Sorotan Ramadan YouTube dari Malaysia dan seluruh dunia:
JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), berancang untuk mengudarakan siaran langsung harian bagi bacaan Quran, rancangan bual bicara bersama pemimpin agama terkemuka Malaysia, dan cara-cara untuk melakukan amalan Ramadan di saluran YouTube mereka.
Saluran TV tempatan TV3 dan TV9 oleh Media Prima dan saluran siaran seperti Astro Ceria, My Salam Muslim, Astro Gempak, TV Al-Hijrah dan Radio Televisyen Malaysia sedang memuat naik pelbagai rancangan bual bicara, dokumentari, drama dan telefilem berkaitan Ramadan sepanjang musim Ramadan & Raya ini.
Ratu pop Malaysia Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi dan personaliti TV Alif Satar, pakar sketsa komedi Sterk Production dan ramai lagi pencipta kandungan tempatan akan turut berkongsi video harian berkaitan makanan, agama, hiburan dan lain-lain lagi dalam senarai main Ramadan #DenganSaya kami.
Dari seluruh dunia pula:
Perkhidmatan doa harian dari Mekah dan Madinah sedang disiar secara langsung menerusi SaudiQuranTV dan haraiminfo.
Saluran TV utama TRANS7 dan MetroTV akan melancarkan siri rancangan dan segmen berita yang tertumpu kepada menghibur, memaklum, dan mendidik penonton berkenaan topik-topik Ramadan - dari berbuka puasa, sahur, kehidupan berkeluarga, dan menolong mereka yang memerlukan ketika waktu mencabar ini. Label muzik 3D Entertainment pula telah melancarkan Ramadan Berkah bagi meraikan bulan suci ini, manakala NAGASWARA akan menyiarkan sepuluh episod sesi muzik akustik Ramadan.
Saluran berasas di Singapura, Muslim.Sg menawarkan kandungan yang boleh anda tonton tanpa henti ketika di rumah: rancangan bual bicara mingguan bersama Asatizah Youth Network, menjawab soalan berkenaan Ramadan yang paling dicari di Google bersama guru-guru agama, dan sebuah filem pendek mengenai perayaan Hari Raya ketika pandemik COVID-19.
Aysha Harun, sebuah vlogger kecantikan dan fesyen hijabi yang menetap di LA, akan meraikan tahun ketiga siri tahunan Ramadan Daily beliau, memberi para penonton sekilas pandang ke dalam kehidupan sehariannya bersama keluarga dan persiapan iftar.
The Saudi Reporters merupakan salah satu pencipta kandungan paling lama dan berjaya di Arab Saudi. Dari sketsa dan pertandingan, ke siri komedi dan vlog, mereka membawa gelak ketawa kepada jutaan penonton di seluruh dunia menerusi video-video mereka. Tahun ini, mereka akan menyiarkan musim kedua siri animasi ‘Boody and Zozo’ mereka.
Dina Tokio merupakan seorang stylist menetap di UK yang mula merakam vlog ketika berkerja di sebuah pusat panggilan. Kini, beliau mempunyai jenama pakaian tersendiri dan merupakan salah seorang pempengaruh fesyen sopan terkenal di dunia. Sebagai seorang ahli komuniti Muslimin, Dina akan menyiarkan Ramavlogs sekerap yang mungkin sepanjang bulan ini, termasuk perancangan untuk mengadakan siaran langsung iftar seminggu sekali di YouTube bersama suaminya Sid.
Chef, penyampai TV, dan kolumnis makanan dari Turki, Refika Birgül, sedang merancang beberapa kandungan Ramadan bagi kedua-dua saluran Turki dan Inggeris beliau, termasuklah cara-cara untuk menyediakan hidangan iftar impian, siri resepi Ramadan, dan banyak lagi.
Anas dan Asala, yang turut dikenali sebagai Anasala Family, merupakan pasangan muda dari Syria yang menetap di Kanada, yang merakam vlog kehidupan harian mereka sebagai orang Arab dalam dunia barat. Ramadan ini, mereka akan menyiarkan siri video tentang pengalaman Ramadan mereka ketika kuarantin.
Video berkenaan Ramadan yang paling trending di YouTube Malaysia
Dengan rakyat Malaysia meluangkan masa di rumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang telah melayari YouTube untuk kandungan berkaitan musim Ramadan ini. Di bawah adalah antara terma-terma trending dan juga video-video paling popular bagi setiap terma tersebut.
Carian bagi ‘Ghazal’ di YouTube telah meningkat sebanyak 400% berbanding 12 bulan yang lalu. Di antara video Ghazal paling popular di Malaysia sepanjang bulan lepas adalah:
Makan Sireh (Ghazal) cover by Rojer Kajol feat OMG PDRM
Laksamana Bentan (Ghazal) cover by Duo Branak ~ M Karim & Rojer Kajol
Ratapan Hati (Ghazal) cover by Sri Rojer Solo ~ Rojer Kajol
Selamat Berhari Raya Akustik cover by Balle Balle Malaysia (Ghazal)
Latihan Nasyid Ghazal Malaysia part 1
Carian bagi ‘Ramadan’ di YouTube telah turut melonjak dengan mendadak berbanding 12 bulan lepas, sebanyak 300%. Di antara video-video popular berkaitan Ramadan di Malaysia sepanjang bulan lepas terdiri daripada:
Maher Zain - Ramadan (Malay/Bahasa Version) | Official Music Video
John Cena Buat Hal Di Bazaar Ramadan! - GTA Ramadan Special (Bahasa Malaysia)
Pertama Kali Puasa Tiada Bazaar Ramadan! - GTA 5 “Ramadan Special" (Bahasa Malaysia)
Orang Puasa 16 Jam! Aku Puasa 24 Jam! - GTA 5 “Ramadan Special" (Bahasa Malaysia)
Mayat Lari Daripada Van Jenazah! - GTA 5 “Ramadan Special" (Bahasa Malaysia)
Akhir sekali, carian bagi “resepi berbuka puasa” di YouTube telah melonjak sebanyak 1,350% berbanding 12 bulan lepas. Di antara video-video popular bagi carian ini adalah:
Menu berbuka buat Tau Fu Fa dari air soya kotak
Resepi Kuih Bingka Pandan Paling Mudah dan Dijamin Menjadi | Menu Berbuka Puasa
Seminit Resepi: Roti Jala Rose
Resepi Roti John | Tiada Bazar ramadhan 2020 | Duduk di rumah
Nasi Tomato Ayam Masak Merah | Resepi Mudah Buka Puasa | Destinasi TV