Rabu, 18 Januari 2023

Meraikan Tahun Arnab dengan Google

Tahun Baru Cina, yang turut dikenali sebagai Pesta Musim Bunga, merupakan masa untuk menghormati nenek moyang dan menantikan kemakmuran pada tahun yang akan datang. Mengikut kalendar Lunar, 2023 menandakan permulaan Tahun Arnab. Arnab dikenali sebagai haiwan yang paling bertuah di antara semua dua belas haiwan zodiak, melambangkan belas kasihan, keanggunan, dan kecantikan.


Google Trends menunjukkan terdapat banyak cara yang ada untuk meraikan musim perayaan ini. Hong Kong dan Taiwan adalah antara negara teratas yang paling banyak mencari “angpau”, manakala tradisi yang paling dicari di Malaysia ialah pesta tanglung, tarian singa dan tarian naga.


Berhenti seketika sebelum perayaan bermula, dengan empat petua untuk membantu anda membuat perancangan dan menyelesaikan sesuatu kerja dengan mudah semasa bercuti:


1. Dapatkan suasana percutian dengan idea-idea yang menyeronokkan ini

Tangkap dan kongsi sambutan Tahun Baru Cina anda dengan gaya perayaan yang direka oleh artis cat air terkenal Yao Cheng Design dalam editor kolaj Google Photos. Atau untuk tangkapan yang menyeronokkan, anda boleh meletakkan Arnab Realiti Terimbuh dalam ruang gambar anda dan merakam swafoto bersamanya apabila anda mencari “Tahun Baru Cina” di pelayar telefon anda – juga terdapat kejutan bermusim yang istimewa. Google mempunyai perkara lain yang menyeronokkan yang boleh anda cuba, seperti bermain dengan karya seni bertema yang dijadikan susun suai gambar oleh Google Arts and Culture di mana anda juga boleh memilih antara tiga tetapan kesukaran yang berbeza supaya semua orang dalam keluarga boleh mengambil bahagian.

 


2. Anda adalah apa yang anda makan (dan tonton)

Bagi kebanyakan orang, musim cuti adalah masa yang sesuai untuk bertemu saudara-mara yang sudah lama tidak ditemui. Tetapi bagaimana jika perbualan menjadi kering? Apa kata anda cuba menonton TV — dan jangan keliru dengan pilihan yang pelbagai, lihat cadangan “filem tahun baru cina” daripada Google untuk membantu anda mencari rancangan atau filem yang sesuai ditonton untuk memastikan semua orang gembira. Hasil carian resipi yang berguna apabila mencari hidangan tradisional seperti nian gao (kek beras pulut) dan tart nenas juga akan memastikan bahawa rasa lapar dapat dielakkan.


3. Selamat membeli-belah di musim perayaan

Jika semuanya memenatkan, bagaimana sekiranya anda membeli-belah sedikit sebagai terapi? Anda tidak perlu menjelaskannya dengan kata-kata, jika sesuatu menarik perhatian anda semasa keluar membeli-belah, ambil gambar menggunakan Google Lens dan dapatkan maklumat tentang produk sambil anda mencari sesuatu yang anda lihat di hadapan anda. Jangan lupa dompet (Google) anda (apl dalam telefon anda) untuk membantu memudahkan pembayaran.



4. Biasakan diri dengan alat perancangan perjalanan ini

Jika anda akan bertolak ke luar negara untuk bercuti, Google boleh membantu untuk merancang. Cari pilihan mesra alam untuk penerbangan atau hotel di Search dan jika anda melancong ke suatu tempat di mana anda tidak boleh bertutur dalam bahasa tersebut, Google Lens pada telefon anda boleh menterjemahkan tanda, menu dan banyak lagi.




Pada 22 Januari, lihat Doodle kami yang dipaparkan di www.google.com yang dicipta khas sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Ketika orang tersayang berkumpul untuk makanan yang enak dan berseronok, kami juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina!