Sejak pengenalan mereka kepada pasaran pendidikan lebih 10 tahun yang lalu, Chromebook telah menjadi peranti pilihan untuk jutaan guru dan pelajar di seluruh dunia. Setiap negara mempunyai pendekatan mereka sendiri, berpandukan matlamat berbeza, untuk menggabungkan teknologi dengan sistem sekolah mereka dan Chromebook telah dibina untuk memenuhi keperluan unik ini, demi memastikan komuniti-komuniti mempunyai akses kepada alat-alat berkuasa dan mampu milik. Hari ini, lebih daripada 50 juta guru dan pelajar bergantung pada Chromebook mereka untuk mencipta pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lebih mendalam, menjadikannya peranti yang paling banyak digunakan dalam pendidikan K12 di seluruh dunia dan komputer riba #1 yang dijual kepada sekolah-sekolah di Brazil dan Indonesia.
Hari ini, kami ingin kongsikan penyelidikan baharu daripada Forrester yang menunjukkan bagaimana Chromebook boleh menjimatkan masa dan wang di dalam bilik darjah, mengumumkan peranti baharu yang dibina untuk Asia Pasifik dan Amerika Latin bersama pengeluar tempatan, dan berkongsi petua untuk meningkatkan keselamatan dan melindungi peranti-peranti anda.
“Kami berbangga untuk bekerjasama dengan Google dalam membawa Chromebook yang selamat, mudah diurus, berkuasa dan mampu milik ke dalam bilik-bilik darjah di Malaysia, memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka potensi penuh mereka dan bersedia untuk kehidupan bekerja pada masa hadapan."
- Encik Jimmy Tan, Pengasas Edxis
Jimat masa bilik darjah yang berharga
Para guru, pelajar dan pentadbir IT dapat menjimat banyak masa dengan menggunakan Chromebook, menurut penyelidikan beharu daripada Forrester. Chromebook bermula dengan laju dan kekal laju, dengan kemas kini automatik yang tidak akan mengganggu masa pengajaran atau pembelajaran — sehingga 18 jam lebih masa pembelajaran untuk pelajar dan 42 jam dijimat bagi setiap guru setahun. Konsol Google Admin membantu pentadbir IT menjimatkan masa sehingga 75% lagi dengan mengurus beribu-ribu peranti di satu tempat. Ketahui lebih lanjut tentang Kajian Kesan Ekonomi Total™ Forrester untuk melihat cara Chromebook boleh menjimatkan masa anda.
Lebih baik untuk belanjawan anda
Chromebook boleh bantu mengurus belanjawan anda dengan membantu sekolah mendapatkan pulangan pelaburan sehingga 229%. “Pada mulanya, kami ingin membeli komputer riba tradisional untuk pelajar-pelajar kami, tetapi kami memutuskan untuk melabur dalam Chromebook kerana ia adalah peranti dengan fokus kepada pendidikan. Selain itu, kos [Chromebook] lebih murah, dan ia membolehkan kami untuk membeli lebih banyak Chromebook dan menyediakan lebih banyak komputer kepada sekolah-sekolah” kata seorang Penguasa IT untuk K-12 di Amerika Latin.
Lebih banyak akses kepada Chromebook baharu di Asia Pasifik dan Amerika Latin
Para pendidik di Asia Pasifik dan Amerika Latin kini akan mendapat akses kepada Chromebook dengan bantuan daripada rakan kongsi kami Acer, CTL, Edxis, Centerm & Multilaser. Alat Google for Education seperti Classroom, Docs, Sheets dan Slides akan tersedia di samping aplikasi terbina dalam percuma seperti Screencast yang membolehkan guru untuk merekod dan menyalin video dengan terjemahan terbina dalam untuk menyokong pelajar mereka dengan lebih baik. “Chromebook membantu kami untuk meluaskan dan menguatkan pengalaman pembelajaran moden untuk lebih ramai pelajar, termasuk mereka yang kurang upaya dan keperluan untuk pendekatan pembelajaran yang pelbagai,” kata Alan Porto, Setiausaha Pendidikan Mato Grosso di Brazil.
CTL Chromebook PX11E, Centerm Chromebook M610 dan Edxis E-Lite Chromebook didatangkan dengan paparan skrin HD 11.6”, sehingga 8 GB RAM, mempunyai hayat bateri yang panjang dan dikuasakan oleh pemproses Intel.
Sediakan Chromebook untuk memenuhi keperluan anda dan untuk pembelajaran yang selamat dan terjamin
Walaupun dengan sumber IT yang terhad, Chromebook boleh diurus dari jauh dengan konsol Google Admin berasaskan Cloud, menjadikannya mudah untuk menyediakan dan mengurus peranti dengan kawalan penuh ke atas aplikasi yang boleh digunakan, serta sokongan Google 24/7. Keselamatan terbina dalam pada Chromebook bermakna tiada perisian antivirus diperlukan, kerana Chromebook disertakan dengan but yang disahkan, kotak pasir dan penyulitan data 256-bit. Terdapat sifar serangan perisian tebusan yang berjaya dilaporkan pada Chromebook setakat ini kerana ChromeOS adalah OS paling selamat dari saat ia mula digunakan. Chromebook boleh berfungsi dengan sempurna bersama Google Workspace for Education, termasuk Google Classroom, menjadikannya mudah digunakan untuk semua peringkat umur dan pengalaman. Para guru juga boleh berkongsi Chromebook antara kelas dengan menggunakan sesi terurus peribadi, dan ia turut disertakan dengan mod kiosk dan berkunci — sesuai untuk peperiksaan atau kuiz.
Urus telefon dan tablet dengan Endpoint Education Upgrade
Para pelajar hari ini selalunya mempunyai banyak peranti yang mereka boleh gunakan, seperti telefon dan tablet peribadi, bukan hanya Chromebook. Untuk membantu para guru mengurus semua peranti ini, Endpoint Education Upgrade menawarkan akses ciri pentadbir dan keselamatan untuk Google Workspace for Education Fundamentals. Para pentadbir boleh menyediakan peraturan pentadbir untuk menerima makluman apabila peranti hilang atau dicuri, mencari atau mengenal pasti tempat terakhir ia digunakan, menghalangnya daripada digunakan dengan Context Aware Access dan memadam peranti dari jauh dengan pengurusan mudah alih lanjutan. Anda boleh membeli EEU daripada penjual semula anda hari ini.
Since their introduction to the education market over 10 years ago, Chromebooks have become the device of choice for millions of teachers and students around the world. Every country has its own approach, guided by different goals, for incorporating technology into their school systems and Chromebooks are built to meet these unique needs, making sure that communities have access to powerful and affordable tools. Today, more than 50 million teachers and students rely on their Chromebooks to create enriching teaching and learning experiences, making them the most-used device in K12 education globally and the #1 laptop sold to schools in Brazil and Indonesia.
Today, we’re sharing new research from Forrester that demonstrates how Chromebooks can save time and money in the classroom, announcing new devices built for Asia Pacific and Latin America with local manufacturers, and sharing tips on how to increase safety and protect your devices.
“We're proud to collaborate with Google to bring secure, easy-to-manage, powerful and affordable Chromebooks into classrooms in Malaysia, giving students the chance to unlock their full potential and prepare for the jobs of tomorrow."
- Mr. Jimmy Tan, Founder of Edxis
Save valuable classroom time
Teachers, students and IT admins save hours and hours of time by using Chromebooks, according to new research from Forrester. Chromebooks start fast and stay fast, with automatic updates that don’t interrupt teaching or learning time — up to 18 hours of more learning time for students and 42 hours saved per teacher per year. The Google Admin console helps IT admins save up to 75% more time by managing thousands of devices in one place. Learn more about the Forrester Total Economic Impact™ Study to see how Chromebooks can save you time.
Better for your budget
Chromebooks can help budgets go further by helping schools get up to a 229% return on investment. “We first considered a traditional notebook for our students, but we decided to instead invest in Chromebooks because they are devices aimed at education. Also, [Chromebooks] cost less, which allowed us to purchase a greater number and make more available to the schools” said an IT Superintendent for K-12 in Latin America.
More access to new Chromebooks in Asia Pacific and Latin America
Educators in Asia Pacific and Latin America will now have access to Chromebooks with help from our partners Acer, CTL, Edxis, Centerm & Multilaser. Google for Education tools like Classroom, Docs, Sheets and Slides will be available along with free built-in apps like Screencast which enables teachers to record and transcribe videos with built-in translation to better support their students. "Chromebooks help us broaden and amplify the modern learning experience for more students, including those with disabilities and the need for diverse learning approaches,” said Alan Porto, the Secretary of Education of Mato Grosso in Brazil.
Set up Chromebooks to meet your needs and for safe and secure learning
Even with limited IT resources, Chromebooks can be managed remotely with the Cloud based Google Admin console, making it simple to set up and manage devices with full control over which apps can be used, and 24/7 Google support. Built-in security on Chromebooks means that no antivirus software is needed, because Chromebooks come with verified boot, sandboxing and 256-bit data encryption. There have been zero reported successful ransomware attacks on Chromebooks to date because ChromeOS is the most secure OS out of the box. Chromebooks pair perfectly with Google Workspace for Education, including Google Classroom, making them easy to use for all ages and experience levels. Teachers can also share Chromebooks between classes using private managed sessions, and come with kiosk and locked mode — perfect for exams or quizzes.
Manage phones and tablets with Endpoint Education Upgrade
Students today often have many devices at their disposal, like personal phones and tablets, not just Chromebooks. To help teachers manage all these devices, the Endpoint Education Upgrade offers access admin and security features for Google Workspace for Education Fundamentals. Administrators can set up admin rules to receive an alert when devices are lost or stolen, locate or identify where they were last used, prevent them from being used with Context Aware Access, and remotely wipe the devices with advanced mobile management. You can purchase EEU from your reseller today.