Oleh Kate Beddoe, Pengarah, Perkongsian Berita, Google Asia Pasifik
Para wartawan memainkan peranan penting dalam membantu kami memahami peristiwa penting semasa ia berlaku. Mereka membantu kami menyaring sejumlah besar maklumat dan menjelaskan bagaimana ia memberi kesan kepada komuniti setempat. Berita tempatan adalah pengetahuan tempatan. Ia adalah pemahaman bersama dan catatan isu-isu nasional, dan ia adalah penting kepada orang ramai dan komuniti mereka.
Hari ini, kami melancarkan Google News dalam Bahasa Melayu untuk membawa lebih banyak berita tempatan kepada pembaca. Perluasan ini mengesahkan komitmen Google untuk menjadikan maklumat mudah diakses oleh orang ramai di seluruh dunia dalam bahasa yang mereka sukai. Melalui laman web khusus dan aplikasi yang tersedia di Android dan iOS, Google News terus membantu pembaca mencari berita dari sumber yang berwibawa, dari laman web berita terbesar dunia sehingga ke penerbitan kecil, tempatan dan khusus.
Dengan mengenal pasti dan menyusun cerita daripada pelbagai sumber berita – suatu langkah utama dalam memerangi berita palsu – kami membantu para pembaca mendapatkan gambaran yang lebih besar tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan lebih mudah. Ini termasuk mencari lebih banyak cerita tempatan dari komuniti mereka, memahami topik berita yang melanda negara dan global pada hari tersebut.
Memudahkan para pembaca untuk mencari berita yang mereka inginkan bukan sahaja memberi manfaat kepada pembaca, ia juga membantu pihak penerbitan. Google News membawa pembaca ke laman web penerbit apabila mereka klik pada pautan – membantu mendorong trafik ke kandungan mereka, di mana mereka boleh memaparkan iklan dan menggalakkan pembaca untuk melanggan. Pada tahun 2022, Google menghantar lebih daripada 66 juta lawatan ke laman web penerbit Malaysia setiap bulan - tanpa sebarang caj.
Selain daripada pengumuman ini, kami akan terus melabur dalam produk, program dan pembiayaan melalui Google News Initiative untuk menyokong kewartawanan berkualiti dan membantu pihak penerbit dan para wartawan Malaysia berkembang maju dalam talian. Kami berbangga kerana GNI akan terus menyokong kerja-kerja penting seperti kisah ini tentang para wartawan dari pasukan BERNAMA yang menyoroti salah satu masalah terbesar kanak-kanak di Malaysia selepas menghadiri latihan kewartawanan data oleh Google News Initiative.
Kami berharap ketersediaan Google News dalam Bahasa Melayu membantu lebih ramai orang mencari berita yang mereka inginkan, daripada penerbit berwibawa yang pelbagai dan dari semua saiz, di Malaysia dan di luar negara, dan memberikan lebih banyak sokongan kepada para wartawan dan penerbit yang bekerja keras untuk menyampaikan berita.
Google News is now available in Bahasa Melayu
By Kate Beddoe, Director, News Partnerships, Google Asia Pacific
Journalists play an important role in helping us understand important events as they unfold. They help us sift through huge amounts of information and explain how it impacts local communities. Local news is local knowledge. It's a shared understanding and a chronicle of national issues, and is essential to people and their communities.
Today, we are launching Google News in Bahasa Melayu bringing readers even more local news. This expansion reaffirms Google's commitment to making information accessible to people across the globe in the language they prefer. Through a dedicated website and app available on Android and iOS, Google News continues to help readers find news from authoritative sources, ranging from the world's biggest news websites to small, local and specialty publications.
By identifying and organizing stories from a wide range of news sources – a key tool in the fight against misinformation – we’re helping readers more easily discover the bigger picture of what’s going on around them. That includes finding more local stories from their communities, understanding the breaking news topics of the day nationally and globally.
Making it easier for readers to find the news they’re looking for doesn’t just benefit readers, it also helps publishers. Google News directs readers to publishers’ websites when they click on links – helping drive traffic to their content, where they can show ads and incentivize readers to subscribe. In 2022, Google sent more than 66 million visits to Malaysian publishers per month - at no charge.
On top of these announcements, we’ll continue to invest in products, programs and funding via the Google News Initiative to support quality journalism and help Malaysian publishers and journalists thrive online. We are proud that the GNI will continue to support important work such as this story about the journalists from the BERNAMA team who spotlighted one of Malaysian childrens’ biggest problems after attending Google News Initiative’s data journalism training.
We hope the availability of Google News in Bahasa Melayu helps more people find the news they’re looking for, from diverse, authoritative publishers of all sizes from Malaysia and beyond, and provides even more support to the journalists and publishers who work tirelessly to deliver the news.