Pastikan pelanggan anda dimaklumkan dengan status terkini
Jika ada perbezaan dalam waktu operasi, kemaskini profil anda.
Anda boleh juga menggunakan Pos untuk menyampaikan maklumat seperti tawaran khas atau kemas kini inventori, terus daripada profil Business anda.
Memandangkan kunjungan dalam kedai dan perjalanan dihadkan atau dikekang sepenuhnya, bolehkan fungsi pesanan (messaging) supaya pelanggan boleh menghubungi anda dalam masa sebenar daripada profil Business anda.
Di mana mungkin, pertimbangkan pilihan untuk menetapkan fungsi balasan automatik (auto-reply) kepada e-mel anda untuk soalan lazim.
Kekal terhubung dengan pasukan anda
Kongsi kalender bersama pasukan, supaya mereka boleh mencari jadual anda.
Sediakan Google Hangouts Meet terutamanya untuk hal yang memerlukan perbincangan yang lebih mendalam, atau untuk hal yang memerlukan input masa sebenar daripada beberapa pihak.
Kolaborasi dengan menggunakan dokumen berkongsi, persidangan maya yang ringkas, atau laman sembang (chat room).
Dapatkan dokumen yang penting daripada mana sahaja dengan memuat naikkannya kepada Cloud melalui sesuatu produk seperti Google Drive, atau muat turunkan kepada telefon mudah alih atau komputer untuk akses luar talian.
Bekerja dari rumah
Yang pasti, kerja dari rumah memerlukan sedikit penyesuaian untuk menjayakannya. Pada mulanya, fleksibiliti ini mungkin akan terasa melegakan - tetapi produktiviti boleh cepat terjejas jika gangguan seharian tidak dikawal.
Di sini, anda digalakkan untuk menetapkan satu ruang bekerja - ruang ini boleh jadi di mana sahaja, asalkan minda anda dilatih untuk melihat ruang ini sebagai tempat untuk bekerja secara produktif. Anda boleh memulakan hari dengan suatu ‘pencetus kerja’ - samada ia bersenam, membaca berita, atau meminum kopi di waktu pagi, cari suatu tabiat yang boleh menandakan mulanya ‘waktu kerja’ untuk anda. Kekalkan motivasi anda dengan senarai kerja yang harus dibuat, dan jadualkan segala kerja, seperti yang anda buat semasa di tempat kerja biasa - dengan cara ini, anda boleh merasa lebih bertanggungjawab dan bangga dengan pencapaian-pencapaian kecil anda sepanjang hari.
Di sini adalah sumber-sumber tambahan yang boleh anda terokai:
4 tip untuk kekal produktif semasa bekerja dari rumah.
Kursus-kursus pendek daripada apl Google Primer, yang boleh diakses daripada telefon mudah alih anda.
Lebih banyak peralatan dan sumber daripada ‘Grow with Google’ untuk membolehkan anda bekerja dengan lebih efektif dari rumah.
Ingat - duduk rumah, dan kekal selamat!