By Farhan S. Qureshi, Country Director, Google Malaysia
Today marks a significant milestone in Google's commitment to Malaysia's digital transformation. Underscoring our commitment toward strengthening Malaysia’s digital competitiveness in collaboration with the Government of Malaysia, we are thrilled to announce a new US$2 billion investment in the country, including the development of our first Google data center and Google Cloud region in Sime Darby Property's Elmina Business Park and furthering our commitment in helping upskilling Malaysians with the knowledge needed in this digital world - AI. This investment is not just about infrastructure; it's about unlocking new possibilities for businesses, educators, and every Malaysian.
Digital Infrastructure Investments to Empower Users and Businesses in Malaysia and Beyond
The Google data center will power our popular services like Search, Maps, and Workspace, which are used by billions worldwide, including Malaysians. More importantly, it will pave the way for delivering the transformative power of AI to users and customers across the country. The Google Cloud region will offer high-performance, low-latency cloud services to enterprises, startups, and public sector organizations, alongside key controls that allow them to maintain the highest security and compliance standards, including specific data storage requirements.
This investment underscores our strong partnership with the Malaysian government, aligning with the nation's "Cloud First Policy." As Ruth Porat, our President and Chief Investment Officer; Chief Financial Officer of Alphabet and Google, said:
“Google’s first data center and Google Cloud region is our largest planned investment so far in Malaysia – a place Google has been proud to call home for 13 years. This investment builds on our partnership with the Government of Malaysia to advance its ‘Cloud First Policy,’ including best-in-class cybersecurity standards. With today’s announcement, Malaysia and Google are partnering to advance our shared work to create a supportive ecosystem for innovation and unlock the potential of digital transformation.”
|
Aerial View - Site for Google's first data center and Google Cloud region in Malaysia, at Elmina Business Park in Greater Kuala Lumpur
|
|
Artist impression of Google's first data center and Google Cloud region in Malaysia, at Elmina Business Park in Greater Kuala Lumpur
|
|
Investing in programs to foster Al literacy
As AI continues to transform various industries, it is crucial for educators to be equipped with the relevant knowledge and tools to prepare students for the future. In alignment with the
Ministry of Education’s (MOE) National Digital Education Policy, Google has launched two programs to foster AI literacy for both students and educators. These programs expand Google’s
ongoing commitment toward making digital skills more accessible to Malaysians.
1. Gemini Academy: Designed to help educators safely and responsibly use generative AI tools, such as Gemini, to boost productivity, the Gemini Academy has benefitted more than 600 educators in Malaysia since the launch of its pilot phase in November 2023. MOE is now formally expanding the program to more educational institutions, with the goal of benefiting 15,000 educators by the end of 2024.
2. Experience AI: Launched last month in Malaysia by Google DeepMind, Raspberry Pi Foundation, and the Penang Science Cluster, Experience AI is designed to increase educators’ knowledge and confidence in delivering lessons about AI to students aged 11 to 14, by providing them with in-person training and equipping them with interactive lesson materials and tutorials. The program has an initial goal of training 1,000 educators in order to reach 10,000 students across Malaysia.
Supporting economic growth and a vibrant technology ecosystem
In November 2023, the Government of Malaysia and Google entered into a
strategic collaboration to create inclusive growth opportunities for more Malaysians and homegrown companies using Al and cloud technologies. The investments and programs announced today further advance Google’s work in Malaysia. They are estimated to support more than US$3.2 billion in contributions to Malaysia’s GDP and 26,500 jobs by 2030, according to a Google-commissioned impact report by AlphaBeta (part of Access Partnership). Google is proud to support the country’s continued digital transformation of its economy, in line with the
MADANI Economy Framework and the
New Industrial Master Plan 2030 (NIMP 2030).
Looking Ahead
We are incredibly excited about the future of Malaysia and the role Google can play in accelerating its digital journey. Together, we can build a more innovative, inclusive, and prosperous Malaysia.
Memajukan Malaysia Bersama: Pelaburan Google berjumlah AS$2 Bilion untuk Memperkasakan Masa Depan Digital Malaysia
Oleh Farhan S. Qureshi, Pengarah Negara, Google Malaysia
Hari ini menandakan satu peristiwa penting dalam komitmen Google terhadap transformasi digital Malaysia. Menggariskan
komitmen kami ke arah mengukuhkan daya saing digital Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Malaysia, kami sangat teruja untuk mengumumkan pelaburan baharu AS$2 bilion di negara ini, termasuk pembangunan pusat data Google pertama kami dan rantau Google Cloud dalam Elmina Business Park oleh Sime Darby Property, dan meneruskan komitmen kami dalam membantu meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dengan pengetahuan yang diperlukan dalam dunia digital ini - AI. Pelaburan ini bukan hanya mengenai infrastruktur; ia adalah mengenai kemungkinan baharu untuk perniagaan, pendidik dan setiap rakyat Malaysia.
Pelaburan Infrastruktur Digital untuk Memperkasakan Pengguna dan Perniagaan di Malaysia dan Selanjutnya
Pusat data Google tersebut akan memperkasakan perkhidmatan popular kami seperti Search, Maps dan Workspace, yang digunakan oleh berbilion-bilion di seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia. Lebih penting lagi, ia akan membuka jalan untuk menyampaikan kuasa transformatif AI kepada pengguna dan pelanggan di seluruh negara. Rantau Google Cloud akan menawarkan perkhidmatan awan berprestasi tinggi, kependaman rendah kepada perusahaan, syarikat permulaan dan organisasi sektor awam, di samping kawalan utama yang membolehkan mereka mengekalkan piawaian keselamatan dan pematuhan tertinggi, termasuk keperluan penyimpanan data yang khusus.
Pelaburan ini menekankan perkongsian kukuh kami dengan kerajaan Malaysia, sejajar dengan "Dasar Awan Pertama" negara. Seperti yang diperkatakan Ruth Porat, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan kami; serta Ketua Pegawai Kewangan Alphabet dan Google:
“Pusat data pertama Google dan rantau Google Cloud ialah pelaburan terancang terbesar kami setakat ini di Malaysia – sebuah lokasi dimana Google telah bertapak sejak 13 tahun yang lalu. Pelaburan ini dibina atas perkongsian kami dengan Kerajaan Malaysia untuk memajukan dasar ‘Cloud First,’ termasuk piawaian keselamatan siber terbaik dalam kelasnya. Dengan pengumuman hari ini, Malaysia dan Google bekerjasama untuk memajukan kerja bersama kami untuk mencipta ekosistem yang menyokong inovasi dan membuka potensi transformasi digital.”
|
Pandangan Udara - Tapak untuk pusat data pertama Google dan rantau Google Cloud di Malaysia, di Elmina Business Park di Greater Kuala Lumpur
| Tanggapan artis pusat data pertama Google dan rantau Google Cloud di Malaysia, di Elmina Business Park di Greater Kuala Lumpur |
|
Melabur dalam program untuk memupuk celik Al
Memandangkan AI terus mengubah pelbagai industri, adalah penting bagi para pendidik untuk dilengkapi dengan pengetahuan dan alatan yang relevan untuk menyediakan para pelajar untuk masa depan. Selaras dengan Dasar Pendidikan Digital
Kementerian Pendidikan (KPM), Google telah melancarkan dua program untuk memupuk celik AI di kalangan pelajar dan pendidik. Program-program ini memperluaskan
komitmen berterusan Google ke arah menjadikan kemahiran digital lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.
1. Gemini Academy: Direka bentuk untuk membantu para pendidik menggunakan alat AI generatif, seperti Gemini, dengan selamat dan bertanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti, Gemini Academy telah memanfaatkan lebih 600 pendidik di Malaysia sejak pelancaran fasa perintisnya pada November 2023. KPM kini secara rasmi mengembangkan program tersebut kepada lebih banyak institusi pendidikan, dengan matlamat untuk memberi manfaat kepada 15,000 pendidik menjelang akhir 2024.
2. Experience AI: Dilancarkan bulan lepas di Malaysia oleh Google DeepMind, Raspberry Pi Foundation, dan Penang Science Cluster, Experience AI direka untuk meningkatkan pengetahuan dan keyakinan pendidik dalam menyampaikan pelajaran tentang AI kepada pelajar berumur 11 hingga 14 tahun, dengan menyediakan mereka dengan latihan bersemuka dan melengkapkan mereka dengan bahan pelajaran dan tutorial interaktif. Program ini mempunyai matlamat awal untuk melatih 1,000 pendidik bagi mencapai 10,000 pelajar di seluruh Malaysia.
Menyokong pertumbuhan ekonomi dan ekosistem teknologi yang bertenaga
Pada November 2023, Kerajaan Malaysia dan Google memeterai
kerjasama strategik untuk mewujudkan peluang pertumbuhan inklusif untuk lebih ramai rakyat Malaysia dan syarikat tempatan yang menggunakan teknologi Al dan awan. Pelaburan dan program yang diumumkan hari ini memajukan lagi kerja Google di Malaysia. Ia dianggarkan akan menyokong lebih AS$3.2 bilion dalam sumbangan kepada KDNK Malaysia dan 26,500 pekerjaan menjelang 2030, menurut laporan impak yang ditauliahkan Google oleh AlphaBeta (sebahagian daripada Access Partnership). Google berbangga untuk menyokong transformasi digital ekonomi negara yang berterusan, selaras dengan
Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Memandang ke Hadapan
Kami amat teruja dengan masa depan Malaysia dan peranan yang boleh dimainkan oleh Google dalam mempercepatkan perjalanan digitalnya. Bersama-sama, kita boleh membina Malaysia yang lebih inovatif, inklusif dan makmur.