Latihan dan peningkatan kemahiran digital
Selain menyediakan dana, kami juga telah mengalihkan program latihan secara bersemuka kami ke dalam talian untuk terus membantu perniagaan beralih ke platform digital dengan sepenuhnya. Program Mahir Digital Bersama Google kami telah menambah modul-modul baru yang bertujuan untuk membimbing para pemilik perniagaan dalam membina kehadiran dalam talian mereka dan melakukan penjualan secara dalam talian.
Selain latihan secara bersemuka, terdapat juga Skillshop, sebuah pelantar dalam talian sehenti percuma di mana rakyat Malaysia dapat meningkatkan pengetahuan mereka mengenai peralatan dan penyelesaian Google, dan memanfaatkan kemahiran tersebut untuk tujuan perniagaan atau kegunaan peribadi. Dengan struktur yang fleksibel, pengguna bebas memilih bila, di mana, dan bagaimana mereka ingin belajar, pada kadar yang bersesuaian untuk mereka, agar mereka dapat meningkatkan kemahiran diri sambil meneruskan perniagaan dengan berkesan.
Setakat ini, latihan ini telah membantu meningkatkan kemahiranl lebih daripada 8,000 rakyat Malaysia pada tahun lalu, dan menghasilkan pencapaian dunia sebenar yang nyata. Kami telah melihat perniagaan-perniagaan mengatasi cabaran-cabaran sepanajang beberapa bulan lepas, seperti penginapan milik keluarga Check Inn di Miri, Sarawak, yang telah berjaya meningkatkan kehadiran digitalnya dan juga penglibatan pelanggan dalam talian dengan kemahiran yang baru dipelajari.
"Kami faham bahawa perniagaan-perniagaan kecil adalah tulang belakang ekonomi Malaysia, disebabkan itu, kami berusaha untuk memberi tumpuan bagi memastikan bahawa peralatan dan sumber daya yang ada relevan untuk menyokong kelangsungan hidup, dan pertumbuhan perniagaan-perniagaan ini," kata Lars Anthonisen, Ketua Pemasaran, Google Malaysia , Singapura & Sempadan Asia Selatan.
Kisah-kisah kejayaan berteraskan kecekalan
TheLorry
Kepintaran TheLorry dalam mengenal pasti tren semasa melalui Google Trends, memperkukuhkan Profil Perniagaan mereka di Google, dipadankan dengan kempen Search Ads telah menjadi sebab utama di sebalik kejayaan mereka meskipun terdapat perintah kawalan pergerakan.
“Beroperasi dalam persekitaran yang dinamik bererti memikirkan kembali apa yang kita ketahui tentang tren pengguna dan mengingati bahawa perkara-perkara kecil mempunyai kesan yang besar dalam membantu orang ramai. Secara asasnya, kami ingin menawarkan keperluan seharian yang paling relevan dengan kehidupan pengguna dengan lebih baik dan menambaikkan kehidupan mereka.” kata Nadhir Ashafiq, Pengasas Bersama & Pengarah Eksekutif, TheLorry.
Langit Collective
Begitu juga dengan Langit Collective, mereka telah mengalihkan haluan pemasaran mereka dan menyasarkan pengguna dengan memperkukuhkan kehadiran dalam talian jenama mereka, menghasilkan peningkatan dalam kunjungan laman web, panggilan dan permintaan tunjuk arah.
“Dengan Google Analytics, kami dapat membuat keputusan berdasarkan data yang lebih baik untuk menjangkau dan memberi nilai bagi pelanggan kami. Ia benar-benar telah mendorong kami untuk menambahbaik penggunaan kami bagi alat-alat seperti Google My Business, lalu mendorong kami untuk melihat kembali aset kami dan memikirkan cara untuk mengoptimumkannya dengan sebaik mungkin bagi menjangkau lebih banyak bakal pelanggan.” kata Melisa Lim, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Pemasaran, Langit Collective.
Sugu Pavithra
Bukan hanya para perniagaan yang menunjukkan ketahanan, tetapi juga rakyat Malaysia sekalian, seperti yang ditunjukkan oleh pasangan sensasi YouTube, M.Sugu dan S. Pavithra, yang lebih dikenali sebagai Sugu Pavithra. Mereka menjadi terkenal setelah video kehidupan harian mereka, terutamanya video masakan mereka, dikongsi di YouTube. Secara ringkasnya, kesederhanaan dan kerendahan hati mereka telah berjaya menarik perhatian negara.
Pavithra berkata, “Kami mendapat ilham dari kejayaan kecil jiran kami dengan YouTube, dan ini telah mendorong minat kami untuk mencubanya. Kami gembira bahawa perjalanan kami di YouTube setakat ini menjadi sesuatu yang telah memberi manfaat, memberikan kami satu sumber pendapatan alternatif. "
***
"COVID-19 mungkin telah mencabar dari segi banyak perkara dari kami, tetapi kami yakin mungkin muncul di sisi lain dengan lebih besar, lebih baik dan lebih kuat. Kami telah melihat rakyat dan perniagaan-perniagaan menyesuaikan diri dengan ketahanan, tekad dan kepintaran, dan ketika kita menuju ke arah pemulihan ekonomi Malaysia, kami percaya satu-satunya cara untuk kita pergi dari sini adalah secara ke atas dan seterusnya, " tambah Marc.