google TV akan ceritakan maklumat visual secara langsung semasa ia berlaku supaya anda tidak terlepas daripada jalan cerita yang penting itu. Kini anda boleh mencari pustaka filem yang dipilih susun dengan penerangan audio di Google TV — hanya tekan butang Google Assistant dan sebut, "Cari filem penerangan audio" untuk mula meneroka.
Temui dan cari audio yang menerangkan filem di Google TV.
Jadikan jam tangan Wear OS anda lebih peribadi untuk anda
Jubin dalam Wear OS membolehkan anda memilih maklumat penting yang anda perlukan sepanjang hari anda, hanya dengan satu leretan. Dengan jubin Keep baharu, imlak nota atau senarai semak dengan pantas terus dari pergelangan tangan anda dan uruskan nota tersebut merentas peranti, tanpa perlu mengeluarkan telefon atau tablet anda.
Buat nota baharu dan tandakan senarai dengan jubin Keep baharu untuk Wear OS.
Bitmoji akan datang ke muka jam Wear OS anda untuk meningkatkan mood anda sepanjang hari. Selepas anda mereka bentuk avatar peribadi anda sendiri pada Snapchat, Bitmoji.com atau
aplikasi mudah alih Bitmoji dan
memasang muka jam Bitmoji, anda kini boleh menghantar Bitmoji peribadi anda ke jam tangan anda, di mana ia akan menukar ekspresi bergantung pada masa dan cuaca hari tersebut serta aktiviti fizikal anda. Aplikasi muka jam tangan baharu ini akan mula dilancarkan hari ini.
Lihat rakan Bitmoji anda pada muka jam Wear OS anda.
Kami berharap ciri-ciri tersebut dapat membantu anda berhubung, berkongsi dan menyokong mereka dalam hidup anda dengan lebih baik. Lawati
android.com/updates untuk mengetahui tentang ciri-ciri tersebut dengan lebih lanjut dan banyak lagi.