Cakna akan penipuan COVID-19 dan menghindarinya
Guna akaun e-mel syarikat anda untuk sebarang urusan kerja
Ketika bekerja dengan pelanggan perusahaan kami, kami dapat melihat bagaimana pekerja mampu membahayakan perniagaan syarikat apabila menggunakan akaun atau peranti peribadi masing-masing. Meskipun bekerja dari rumah, penting untuk mengasingkan e-mel kerja dan peribadi anda. Akaun syarikat dilengkapkan dengan ciri-ciri sekuriti tambahan yang melindungi maklumat sulit syarikat anda. Jika kurang pasti dengan perlindungan dalam talian syarikat, rujuk pakar IT anda demi memastikan ciri sekuriti yang betul diaktifkan, contohnya pengesahan dua-faktor.
Lindungi panggilan video anda pada aplikasi seminar video
Kawalan sekuriti yang terbina dalam Google Meet diaktifkan dengan tersedia, maka organisasi dan pengguna dilindungi secara automatik dalam kebanyakan kes. Namun, terdapat langkah-langkah yang boleh anda ambil pada sebarang aplikasi seminar video untuk menjadikan panggilan anda lebih selamat:
Jika mesyuarat anda menggunakan kod numerik yang pendek, aktifkan ciri kata laluan atau PIN. Lapisan tambahan pengesahan akan membantu memastikan hanya peserta jemputan sahaja memperolehi akses mesyuarat.
Apabila berkongsi jemputan mesyuarat, pastikan ciri “mengetuk” diaktifkan agar penganjur mesyuarat sendiri dapat menyaring dan menerima jemputan baharu sebelum mereka menyertai mesyuarat.
Jika anda menerima jemputan mesyuarat yang memerlukan pemasangan aplikasi seminar video baharu, sentiasa pastikan jemputan tersebut disahkan - dengan lebih perhatian diberikan kepada potensi penyamaran - sebelum memasang aplikasi.
Pasang kemaskini sekuriti apabila dimaklumkan
Ketika bekerja dari rumah, komputer kerja anda mungkin tidak mengemaskini teknologi sekuriti anda dengan automatik seperti ketika masih di pejabat dan terhubung kepada jaringan korporat anda. Penting untuk anda mengambil tindakan segera apabila terdapat sebarang gesaan mengemaskini sekuriti. Kemaskini ini akan menyelesaikan kerentanan sekuriti yang diketahui, yang mana cuba dicari dan dieksploit oleh penyerang dengan aktif.
Gunakan pengurus kata laluan untuk mencipta dan menyimpan kata laluan yang kukuh
Lindungi Google Account anda
Bantu anak-anak anda kekal selamat dalam talian