Buang semua meme yang mengingatkan anda tentang si dia dengan aplikasi Files.
Google Files membantu anda mengurus kandungan telefon anda di samping melakukan carian dengan lebih pantas, berkongsi fail tanpa sambungan internet, dan membuang fail lama untuk memberi ruang pada kandungan baru.
Pada 2019, Files telah membantu orang ramai di seluruh dunia membuang lebih dari 300 fail salinan dan 150 meme sesaat - ia sudah tentu dapat membantu melupakan si dua dalam sekelip mata. |
Padamkan masa lampau dengan hanya satu ketikan menerusi aplikasi Photos.
Kadang-kala, foto Si-Dia-Yang-Patut-Dilupakan menjadikannya lebih sukar untuk anda melupakannya. Dengan pembelajaran mesin, Google Photos dapat mengumpulkan kesemua foto tersebut untuk dipadamkan.
Contohnya, jika anda banyak mengambil foto kucing si dia, anda boleh taip “kucing” pada bar carian aplikasi dan ia akan memaparkan foto-foto tersebut secara automatik. Padamkan saja dan lupakannya!
|
Jangan berseorangan - katakan ‘Ok Google!’
Selain tugasan seperti menetapkan waktu atau mendapatkan berita terkini, Google Assistant juga dapat menghiburkan anda dengan lawak jenaka atau nyanyian, membantu anda bangun dari berasa sedih dan kembali produkti, dengan segera dan dalam cara yang tersuai.
|
Lakukan sesuatu untuk diri sendiri!
Dengan masa terluang yang anda kini miliki, cari benda baru untuk dilakukan. Cari tempat makan, acara, aktiviti, dan teroka tempat-tempat berdekatan anda dengan tab ‘Teroka’ di Google Maps, semuanya dari satu aplikasi.
|
Oh, saya bangun dari tidur dan minum secawan kopi, kemudian saya baca, buku, bersenam dan sebagainya. Capai gol anda dengan bantuan dari aplikasi Calendar.
Dengan ciri ‘Goals’ pada aplikasi Google Calendar, anda kini boleh tumpukan perhatian pada gol peribadi yang telah anda abaikan - seperti “bersenam 3 kali seminggu” - dan Google Calendar akan membantu anda mencapai matlamat tersebut.. |
Kesedihan boleh melanda secara tiba-tiba tanpa dijangka, tetapi dengan aplikasi Google Duo, tiada apa yang boleh pisahkan anda dan sahabat handai.
Dengan ciri Panggilan Berkumpulan Duo, anda boleh memanggil kawan-kawan anda dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja untuk dapatkan sokongan emosi. Gunakan mod penjimatan data (sebab anda tahu banyak yang perlu dikatakan). |
Muzik yang betul untuk masa yang betul!
Semua orang mempunyai lagi kegemaran untuk bila mereka berasa sedih, gembira, atau ketika mereka mahu #moveonje. Dari EDM ke indie, Smart Search memudahkan pencarian sebarang lagu di aplikasi YouTube Music - walaupun dengan tajuk atau lirik yang salah! Cuba teka lagu apa yang menyanyikan lirik “terpaksa ku lepaskan, terpaksa ku tinggalkan”? Cuba masukkannya di bari carian!
|
Jangan lupakan privasi anda
Selain mendapatkan kembali hati hancur berkecai anda, anda perlukan juga dapatkan kembali kata laluan emel dan akaun media sosial anda.
Tetapkan tetapan privasi yang betul dengan Privacy Checkup di Google Account anda, dan urus atau ubah dengan mudah apa yang dikongsi dengan rakan-rakan anda dalam hanya beberapa minit. Anda boleh juga dapatkan peringatan tetap agar anda tidak lupakan tetapan semasa anda. |