Kuala Lumpur, December 8, 2025 - As Malaysians wrap up another year of rapid change, cultural shifts and digital transformation, Google’s Year in Search 2025 provides a unique lens into what mattered most to the nation. From government initiatives that directly impacted households, to AI tools that became everyday essentials, to dramas, personalities and blockbusters that sparked nationwide conversations, this year’s trending searches reflect the heartbeat of Malaysia in 2025.
Turning to Search to Navigate Living Costs and Welfare
In 2025, Malaysians turned to Google to navigate rising living costs, new government rollouts and updated welfare programmes, alongside staying informed about emerging technologies that could improve their daily lives.
Rahmah Cash Contribution (#2 Searches, #1 News) remained a topic of interest, as a key form of financial assistance for many Malaysian households. Welfare and social assistance program like MyKasih (#3 Searches, #2 News) and targeted fuel subsidy scheme such as Budi95 (#6 Searches, #3 News) also saw significant spikes, as families sought clarity around eligibility, disbursement schedules and application steps. Meanwhile, E-Pembelajaran Sektor Awam (Public Sector E-Learning) (#7 Searches) and mySalam (#10 Searches) continued to draw strong interest, especially for civil servants seeking upskilling opportunities and B40 households looking for dependable health coverage information respectively.
The year’s biggest local news moments, ranging from the Putra Heights pipeline explosion (#8 News) to the Southern Selangor floods (#9 News), dominated national attention as Malaysians increasingly relied on Search for real-time updates, road closures and safety information.
AI Takes Centre Stage in Everyday Malaysian Life
Google’s AI assistant, Gemini, (#1 Searches) topped the overall trending list, reflecting Malaysians’ growing reliance on AI for work, learning and decision-making. Users were also getting creative with tools like Pixverse AI (#6) to create hyper-realistic visual content, short-form videos and animation for work, studies and social media.
In fact, Malaysians are among the most active AI users in ASEAN, with three in four Malaysian digital consumers interacting with Generative AI tools daily. This surge in AI interest signifies Malaysia’s wider push towards digitalization — from students using chatbots for schoolwork, to SMEs adopting AI for marketing and customer support, to creators using AI for content production.
Movies and Dramas that Captivated the Nation
Malaysians once again proved their deep connection to both Hollywood and Asian cinema, with Blood Brothers (#1 Movies), Superman (#2) and Thunderbolts (#3) dominating the charts as passionate fan communities fuelled waves of anticipation and online conversations. People of all ages were dancing along to the tracks of KPop Demon Hunters (#7), while younger audiences fuelled the popularity of A Minecraft Movie (#9), and beloved franchises like Jurassic World Rebirth (#10) and Mission: Impossible - The Final Reckoning (#6) resurfaced as major crowd-pullers.
Closer to home, dramas such as Keluarga Itu (#7 Drama) and Dia Bukan Syurga (#10 Drama) reflected Malaysians’ enduring appetite for relatable family themes, local humour and emotional storytelling.
On the drama front, global hits like Squid Game (#1 Drama) kept Malaysian audiences at the edge of their seats and Emerald Hill (翠山小娘惹, #3 Drama), brought them through a journey of cultural nostalgia.
Personalities Who Captivated Malaysians in 2025
Malaysians’ search behaviour this year demonstrated a vibrant mix of entertainment, global issues and cultural moments, with personalities ranging from international figures to regional and homegrown talents. Locally, Amira thman (#1 People) saw a surge in attention driven by her new music release and renewed focus on her personal life.
Globally, climate advocate Greta Thunberg (#7 People) drew heightened searches as Malaysians followed updates surrounding her recent situation, while regional favourite Luna Maya (#8 People), one of Indonesia’s most recognisable entertainment figures, attracted increased interest as news of her marriage became a major talking point. Beyond personalities, nostalgia rose as fans revisited iconic acts like My Chemical Romance (#9 People) following the announcement of their Kuala Lumpur concert and the addition of a second show.
Ben King, Managing Director, Google Malaysia & Singapore said, “Year in Search truly takes the pulse of Malaysia – from national milestones to seeking the best entertainment and trending personalities. We are also seeing a shift in the way people search. They are now seeking not just answers, but deeper context and quicker insights. By introducing features like AI Mode, we are reimagining what Search can do to help Malaysians navigate their world faster and stay helpful across moments big and small.”
For a look at the full list, visit the website HERE.
In addition to highlighting what Malaysians were most curious about this year, Google Search also sheds light on the topics that captured global attention in 2025. Visit the global trends site to explore more Year in Search stories and discover the top trending charts from Malaysia and countries around the world.
Kuala Lumpur, 8 Disember, 2025 - Di kala rakyat Malaysia menutup tirai satu lagi tahun penuh perubahan pesat, peralihan budaya dan transformasi digital, Year in Search 2025 daripada Google menawarkan perspektif unik tentang perkara yang paling memberi kesan kepada negara. Daripada inisiatif kerajaan yang memberi impak langsung kepada isi rumah, kepada alat AI yang menjadi keperluan harian, sehinggalah drama, personaliti dan filem pecah panggung yang mencetuskan perbualan seluruh negara. Carian tular tahun ini mencerminkan nadi Malaysia pada 2025.
Beralih kepada Search untuk Menavigasi Kos Sara Hidup dan Kebajikan
Pada tahun 2025, rakyat Malaysia menggunakan Google untuk menelusuri kos sara hidup yang meningkat, inisiatif terbaru dari kerajaan dan program kebajikan terkini, di samping kekal termaklum mengenai perkembangan teknologi yang mampu meningkatkan kehidupan seharian mereka.
Sumbangan Tunai Rahmah (#2 Carian, #1 Berita) kekal sebagai topik bualan, sebagai salah satu bentuk bantuan kewangan untuk kebanyakan isi rumah. Program bantuan kebajikan dan sosial seperti MyKasih (#3 Carian, #2 Berita) dan skim subsidi petrol bersasar seperti Budi95 (#6 Carian, #3 Berita) juga melihat peningkatan yang ketara, tatkala keluarga mencari kepastian tentang kelayakan, jadual edaran dan langkah-langkah untuk memohon. Di sambil itu, E-Pembelajaran Sektor Awam (#7 Carian) dan mySalam (#10 Searches) terus mendapat perhatian yang tinggi, terutama dalam kalangan penjawat awam yang mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran dan isi rumah B40 yang mencari maklumat mengenai pelindungan kesihatan yang boleh dipercayai.
Berita tergempar tempatan tahun ini, dari insiden letupan saluran gas Putra Heights (#8 Berita) hingga ke banjir selatan Selangor (#9 Berita), mendominasi tumpuan nasional di kala rakyat Malaysia terus bergantung kepada Search untuk kemas-kini langsung, penutupan jalan dan maklumat keselamatan.
AI Menjadi Sebahagian Kehidupan Seharian Rakyat Malaysia
Assistant kecerdasan buatan (AI) Google, Gemini, (#1 Carian) mengungguli carta trending keseluruhan - mencerminkan peningkatan kebergantungan rakyat Malaysia terhadap AI untuk kerja, pembelajaran dan membuat keputusan. Pengguna juga semakin kreatif dengan alatan seperti Pixverse AI (#6) untuk mencipta kandungan visual hiper-realistik, video pendek dan animasi untuk kerja, pembelajaran dan media sosial.
Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna AI yang paling aktif di rantau ASEAN, dengan tiga daripada empat pengguna digital di Malaysia berinteraksi dengan alat AI Generatif (Generative AI) setiap hari. Peningkatan minat yang ketara terhadap AI ini mencerminkan usaha Malaysia ke arah digitalisasi yang lebih meluas - dari pelajar menggunakan chatbot untuk kerja sekolah, hingga PKS menggunakan AI untuk pemasaran dan khidmat pelanggan, hingga pencipta kandungan menggunakan AI untuk menghasilkan kandungan mereka.
Filem dan Drama yang Menarik Minat Rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan hubungan mendalam terhadap filem Hollywood dan Asia, dengan Blood Brothers (#1 Filem), Superman (#2) and Thunderbolts (#3) mendominasi carta di kala peminat tegar mencetuskan gelombang keterujaan dan perbualan dalam talian. Rakyat Malaysia dari semua peringkat umur turut menari mengikut lagu-lagu KPop Demon Hunters (#7), sementara penonton yang lebih muda meningkatkan populariti A Minecraft Movie (#9), dan francais kegemaran seperti Jurassic World Rebirth (#10) dan Mission: Impossible - The Final Reckoning (#6) muncul semula sebagai penarik utama penonton.
Drama tempatan seperti Keluarga Itu (#7 Drama) and Dia Bukan Syurga (#10 Drama) mencerminkan citarasa rakyat Malaysia untuk tema kekeluargaan yang mereka boleh kaitkan, jenaka tempatan dan penceritaan yang beremosi.
Di samping itu, drama global seperti Squid Game (#1 Drama) terus memastikan rakyat Malaysia berada di hujung kerusi mereka dan Emerald Hill (翠山小娘惹, #3 Drama), membawa mereka mengharungi perjalanan penuh budaya dan nostalgia.
Personaliti yang Mencuri Tumpuan Rakyat Malaysia pada Tahun 2025
Corak carian rakyat Malaysia tahun ini menunjukkan campuran antara hiburan, isu global dan momen budaya, dengan personaliti yang merangkumi tokoh antarabangsa, serantau dan bakat tempatan. Di Malaysia, Amira Othman (#1 People) memperlihatkan peningkatan minat yang ketara susulan keluaran muzik baharu dan perhatian yang kembali tertumpu kepada kehidupan peribadinya.
Di peringkat global, advokat iklim, Greta Thunberg (#7 People) mendorong peningkatan carian di kala rakyat Malaysia mengikuti perkembangan mengenai keadaan terkininya, sementara bintang serantau, Luna Maya (#8 People), figura hiburan Indonesia yang paling dikenali, menarik minat di kala berita mengenai perkahwinannya menjadi tumpuan. Di sebalik personaliti, nostalgia mengimbau di kala para peminat kembali mengikuti artis seperti My Chemical Romance (#9 People) selepas pengumuman konsert mereka di Kuala Lumpur dan penambahan hari kedua.
Ben King, Pengarah Urusan Google Malaysia & Singapura, berkata, “Year in Search benar-benar mengambil denyut nadi Malaysia - dari pencapaian nasional hingga mencari hiburan terbaik dan personaliti yang tular. Kami juga sedang melihat perubahan dalam cara rakyat melakukan carian. Mereka sekarang bukan sahaja mencari jawapan, tetapi konteks yang lebih mendalam dan pemahaman yang pantas. Dengan memperkenalkan ciri-ciri seperti AI Mode, kami membayangkan semula apa yang boleh dilakukan oleh Search untuk membantu rakyat Malaysia menavigasi dunia mereka dengan lebih pantas dan kekal membantu dalam setiap detik, besar mahupun kecil.”
Untuk senarai penuh, layari laman web di SINI.
Selain mengetengahkan perkara yang paling ingin diketahui oleh rakyat Malaysia pada tahun ini, Google Search juga menjelaskan topik yang menarik perhatian global pada tahun 2025. Layari laman web trends untuk meneroka lebih banyak kisah Carian Tahunan dan temui carta trending teratas dari Malaysia dan negara-negara di seluruh dunia.
吉隆坡,2025年12月8日——随着马来西亚人度过了充满变革、文化变迁与数字化转型的一年,Google 2025年度搜寻排行榜(Year in Search 2025)透过独特的视角,揭示了这一年里国人最关心的事物。从直接影响家庭生计的政府援助计划,到成为日常生活必备的 AI 工具,再到引发全国热议的电视剧、人物和电影大片,今年的搜寻趋势反映了马来西亚在2025年的社会脉动。
透过搜寻应对生活成本与福利政策
在2025年,马来西亚人通过 Google 积极寻找应对生活成本上涨的方案,了解政府新推出的政策与更新后的福利计划,同时也密切关注能改善日常生活的各类新兴科技。
慈悯援助金(Rahmah Cash Contribution,#2 总热搜榜,#1 新闻榜)作为许多马来西亚家庭的重要经济支柱,依然备受关注。MyKasih(#3 总热搜榜,#2 新闻榜)福利计划,以及针对性的汽油补贴计划 Budi95(#6 总热搜榜,#3 新闻榜)也出现了搜寻量激增。民众主要查询资格标准、发放时间表以及申请步骤 。公共部门电子学习平台(EPSA,#7 总热搜榜)和 mySalam(#10 热搜榜)持续吸引高度关注,反映了公务员寻求技能提升机会,以及B40群体对可靠健康保障资讯的需求。
本地突发新闻,如 布特拉高原 (Putra Heights) 天然气管道爆炸(#8 新闻榜)和 雪兰莪南部水灾(#9 新闻榜),也牵动着全国人民的心。马来西亚人越来越依赖搜寻功能来获取实时更新、封路消息及安全资讯。
AI 成为马来西亚人日常生活的重心
Google 的 AI 助手 Gemini(#1 热搜榜) 荣登2025年总搜寻排行榜榜首,反映了马来西亚人日益依靠AI 来辅助工作、学习和决策。此外,用户也发挥创意,利用 Pixverse AI(#6 AI 榜)制作超逼真的视觉内容、短视频和动画,用于工作、学习及社交媒体分享。
(Chatbots)辅助课业,到中小企业进行营销和客户服务,再到创作者进行内容生产,AI 已无处不在。
风靡全国的影视娱乐
马来西亚人再次证明了他们对好莱坞大片和亚洲电影的深厚喜爱——《Blood Brothers》(#1 电影榜)、《Superman》(#2)和《Thunderbolts》(#3)霸占榜单,热情的粉丝社群在网上掀起了巨大的讨论热潮。韩国电影《KPop Demon Hunters》(#7)让各年龄层观众随之起舞;年轻观众则热捧《A Minecraft Movie》(#9);而经典系列如《Jurassic World Rebirth》(#10)和《Mission: Impossible - The Final Reckoning》(#6)也再次成为票房吸金石。
本地剧集如《Keluarga Itu》(#7 电视剧榜)和《Dia Bukan Syurga》(#10)反映了国人对贴近生活的家庭题材、本土幽默和感性叙事的喜爱。
此外,国际热门剧集《鱿鱼游戏(Squid Game)》(#1)让观众紧张不已,而《小娘惹之翡翠山(Emerald Hill)》(#3)则带领观众踏上了一趟充满文化情怀的怀旧之旅。
2025年备受瞩目的风云人物
今年的搜寻行为展现了娱乐、全球议题与文化时刻的多元交融,上榜人物涵盖了国际名人、区域红星及本地人才。本地艺人 Amira Othman(#1 人物榜)因发布新歌及个人生活话题,搜寻热度飙升Di Malaysia。
环保倡议者 格蕾塔·通贝里 Greta Thunberg(#7 人物榜)因其近期动向引发国人关注;而印尼著名艺人 Luna Maya(#8 人物榜)则因结婚喜讯成为热议话题。经典乐团 My Chemical Romance(#9 人物榜)宣布吉隆坡演唱会并加场后,引发了粉丝的集体怀旧与搜寻热潮。
Google 马来西亚与新加坡董事总经理 Ben King 表示:“年度搜寻排行榜(Year in Search)真实地为马来西亚‘把脉’——从国家大事到追求最佳娱乐体验,再到关注当红人物。我们也观察到人们搜寻方式的转变:他们不再仅仅寻找答案,而是寻求更深层的脉络和更快速的洞察。通过引入 AI Mode 等新功能,我们正在重塑搜寻体验,帮助马来西亚人更快速地探索世界,并在生活中的大小时刻提供协助。”
欲查看完整榜单,请访问官方网站。
除了揭晓马来西亚人今年最关注的焦点,Google Search 也让大家一窥 2025 年吸引全球目光的热门话题。欢迎浏览全球网站探索更多“年度搜寻”的故事,并查看来自马来西亚及世界各地的热门搜寻排行榜。