Untuk memanfaatkan sepenuhnya Ramadan tahun ini, kami telah mengumpulkan beberapa petua berguna merentasi Google dan YouTube untuk menjadi teman anda sepanjang bulan.
1. Search
Semua yang kita lakukan bermula dengan pencarian maklumat, dan ia tiada bezanya ketika menyambut Ramadan - daripada rasa ingin tahu tentang bila mula dan tamatnya puasa, dan cara menyediakan hidangan Ramadan, hinggalah ke waktu buka restoran dan tempat-tempat lain sepanjang Ramadan. Hanya taip "Ramadan" di Google dan anda akan temui maklumat yang bersesuaian dengan anda — segala-galanya daripada petua, ucapan dan waktu solat kepada resipi-resipi yang paling popular — semuanya daripada hasil carian anda.
2. Maps
Dengan semakin rancaknya bulan ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk mengunjungi bazar Ramadan untuk menikmati pelbagai juadah lazat yang ditawarkan untuk berbuka puasa, sehinggakan ia menjadi kebiasaan untuk orang ramai mengunjungi pekan dan bandar berdekatan. Apabila anda mendapati diri anda di kawasan baharu, cari restoran, bazar dan masjid terdekat berhampiran anda menggunakan Google Maps, atau gunakan tab Teroka untuk menemui titik panas baharu.
3. Mencari Kiblat
Ketika anda berada di jalan raya, anda mungkin akan berhenti seketika untuk bersembahyang ketika dalam perjalanan hanya untuk mendapati diri anda bertanyakan soalan, "Manakah arah kiblat?". Untuk itu, kami mencadangkan agar anda menggunakan Qibla Finder kami, sebuah apl web yang menggunakan realiti tambahan untuk menunjukkan arah kiblat kepada anda di mana sahaja anda berada di dalam dunia. Qibla Finder berfungsi menggunakan kompas peranti anda jadi pastikan arahnya setepat mungkin dan tentukur kompas anda sebelum menggunakannya.
4. Assistant
Pulang ke rumah selepas kerja untuk tiba tepat pada waktunya menjelang waktu berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain boleh menjadi cabaran tersendiri. Gunakan Assistant secara bebas tangan semasa memandu untuk mendapatkan jawapan masa nyata termasuk maklumat terkini tentang cuaca dan trafik, jadi anda akan tahu dengan tepat berapa lama tempoh pemanduan anda. Anda juga boleh bertanyakan soalan seperti "tunjukkan saya waktu solat", "tunjukkan saya arah kiblat" atau "waktu maghrib", selain mengurus tugasan seperti menetapkan peringatan untuk jemputan berbuka puasa anda dan menghidupkan fungsi penjimat bateri apabila anda berada di jalan raya.
5. Profil Perniagaan
Ini adalah masa yang sesuai untuk para pemilik perniagaan meningkatkan kehadiran dalam talian anda, terutamanya dengan orang ramai yang kini mencari segala-galanya dalam talian secara meluas. Dengan memanfaatkan Profil Perniagaan percuma kami di Google Search dan Google Maps, para pemilik perniagaan boleh memastikan segalanya tersedia untuk memenuhi kehendak pelanggan sepanjang bulan dengan memaklumkan pelanggan tentang waktu buka khas, atau mempromosikan tawaran atau menu istimewa. Selain memastikan butiran perniagaan anda dikemas kini, pastikan anda menghidupkan pemesejan agar pelanggan boleh menghubungi anda dengan mudah, dan bantu mereka merancang pembelian dengan menyenaraikan atribut perniagaan dan langkah keselamatan seperti “Pelitup muka adalah wajib”.
6. YouTube
Setelah anda telah membeli makanan dan minuman dari bazar, anda perlu sesuatu untuk dilakukan sambil menunggu waktu berbuka puasa. Mengapa tidak menikmati beberapa video di YouTube? Dengan melakukan carian untuk #ramadan dari halaman YouTube anda, anda boleh mendapatkan resipi, tutorial memasak, idea hidangan untuk sahur dan berbuka puasa, pelan diet, mendengar senarai main Ramadan atau mendapat inspirasi daripada ceramah ulama Islam terkenal seperti Mufti Ismail Menk.
7. Google Play
Selain YouTube, anda juga boleh menikmati pelbagai kandungan menarik dan istimewa di Play Store, seperti aplikasi dan permainan yang boleh menjadikan puasa lebih menyeronokkan. Pada bulan ini, halaman utama Play Store akan memaparkan kepada anda apl yang paling relevan dan popular untuk membantu dan membimbing anda sepanjang Ramadan, seperti pilihan penggera untuk sahur dan apl untuk reka bentuk kad ucapan Ramadan untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Nantikan juga tawaran Ramadan pada apl tertentu.
Walau bagaimanapun anda menyesuaikan diri dengan Ramadan kali ini, produk-produk kami akan menyesuaikan diri dengan anda. Dengan alatan tersebut, kami berharap untuk membantu anda menjaga perkara-perkara yang kecil, agar anda boleh memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang penting. Selamat menyambut bulan Ramadan!