Awal tahun ini, kami mengumumkan Google News Initiative (GNI) Innovation Challenge Asia Pasifik yang ketiga kami— sebuah program yang menyokong projek inovatif yang membantu mewujudkan ekosistem berita yang lebih mampan dan pelbagai.
Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa 19 organisasi dari 10 negara di rantau ini telah dipilih untuk membawa idea mereka ke hadapan dengan sokongan daripada GNI.
Projek-projek tersebut mempamerkan penyelesaian kreatif kepada cabaran umum para penerbit seperti memikirkan semula model hasil pengiklanan, melibatkan diri dengan lebih pelbagai khalayak, memastikan perwakilan merentas komuniti yang kurang diwakili dan mengenal pasti maklumat salah dalam talian.
Berikut adalah beberapa projek yang dipilih.
Kebanyakan daripada organisasi-organisasi yang terpilih menekankan kepentingan memberi platform kepada suara tempatan. Kīnga Voxpop dari New Zealand menawarkan penyelesaian penglibatan yang diterajui suara untuk rancangan radio, podcast, media cetak dan digital. Mereka bekerjasama dengan saluran berita tempatan The Westport News, sebuah akhbar komuniti di South Island, New Zealand, untuk membantu mereka mengembangkan jangkauan mereka.
“Kami sangat teruja untuk mengusahakan model yang mampu milik dan menguntungkan untuk mempelbagaikan pelanggan kami daripada surat khabar kepada digital, dengan berita untuk didengar dan dibaca,” kata Peter Fowler, pengasas bersama Kīnga Voxpop Limited. "Kami mahu membantu kewartawanan bandar kecil bukan sahaja bertahan, tetapi berkembang maju."
Satu contoh lain adalah KEEP oleh Malaysiakini dari Malaysia, yang membolehkan para pelanggan, pembaca dan mana-mana pengguna berdaftar mereka untuk berhubung bersama ADUN tempatan, ahli Parlimen, majlis tempatan atau pihak berkuasa, bagi mendapatkan berita atau perkembangan terkini di mana-mana konstituensi.
Ciri hiperlokal KEEP membolehkan para pengguna menyiarkan pandangan mereka dan mencadangkan idea tentang sebarang perkara yang mempengaruhi kehidupan seharian mereka, dengan setiap siaran dipantau untuk memastikan kesahihannya dan dijejaki popularitinya untuk ditangani oleh wakil yang berkaitan.
Industri berita yang saban hari berkembang maju di Asia Pasifik kini menjadi lebih penting, dan kami teruja untuk melihat para penerima kami membangunkan projek-projek inovatif mereka sehingga membuahkan hasil. Maklumat lanjut tentang semua projek yang dipilih boleh didapati di laman web kami.